28 November 2008

tanpa kalian siapalah diriku..luv u all















aku punya cerita

Kerana dia aku terkesima

Kerana dia aku rase bahagia

Kerana dia aku menjadi terleka

Kerana dia aku rase best saja

Kerana dia aku tetiba menjadi panik

dan kerana dia tetiba diriku terpenjara di dalamnya...

waaaa..aku terlock didalam kereta viva milik mei lin..canggih sgt lol..

27 November 2008

cerita semalam...

Semalam makan nasi bariani md shah kat peserai


nie la tptnya...betul2 depan Hospital Putra Batu Pahat..

ha, sebelum makan kene ambik dulu nasi bariani tu.. sbb kat sni layan diri sendiri

cuma ader dua menu sahaja...nie nasi bariani kambing


dan satu lagi nasi bariani ayam...jemput makan semua..:)


lepas makan borak2, pastu tak sangka la pulak masa borak2 tu dah menganggu jiran2 tetangga sebelah menyebelah..huhu..malunya la kene tegur ngan pakcik angkat pinggan..
pastu aper lagi angkat kaki la..

aku skandal..


aku kene skandal..tak mau..tak mau...org lain yg nak naik pelamin, org lain lak yg kene skndal n gossip..huhu..waa...mencinya..


ceritanya cm gini, masa makan2 besar hari tu...sibuk2 kene2 kan si siti tu, last2 aku lak yg terkene tempias nya...kwn2 tnya bila nak makan nasi minyak ..pastu aku ckp la smpai masanya ader la..huhu...so dia org tnya sudah ader kebelum..aku jwp belum lagi..pastu miss khoo cadangkan "abg botak skynet, tp itu hari dgr mcm dia ckp sudah kawin"...pastu miss pua ckp "belumla... itu bos dia punya bini la..." rupanya dia bising2 ckp pasal bini..rupanya budak skynet tu cerita pasal bini bos dia..tak leh turun harga send surat...bos aku tnya, sbb minyak kan dah turun, jadi bos aku mintak la kurang..huhu....benggang betul la kene gosip nie...


korang tgk la sendri hencem ker tak mamat tu k..sbb semlm aku skodeng dia nak naik moto..syyhhh!!!!....jgn ckp ngan dia tau..hehe


korang rase dia nampak tak aku snap pic dia nie (nyorok belakang tabir pintu)...:)


Farewell

Jamuan dekat Landmark Hotel Batu Pahat
(25.11.2008)
pic kenangan masa nak balik tu.. kepoh2 kejap kat ctu ;)






hidangan jamuan pada hari tu...
simple jerk tapi sedap la










miss siti org yang diraikan bersama miss pua (bos) dan mr teoh










aku yg tembam tu ngan miss khoo, poh hong
(org di raikan) n miss teo






nie la bos audit aku (mr ooi)..sedang ambikkan lauk untuk miss kerk..hehe
tu la sebahagaian dari perlakuan2 yg telah kami aksikan untuk tontonan penonton sekalian ...uhuhuk...semoga terhibur..

26 November 2008

cantiknya seorang wanita..


cantiknya seorang wanita itu,
sebagai seorang gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik

cantik seorang wanita itu,
sebagai seorang remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

cantik seorang wanita itu,
sebagai Hawa tidak pada kerana bijak menruntuh iman kaum Adam

cantik seorang wanita,
sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan

cantik seorang wanita itu,
sebagai isteri merempuh badai di sisi suami

cantik seorang wanita itu,
sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar duai
cantik seorang wanita itu,
sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi

cantik seorang wanita itu,
sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua

cantik seorang wanita itu,
sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

cantik seorang wanita itu,
sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara

cantik seorang wanita itu,
sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf

cantik seorang wanita itu,
sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis

cantik seorang wanita itu,
sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah


p/s : wanita itu tetap harum walaupun sebelum ini telah disalah petik dan dipetik semula oleh tangan yang diredhai ALLAH..sesuai dgn perumpamaan ini : MELUR TETAP HARUM..walaupun melur itu telah dipetik tetapi keharumannya kekal selamanya...

25 November 2008

teropong orang..hehe

Tersebut la alkisah, pada ahad yg lepas...masa aku nak ambik dak kursus balik..aku terserempak ngan satu "mamat bangla jual aiskrim".. hencem tau, korang penah nampak tak?...ini la first time, aku nampak abg bangla jual ais krim yg naik moto tu..selalunya klu tak melayu, abg indon yg jual naik moto...rase2 klu korangla..beli tak ais krim tu..hehe..tepuk dada tnya la selera...sbb xcited sgt nak tau..aku leh pelan kete n tunggu abg bangla tu lalu ngan ais krim nya hehe..tp tak sempat la nak ambik pic muka dia, sbb tgk tu lampu isyarat dah ijau..huhu

24 November 2008

cerita opis..

staff at BTMH

Semasa pertengahan puasa hari tu, company aku ada buat seminar tax mengikut budget 2009, seminar tu diadakan di Hotel Katerina, so semua org dr opis aku terlibat utk menjayakan seminar tersebut kecuali aku,..sebab aku kene jaga opis..maklum la cik guard..huhu
Semenjak kerja kat BTMH nilah pertama kali seminar diadakan di area Batu Pahat. Nie pun hasil kerja keras budak praktikal yg membantu manager tax untuk menjayakan seminar tersebut.. sedey sbb bebudak tu abis akhir bulan nov nie..:(

20 November 2008

sbg persediaan..:)

HIKMAH MENYUSUKAN BAYI



KEHAMILAN merupakan antara tempoh paling sensitif dan kritikal bagi golongan wanita terutama yang bakal melahirkan anak pertama.
Ketika ini wanita hamil dihantui pelbagai perasaan tidak yakin, bimbang dan ragu-ragu tentang keselamatan bayi dalam kandungannya.


Soalan-soalan seperti "Adakah tubuh saya terlalu kecil untuk menampung anak" atau "adakah tubuh saya mampu membekalkan nutrien mencukupi untuk bayi", adalah antara yang mengusik naluri bakal ibu.Ia menjadi masalah apabila persoalan tersebut mendorong mereka mencuba segala jenis makanan tambahan, susu formula, vitamin dan jamu di samping pelbagai ramuan tradisional sama ada ubat-ubatan herba mahupun jamu.



Ketua Perunding Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Seri Suniza Sufian berkata, lebih mengelirukan apabila mereka terpaksa mematuhi pula berbagai-bagai pantang larang setelah selamat melahirkan anak."Salah satu contoh, wanita selepas bersalin sepatutnya minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan.



"Tetapi sesetengah masyarakat Melayu percaya, selepas melahirkan anak wanita tidak boleh minum air kerana takut 'kembang' atau vagina tidak segar dan longgar,'' katanya. Dr. Seri Suniza menjelaskan juga bahawa pengambilan makanan tambahan, suplemen dan jamu tidak semestinya bagus untuk kesan jangka panjang bagi ibu mahupun bayi yang dikandungnya.
Menurutnya, ibu hamil hanya perlu tambahan 10 peratus daripada zat nutrien diperlukan manakala ibu yang mengamalkan diet normal (seimbang) pula tidak perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan setiap hari. Ini kerana, suplemen banyak mengandungi multi-vitamin yang boleh menambahkan lagi berat badan.


Yang penting, kata beliau lagi, adalah menambahkan zat besi atau ferum dalam diet seharian agar tubuh badan sentiasa segar dan sihat sepanjang kehamilan.
Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mengembalikan bentuk badan asal selepas bersalin serta turut diamalkan oleh pelakon Hollywood terkenal, Catherine Zeta Jones, adalah menyusukan bayi."Mengikut kajian, ibu yang menyusu sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran akan lebih langsing berbanding ibu-ibu yang tidak memberi susu badan kepada bayi mereka.


"Namun jika ibu menyusu itu masih kekal dengan berat badan sewaktu hamil adalah disebabkan mengambil suplemen berlebihan kerana ibu terlalu bimbang dan kurang yakin lalu makan lebih daripada sepatutnya,' ' ujarnya lagi. Dr. Seri Suniza memberitahu, manfaat penyusuan di kalangan ibu tidak terbatas lebih-lebih lagi dalam membantu mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin yang merupakan penyebab kematian materniti utama di dunia.
Jelas beliau, ia mengurangkan risiko anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah selepas tempoh dua jam pertama bersalin.


Di samping itu, proses penyusuan juga terbukti 98 hingga 99 peratus berkesan mencegah kehamilan pada tempoh enam bulan pertama selepas kehamilan jika ibu menyusukan bayi secara eksklusif sepanjang tempoh itu.Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan endometrial yang dipengaruhi ketidakstabilan hormon estrogen serta mengawal kolesterol.


Justeru, golongan ibu seharusnya tidak berhenti menyusu sewaktu awal usia bayi kerana banyak manfaatnya kepada kedua-dua mereka.Bagi ibu bekerja pula, alasan sibuk kini tidak lagi relevan kerana terdapat banyak kemudahan dan kelonggaran khusus untuk mereka demi menggalakkan amalan menyusu.


Lebih-lebih lagi pemakanan yang diterima oleh bayi pada enam bulan pertama akan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayat. Ibu merupakan sumber khasiat bayi yang utama, oleh itu adalah penting untuk ibu meneruskan diet yang tinggi nutrien melalui pemakanan secara sihat.








=======++++++++++========



Doakan Anak Ketika Menyusu





Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani - Dr Robiah Kulop Hamzah, Susu ibu semai kasih, hmetro



































































































Berdua lebih baik...


igt tadi bukak email, nak tgk norman ngan memey...bila bukak2 jadi nie la pulak...kene lagi hr nie..huhu

19 November 2008

terkena aku...

pagi2 lagi aku dah dpt sms dari anak sedara aku yg sulong, nama dia nurul aqilah..
korang tau tak aper yg dia sms ngan aku..berikut korang bacalah sendiri...huhu
6 sbb cicak terjatuh...
1. pening
2. mengantuk
3. kekenyangan
4. silap langkah
5. kuat berangan
6. terkejut lihat muka org yg baca entri ni sebiji mcm muka dia..
wakakaka....korang kene cm aku gak .... padan muka...
mentang2 dia dpt 5A, terkene aku..aper2 pun, alang ucap tahniah kat nurul..naik kapal terbang nanti, jgn lupa alang kat bwh pulak ..hehee

18 November 2008

berembat...

Gara2 tiga batang pen marker nie aku kene berembat g beli kat area2 bus stand..huhu..tu la rajin sgt bos kl tu turun bp..hehehe..smpai yg lama abis pun tak sedar.


kali nie bos dtg ngan melody, my supervisor...dia lah yg check semua keje2 aku kat kl betul ker salah ker...cantik ker tak ker..huhu..maybe next year aku kene g kl, menaip kat sna la pulak ..


and the result today...every friday, at my opis kene speak english...waaaaa...mana aku reti...mencinya..sapa tak ckp kene denda tau 10sen satu mistake...waaaaaaa..

17 November 2008

jom tengok..




fuyoo...kete sapa nie??...kete aku la!!..baru tukar ngan kete kancil ijau aku tu ..kuikukui..korang cye ker?...

x der la ...nie aku mati idup semula pun, lum tentu aku abis byr mothly payment dia nie...nie masa aku tgh bosan2 kat kedai accessories kete tula, aku p jejalan kat tepi koridor tu..n nampak la kete nie cantik molek jek dok parking seblh kedai tu..aper lagi, dah tak der keje makanya aku pun take la pic kete nie...wupa2nya ayah aku dah tnya, kete tu owner kedai assseories nie punya kete..fuyooo, mengancm tu...tp tayar dia nipis sgt la...klu aku yg ganas nie yg bwk mau bengkok sport rem dia ..hehehe..

weekend yang malang..:(






flat number kete aku pecah gara2 xcdnt ngan burung ayam2 masa nak ambik budak driving masa hari sbtu hari tu...mujur jerk la flat kete jerk...syukur alhamdulilah..

Dalam bulan 11 nie rmai sgt org sekeliling aku yg xcdnt..naik takut aku, tp bila dh pgg stereng..x insaf2 la pulak huhu...

tu no flat aku yg lama dah pecah, gara2 berlanggar ngan burung ayam2 yg kecik tu..bukan salah aku...burung tu yg kuar semak, tak tengok kiri kanan sapa suruh..haaa kan padan la muka kene lenyek ngan tayar kete aku yg kecik jerk nie...masa kene tu, aku agak tayar kete jerk yg lenyek, tak sngka ngan flat2 no yg patah..aduii..kopak duit aku..

perasan flat kete pecah, masa aku g kedai ina kat sebelah opis aku tu, baru la terperasan yg no flat aku kurang la satu nonya ..waaa, aku call ayah aku ..nasib dia lum balik lagi..dia msih kat akademi lagi layan borak ngan pakcik kantin la tu..huhu..
masa nak g sna ujan lebat..smpai ke parit raja la aku mencari kedai buat flat no..last2 jumpanya depan kuitho branch pt raja ..huhu...nasib tadi ayah aku dh belanja makan nasi goreng kg kegemaranku itu..hehe..kalau tak mungkin naik hijau dibuatnya..kuikuikui...so moralnya kat sni, klu jalan kat kg tu tak reti2 nak slow skit..kwang2...

14 November 2008

macam2 ragam..huhu

sebahagian menu makanan yg dpt di ambil - sodapkan...;)

Malam semalam ayah aku baik hati, nak belanja kita org anak beranak makan kat luar..kul 6.45 pm tu adik aku dah sms.. "kak, balik cepat..abah ajak makan kat luar" ..alhmdulilah..x payah masak malam nie..hehe..Lepas solat maghrib, memasing dah siap, dah berdandan so kita nak gerak la...adik aku tnya.. "naik kete mana?" ..ayah aku jwp " naik kete ija la..kete dia kat belakang"..aku baru jerk isi minyak ...huhu..tetau jerk ...ermm x per la, janji ayah aku belanja makan mlm tu..sbb aku dh lapo giler tahap gorila..kuikuikui..

pastu nak jadikan citer aku tak bwk lesen, aku cuma bwk ic masuk kat kocek suar..so aku pun buka lock pintu kete..memula ayah aku yg naik dulu, dia duk belakang, pastu mak lak ..mak igt aku yg bwk..aku nonong2 masuk terus duk belakang..pastu kita org anak beranak tercenggang.. "loh sapa yg bwk kete.." mak aku tnya...hahaha..aku gelakkan mak aku.. "edyla.." ..aku ckp,... masa tu adik aku yg sorang tu tgh kunci pintu umah..tup2 dia nak masuk kete, dia terkejut n geleng2 kan pale..sbb semua dah ready nak jalan tinggal drebar jerk tak der...kuikuikui..dh cm iklan tb yg anak dia duk rermai ngan mak dia tu la pulak ..hahaha..

x abis lagi nie...smpai pt sulong kat kedai makan tu, lawak lagi sekali....org yg dtg ambik order tu tnya la nak makan per?..mak aku leh tnya "kat sni ader makan per?..klu ikan tu msak per ader?".. tercengangg2 org tu tgk aku ... "kat sni pkai ikan per..ikan selar ader tak"..kwang2 .. " mak mana ader ikan kecik2 cm tu kat tpt nie..klu lauk2 cm tghari tu tak der kat sni klu mlm"..adeh..semua sengeh jerk..last2, mak order nasik puteh ngan sotong masak kunyit n sayur chap chai utk dua org makan , aku ngan adik aku biasa la, kita org mana2 g pun cari nasi goreng jerk, adik aku makan nasik goreng daging merah, aku lak nasi goreng paprik..sedap mak kata sayur paprik akunya tu..semua terasa..huhu..yg mak biasa la air minum dia tak sah klu tak ABCD, opps!..bukan air batu campur (ABC)..hehe..lawak kan fmly aku nie..adeiii..

hotlink..

dua hari lepas, aku duk kat kedai ina lepas balik keje...tgh duduk2 tu ..dtg satu mamat nie..dia dtg naik moto kapcai..dah la tak bukak topi keras dia tu (topi keledar)...pastu dr moto, dia dh aim tgk aku jerk smbil sengeh2 ..aku agak2 dia igt aku yg jual top up kot...
"hai budak hotlink"... dia tegur aku n ina..kita org senyum jerk la...pstu dia pon duduk..masa dia duduk nak tulis no tel kat buku ina tu, dia asyik dok pndang aku jerk...kebetulan pulak jarak aku ngan dia tak jauh mana pun...pastu dia tnya top up celcom ader tak..dh nama kat luar kedai tu hotlink takkan ader jual celcom pulak..hai mamat nie tak reti eja ker per..aku duk bebel sorang2 dlm ati...tp jarak kita org masa tu mmg jarak yg paling bahaya..kata org klu dia nak kiss aku boley sgt la..huhu..iskh simpang malaikat...lama tau, masa dia duk kat depan aku tu, smbil tenung aku n tgk buku..huhu...dia tak igt no dia...tak tau la no dia ker, no awek dia ker atau seanteronya..
pastu bila dh kata tak der jual top up celcom dia tak jadi la, sbb dh tak igt no hotlink dia..so dia pon minta maaf... "sori eh lupa la nonya...meow"...terkejut kita org masa dia buat cm tu, siap ader aksi kucing mengeow lagi..huhu..lepas jerk dia kuar aku dn ina pechah gelak ..cm nak guling2 rase...aper kes la mamat nie...masa dia mengeow tu dia tujukan kat aku..aduii...entah aper2 jerk la..menggong aku kejap..wallawei..

12 November 2008

Kebulur@n tahap cipan...huhu

isnin: nasi ambang dan milo panas
=> menu tgahri aku kat opis..sedapkan
selasa: aku bwk nasi goreng
=> terlupa nak ambik pic..huhu
rabu: bwk bekal maggie
=>akak atas bg tau, bos baru pesan jgn makan maggie..serbuk perasa dia leh matikan pokok klu letak kat pokok tu... waaaa...:(. tp x per aku ader menu baru hr nie aku makan fish cake 4 keping, twiggies skeping dan kentang cm fish cake tu sekeping...mak aii kebuluran aper aku nie...mmg pon, dr semlm aku tak makan nasi ..waaaa...




sedapnya apam mak buat...masa kebulur nie semuanya sedap..aduii..







nie lagi la sedap kek kain pelekat lalala..eh2 cm slh jerk..kek lapis la..bos mak bagi...tu separuh dah abis tu korang tau sapa yg makan ...hehe...aku lah..mmg dsr kuat makan cm tu la gamaknya...kuikuikui

10 November 2008

shopping disenja hari..

kasut baru...rm5/-

selipar opis baru...rm3/-

Semalam byk gak aku abiskan duit utk bershopping, kopak lagi ...huhu..nak wat cm ner, semua tu keperluan yg mmg ptt kene beli..x per la, sesekalikan....kat atas tu sebhgian brg2 yg aku beli dgn harga tersgt la murah..korang percaya tak?..hehe

romantika di lamor...huhu

azimah cute..
nielah salah sorang anak murid aku...naper aku letak pic dia kat sni??.. sbb aku nak cerita pasal dia la..masa sabtu lepas, abg kat kantin tpt belajar memandu tu msg si imah nie...masa tu imah nie dlm kete nak balik la sbb sesi balaja dh tamat..so aku la tukang antar dia org balik..nk jdkan cerita abg kat kantin tu nak sgt msg2 ngan dak azimah nie..tp azimah malas nak layan ...so aku kan kepala gila2 aku cdgnkan pada imah nie jwp n tnya la soalan yg aku karang utk abg tu..huhu..tak sngka dia nak balas...korang tau tak aper jadi ...aku la yg ketawa smpai nak guling2 kt dlm kete yg aku bwk tu sbb abg nie rupa2nya leh thn jiwang gak.. aduiii!!... sesuai sgt la dgn si azimah yg suka senyum tu...aper2 pun kwn bebaik ..klu ader jodoh tak kemana..kuikuikui..

di litar...

bila cikgi dh naik bosan, duk lepak kat balai menunggu..ceh mcm nak naik flight la pulak ..huhu..agak2 tak reti jerk, dr stu aku dah jerit..mcm iklan kat tb tu ..huhu..

muka cikgi rempit..tension jerk sbb anak murid x pandai2..huhu
ape formula aku nak bg nie kat dia org ...aku bg formula 1 baru tau kang..

inilah cerita ku..minah rempit yg tak sudah2 merempit dilitar memandu ..bukan litar sepang arr...tiap weekend disini la tpt aku byk menghabis kan masa..jom arr joint..:)


07 November 2008

ape2 ajer lah..

@ Sehingga menjilat jari @

lunch tadi aku pi beli "KFC" jgn marah..
dah lama sgt tak makan, ngidam pulak..hehe
tu pun sbb semlm ternmpk kengkwn opis atas beli kfc..huhu..
sebelum tido tak lena mandi tak basah ..baik aku g beli kan3..
alaaaa..lupa la nak ambik pic kita org tgh makan tadi
sbb memasing dh lapo ssesgt..hehe


-------------------------------------------------------------------------------
after lunch tadi ader satu client opis atas dtg...
yg pakcik tu dh lama sgt tak nampak..
cuma selalu nampak akak tu jerk ...
pakcik tu tegur aku..
tu yg pakcik tu kata "selalu tak nmpak pun"
akak tu jwp "ada...la"
aku pon senyum jerk la..lepas 15 minit kemudian dia org turun ..
dan pakcik nak buka pintu ..dia tersalah buka pintu belah kanan, septtnya dia tarik pintu belah kiri klu utk keluar...aku pun ngan sopannya bg tau la kat pakcik tu .."tarik sebelah kiri" smbil tersengeh pakcik tu jwp ..."maklumla pakcik, setahun sekali jerk g sni.. " aku pon senyum lagi...pastu pakcik tu ckp "eh pakcik pulak..panggil james la..", pastu wife dia pun menyampuk "ooooo tak nak panggil pakcik "terus dia ajukkan husband dia punya ckp ..aku pon mmg dia akui oleh "lever brothers" mmg spesies meriah ..aku gelak jerk la..hahaha..:)

aksi si kecik..

namanya Nazri...org suruh possing lain..dia buat lain lak..huhu
dia mmg sorang budak yg unik..

Lina dan Nazri

semalam masa sibuk2 nak siap kan blog nie..aku dikunjungi oleh si kecik nie la..nak slm katanya, nak balik umah...semlm dia duk kat kedai ina...sbb ayah dia ade keje, smpai tghari baru dia balik umah ..peace semua!!

06 November 2008

Oktober 2008

Ini semua cadangan aku.. kami dh lama tak penah bergmbar keluarga bersama ..tp nasib mmg tak menyebelahi kami, kamera digital yg digunakan utk ambik semua pic raya telah terdelete picnya..tak tau angkara siapa..pic di bwh nie pun atas inisiatif diri ku utk mengambilnya pkai hp ku sndiri ..cian mak nak tgk sgt pic dibwh nie tp tak dpt...akan ku usahakan utk mencucinya nanti, InsyAllah..

cucu-cucu abah n mak seramai 7 org ...
al fatihah untuk arwah aiman..klu tak cucu mak n abah ader 8 orang.

family kakak ngah dan abg Yunus

Family abg long dan kak Midah

Inilah family comel aku - aku yg belah kiri belakang..:)


September 2008

nie la kak ngah aku n fmly berposing di rumah baru


nie la dia anak sedara aku yg tak sabo2 nak ambik gambar ...kan tgk dah tak jd gmbrnya..huhu

inila sy eiza...dan jejaka cute kat sebelah tu izzuddin..hehe

----------------------------------------------------------------------------------

Salam Ramadhan untuk semua..

pertama kali sejak sekian kalinya aku dan mak abah berpuasa bertiga sajer...sebelum ini, akak ngah aku duk bersama jadi taklah sunyi sgt..tp sbb dia dah pindah umah sendiri ..tinggal kami bertiga sajer..x bestnya..huhu

Ogos 2008

renjis - renjis dipilis..hehe
Selamat pengantin baru buat Helmi anak kepada adik ayah aku .. mengakhiri zaman bujangnya bersama pasangan yg satu kg dgn dia juga..majlis diadakan di Felda Redung, semoga kekal keakhir hayat hendaknya..
pengorbanan pada adik2nya terbalas jua kerana semua adik2nya berjaya dlm pelajaran dan menara gading..tahniah Helmi.

Julai 2008

Malaysia France Institute - UniKL
adik bongsu aku dpt masuk kesini..tahniah utk dia, mudahn 3 tahun akan dtg dia dpt abiskan pengajian diploma dia ngan cemerlang..amin..

Jun 2008

Ujian Allah S.w.t
(ainun - mata) mata mak dah jadi biru ker?...

mak ku diserang penyakit mata...entah la aku pun tak tau nak cerita mcm mana, mak kata..klu dia berjalan semua benda dia nmpak ader 3.. korang bygkan la cm ner susahnya jalan dgn ader 3 bayang2 tu... tentu tak tau mana satu jalan yg betulkan ...alhamdulilah sekarang nie mak dah pulih seperti sedia kala dan boleh bawa motor mcm biasa bila dia nak pergi "yasinan" . Kesian ngan mak..masa dia kene tu, dia tak boleh jalan sendiri ...aku kene pimpin dia...nak nangis jerk rase tgk keadaan mak cm tu ...;(, syukur berkat berubat selama 3 bulan dekat muar...akhirnya mendatangkan hasil dan serasi ....syukur padamu ya Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails