30 Disember 2008

BACK TO SCHOLL!!

Tajuk cm gempaq jerk..tp tak gempaq pon..
aku dah mai balik, harap hang pa semua ceria n sehat2 selalu ne...
cau cin cau..

Bertuah Menjadi Seorang Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


5. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


6. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.


7. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


8. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


9. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


10. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


12. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).


13. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


14. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


15. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


16. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


17. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

24 Disember 2008

Attention!!!

Pemberitahuan


Assalamualikum dan salam sejahtera,

Dengan ini, aku ingin membuat pengumuman bahawa teratak buruk aku ini akan berehat buat sementara waktu sehingga selepas cuti Awal Muharam, ini kerana aku bercuti selama 5 hari, diulangi 5 hari ...hehehe..kepada sesiapa yg menyambut krismas tu "Merry Crismas dan kepada semua umat islam Selamat Menyambut Tahun Baru Islam"..moga bertambah rezeki kita pada tahun hadapan amin...jgn lupa baca doa akhir n awal tahun tau..

Dengan ini sesiapa yang windu kat celoteh aku dan diriku ini diharapkan bersabar ekk (ada ker yg windu tu..huhu)

Salam sayang dari eiza utk semua
kau la yang kusyg di dunia blog ini.;-)


Wassalam.

KEBESARAN ILAHI

SubhannAllah..Maha Suci Engkau Ya Allah...
menjadikan matahari yang bersinar menerangi duniawi,
memberikan aku kesempatan melihat kehidupan yg ada dia atas muka bumi ini,
aku bersyukur Ya Allah,
dpt melihat indahnya matahari terbenam diufuk barat,
dan indahnya bulan dan bintang bercahaya dimalam hari..

melihat pemandangan ini di satu daerah yg bernama "pagoh"



walapun bukan di lihat dipantai, namun keindahannya menambat hatiku..



Cinta@ Vs Suk@


Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata. ..
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
**Setiap orang akan atau pernah mengalami ini dalam hidup mereka**

19 Disember 2008

Why we must use English in IT?

The anwser is...

This is because the whole world uses the language as an information and/or technology language. How dangerous it will be if we try to use Bahasa, especially in school. See example below:

Hardware = Barangkeras

Software = Baranglembut

Joystick = Batang gembira

Plug and play = Cucuk dan main

Port = Lubang

Server = Pelayan

Client = Pelanggan


Try to translate this:

English:
That server gives a plug and play service to the client using either hardwareor software joystick. The joystick goes into the port of the client.

Now in Bahasa:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.


Now you know..... WHY.....


P/S - masa aku kat colege dulu pon selalu translate ini gadget...hehehe

@Ku N@k MoNiToR B@ru

N@k MoNiToR B@ru

nie la tpt bertapa aku kat opis, tp kan yg tak sonok nya, monitor aku tu tak canggih mcm nama syarikat aku, yg kata dah join big group kat asea tenggara nie...ermm..ckp jerk lebih tp action takdak pon...mencinya.. monitor lama tu dh makan byk space kat meja tu, dgn tel lagi, barang2 keperluan aku lagi adeii...susah aku nak buat keje ...tu dlm gambo tu bila aku buat keje menaip..siap kene sorok lagi draft tu bwh komputer..cian kan kat aku..korang rase ptt tak aku mintak tukar monitor baru..sapa sokong, angkat punggung..aku nak kira baper yg sokong aku...cian me kaceh..

17 Disember 2008

Bacalah Wahai lelaki........


Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS. tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi

16 Disember 2008

Keletah AnaK Sedara..

LeTiHnY@


Weekend semalam nie rmainya org nak belajar merempit..aduii letih benor rase badan nie, mcm kene pijak2 jerk rase, sakit semua...balik pon dah tak awal cm selalu, lewat jerk, so nak bagi release tension jap lepeh abis koja...aku ikut abg long g jejalan kat batu pahat petang ahad tu, sesambil akak iparku nak g tgk tempat dia nak ujian undang2 esok..


Dah abis g tgk tpt ujian ngan tgk batu di pahat, kita org pon g la Carefour Duniaku itu, sesaja hendak berjalan..so inila gambar yg sempat aku snap dari hp kamera ku..kita layan ekk...






Masuk jerk dh nampak binatang nie..
igt aku leh naik ...
teruja gak nak try






La rupanya utk dak kecik jerk, so nadira la untung ibu dia nak belanja tunggang itu binatang...
tgk la, dia bwk asyik cm nak rempit gamaknya..
abg uda pulak jd tukang tgk jerk ..hehe




eh, bila pulak carefour ader model kuali nie..wakakaka...
akak long dgn gayanya ingin menjadi model iklan kuali cap bunga raya..
ader ker kak, org nak beli tu..huhu




ha, nie lagi sorang..mak lang nya (aku la tu ) tak nak lepas peluang jadi model kete..




Alahai, tak dpt beli kete sport naik katil cm kete sport pon ok yer abg uda?...




Dira nie mmg tau, air mak lang dia pon dia sapu, tu lak air dia yang sedap banget tu..

dia kata "air strawberi mak lang tu minum cakit pale"..

huhu padan muka sapa suh minum..

x pdn kecik, petah ckp..




peacea abg uda ngan nadira, dua2 sibuk makan gula2 free dari mamak hamid corner..
Sekian terima kaseh
persembahan dari anak sedara ku
kuikuikui...adios amigos





15 Disember 2008

Menj@W@B T@G CiKGu Tuy@ PUL@K..

Aduhh..aku kene smash tag byk kali nie..waduh2..bisa jawap apa si...
7 fAktA TeNtAnG AkU..
1. aku wanita (semestinya)
2. aku pandai potong rambut sendiri (bila panjang, kerat bwh jerk leh la..hehe)
3. aku yang suka makan aiskrim mangkuk besar
4. aku yang chubby (yer ker?..cm dah gemok sgt jerk )
5. aku yang suka buat org happy
6. aku muka kelakar (betol ker?..korang tafsir sendiri la)
7. aku yang suka makan tak ikut time (padan muka kene gastrik)
7 pErKaRa MeNaKuTkAn AkU Di dUnIaWi InI..
1. tak boleh beranak (nauzubillah jauhkan la)
2. ular getah (ee geli aku)
3. xcdnt
4. takot kene cubit ngan mak (cakit siot bengkak seminggu)
5. tsunami n gempa bumi (takotnya)
6. hujan tak henti (aku sakit pale kene ujan)
7. bila ayah aku marah (nangis tu aku)
7 LaGu YaNg PaLiNg Aku SuKa..
1. Nubhan Af6 - Ada Untukmu
2. Purple - Sampai Hujung Nyawa
3. Ella feat Shah - Ku Merindu
4. FiQ - 3 Malam
5. Yuvie n the Nuno - Menjaga Hati
6. Radja - Jujur
7. Iman Ajmain - Seribu Tahun
(dlm koleksi MP3 aku)
7 pErKaRa YaNg AkU SeLaLu SeBuT..
1. Ya Allah
2. sabo jerk lah
3. tau tak pe
4. ape kejadah
5. hahaha (masa gelak)
6. entah
7. x nak sudah
7 pErKaRa YaNg BeRnIlAi BaGi AkU..
1. Bantal Bucuk aku
2. Minyak Angin Cap Kapak
3. Kipas Angin
4. Duit Gaji
5. Baju sejuk
6. Nyawa aku
7. Panadol
(bahan2 time aku sakit)
7 oRaNg AkAn TeRkEnA LaK
Sapa ekk aku nak kenekan...ermm, boleh tak jawap tak der..
sbb kawan lum rmai lagi la..segan lagi nak tag dia org ..hehe.
me kaceh.
aku yang pasrah..
eiza n the house
lege den!
P/s Adik NardIndieWinkie sabaq yer akak kene bertapa dulu sebelum jawap tag kamu pulak ..huhu

Pemilihan huruf pertama pada nama


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuaikan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.



P/s - camne nie, napa huruf memula nama aku tak trsenarai dlm nie..waaa...
baik korang check nama korang ader tak dlm senarai nie..
sapa tak der tu , seangkatan la kita yerk..

12 Disember 2008

T@G!!

Ini tag kedua dari En. Jiwa Kaco..nak jawap per nie...tak per aku terjah jerk la eh


a) 7 fakta tentang aku

- aku anak bapak (yer ker?..kene tnya bapak aku la)
- aku suka tido (tak kisah bila2 jerk boleh..huhu)
- aku suka baca novel
- aku suka cakap kuat-kuat (baik korang jauh2 skit dr aku nanti sound trouble lak)
- aku suka merempit (tapi tayar 4 lah)
- aku suka buat lawak
- aku suka gigit gula2 (reput dah gg aku)


b) 7 perkara menakutkan aku diduniawi ini

- aku takut klu mak dan ayah aku jatuh sakit (sebab aku jerk yg ader kat umah)
- aku takut kene sambar petir (selalu nyorok masa bunyi petir)
- aku takut tikus mondok (selalu kco aku masa tido)
- aku takut tak ader pasangan smpai tua
- aku takut tak dpt settle hutang (keliling pinggang tu )
- aku takut tetiba jadi tak siuman
- aku takut tak dapat main tenet bila bosan kat opis


c) 7 lagu yang aku suka

- Aurora => kumpulan Estranged
- Ayat - ayat cinta => Rossa
- I'm yours => Jason Mraz (tul ker nama dia)
- Puspa => ST 12
- Tanpa => 6ixth Sense
- Gemuruh jiwa => Faizal Tahir
- Aku wanita => tok CT

(lagu nie semua ader dlm hp aku ..tu sbb aku suka...heheh)


d) 7 perkara yang aku selalu sebut

- oh mak ko! (if aku tgh melatah)
- ok
- tak tau
- pe benda?
- hehe
- O00OO (ooo bulat..kuikuikui)
- kwang3


e) 7 perkara yang bernilai bg aku

- of course my family (x dak dia org sapa la aku)
- kete kecik aku (wlpon semput dh byk jasanya)
- my hp buruk (wlpon buruk sentiasa berada dcc)
- kesihatan aku (aku selalu sakit)
- my best friend (wlpon jauh ko tetap dekat ditelinga)
- adik angkat aku (hari2 jumpa)
- my life


f) 7 pertama kali dlm hidup ku

- first time ambik ujian memandu (sekali ambik lulus..alhamdulilah)
- first time dpt kak ipar
- first time dpt hadiah dr bank (menang competition)
- first time pkai hp ( patern lama yang ader antena cm arial kete tu n klu baling anjing boleh sewel jap..hehe)
- first time putus cinta ( aku nangis sakan tak hingat dunia)
- first time pndai buat lempeng ( lempeng mmg aku tak reti buat..klu cengkodok aku tau la)
- first time pndai buat blog sendiri ;)


g) 7 org yang akan terkena lak

- Adik Nard Indi Winkie
- Encik Suka Bebel
- Encik Saiful Ramadzan
- Cik Farah Suzana
- Puan Sayang_Liedz
- Puan Ai
- Cik Al Qamariah

(jawap jgn tak jawap ekk)




Sekian, ikhlas seadanya..
dr Eiz@ In The House
fuh..beres!

PenGorB@n@n Si iBu

Mother is Mother...risking her life to save her kid..










binatang pong taw syg anak...

manusia skang?????

hampehh..........






P/S - Atas kesilpan teknikal gmbar first, si ibu turun dr pokok tak dpt dipublishkan. Harap maaf.

K3K@L S3H@T

Health- Important Tips

1) Answer the phone by LEFT ear.
2) Do not drink coffee TWICE a day.
3) Do not take pillswith COOL water.

4) Do not have HUGE meals after 5pm.
5) Reduce the amount of OILY food you consume.
6) Drink more WATER in themorning, less at night.
7) Keep your distance from hand phone CHARGERS!
8) Do not use headphones/earphone for LONG period oftime.
9) Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
10) Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
11) When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

11 Disember 2008

Cerit@ mer@pu k@l@

cerita berkisar di sebuah kem askar dimana seorang jeneral terhendap-hendap umpama nak skodeng anak dara mandi untuk menyiasat staff perempuannya yang dilaporkan menghasilkan karipap dengan cara yg agak menjijikkan.

setelah di intip, memang benar didapati staffnya itu membuat karipap dengan menggunakan set gigi palsunya sebagai acuan karipap.

Lalu dgn tak semena-menanya disergah staff nya itu.

jeneral : jenab, dah lama saya terima laporan ttg awak buat karipap ni. memang sah awak seorang pengotor….
jenab : tuan baru tengok saya buat karipap..tuan belum tengok suami saya buat donat..( sambil menunding donat di atas meja yang berlubang di tengah )….

agak-agak macamana suami dia buat donat,ye…


moral : jangan makan donat yang berlubang besar

10 Disember 2008

Tak seperti yang ku jangka

Kenduri Kahwin


Sabtu lepas aku beriya2 nak pergi ke jemputan kawin seorang teman..tapi apa yg terjadi tak mcm yg aku sangka... hr tu aku cm biasa kene jadi perempit jalanan dan kebetulan jugak keta kecil ku meragam pulak ..so semua perjalanan keje aku hr tu terlewat dr jangkaan..per nak buat kan dh nasib..pastu cuaca lak cm sedey2 nak nangis gitu ...walaupun dh terlewat aku tekad jugak nak pergi ke wedding tu..so, padan la muka..


bila mana ini yang terjadi,
smpai je buffet dah kureng..
smpai2 ujan turun ngan lebat n kawasn khemah makan jadi sawah
smpai2 pengantin dah abis bersanding
smpai2 pengantin dah duk berduan dlm bilik
padahal kat luar ni berduyun lagi org dtg nak jumpa dia
Yang paling sakit jiwa dan raga aku nie..
bila kita nak ajak bergambar jap
dia bg seribu alasan, dah bukak tudung la, bla..bla..bla
kesian anak murid dia merangkap adik kwn aku..
mesti dia kata tak patut cikgu dia buat cm tu kat dia
bila kwn2 cikgu dia dtg ..dia leh bersiap lak pkai tudung
bila salam kita org cm nak tak nak jerk
hai nasib badan la labu...
Moga dia bahagia ngan labu2nya

lepas tu aper lagi..nak biar lega bengang kat kepala, kita org g merayap ker carefour tgk pameran ikan hiasan kat sna ..jomla tgk ikan yg kita org tangkap ..nak tak..jom2..hehe

ikan nie harganya mahal skit rm100/- keatas..tak tau la tang mana yg mahal


Yang comel2 nie bwh Rm10/- dah leh beli :)



Yang nie bukan ikan k, yang nie aku ngan adik kwn aku tu..cian dia..sabar yer dik..




PeLik t@pi BeN@R

10 Restoran Yang Aneh Di Dunia


Macam-macam idea digunakan untuk nak majukan restoran ..


so mari la kita tengok cm ner dia org nak kasi terkenal.


Sesapa yang dah tau, tak per la bagi peluang org lain tahu pulak yerk..



1. Cannibalistic Restaurant ( JAPAN )




"Nyotaimori" (ertinya "female body plate") adalah salah satu nama restoran di jepun yang menyajikan sushi dah sashimi di tubuh mayat wanita. Tubuh mayat ini dibuat dari makanan dan diletakkan di meja makan seperti di rumah sakit. Pengunjung boleh memakan bahagian tubuh mana saja. Tubuh yang dipotong akan mengeluarkan darah, sama seperti potongan tubuh manusia. Restoran seperti ini memang sesuai buat manusia kanibal seperti Sumanto.




2. Toilet Restaurant ( TAIWAN )




Marton Theme Restoran, di Kaohsiung ( Taiwan ) menyediakan nuansa TOILET bagi pelanggannya. Dekorasi ruangan, kursi dan tempat makan yg digunakan persis seperti di toilet. Meja dibuat seperti bathtub, dan makanan yg disediakan diletakkan di piring dan mangkuk yg didesain seperti toilet duduk. Makanan yg disajikan di sini tidak hanya enak, tapi juga memberikan sensasi sendiri bagi pengunjungnya.




3. Restaurant in the Sky ( BELGIUM )



"Dinner in the Sky" adalah salah satu restoran di Brussels yang menyediakan tempat makan untuk 22 orang... tentu saja di ketinggian 150 kaki!!! Tempat makan di desain khusus untuk bisa diangkat menggunakan crane. Pengunjung bebas menentukan lokasi ketinggian yg diminati, asal jangan sampai menjatuhkan garpu dah pisau...


4. Dark Restaurant ( CHINA )



Restoran kegelapan (punya Dark Knight maybe ) terletak di Beijing China . Semua desain restoran benar2 berwarna hitam. Pengunjung yang datang akan di antar oleh pelayan yg sudah dilengkapi dengan teropong malam ke meja makan. Senter, HP, arloji dilarang di area ini. Karena tidak bisa melihat makanan yg disantap, pengunjung benar2 merasakan makanan yg tidak pernah dimakan sebelumnya di restoran ini...


5. Restaurant Kuburan ( INDIA )



Restoran yang terletak di Ahmadabad India ini terkenal dengan menu teh susu, roti gulung dan kuburan di antara meja. Pemilik restoran mengaku telah membuka restoran ini turun temurun selama 4 dekade, tapi tidak tahu siapa jenazah yg terkubur di bawah kuburan ini



6. Restaurant di Penjara ( ITALY )




Restoran ini terletak di tempat paling paling aman, yaitu penjara Fortezza Medicea di Italy. Dekorasi restoran ini adalah penjara tempat pembunuhan yang dilengkapi dengan tembok setinggi 60kaki, menara pengawas, security kamera yang telah beroperasi selama 500 tahun. Selain itu, tempat ini dilengkapi juga dengan penjaga penjara dengan senjata lengkap

7. Restaurant Robot ( CHINA )


Kenapa dinamakan robot? karena restoran ini buka sepanjang hari selama 21 jam tanpa mengenal lelah. Pengelola restoran juga sekilas terlihat sama, namun ini adalah pasangan suami istri kembar identik! Orang2 sekitar menyebutnya "robot couple restaurant" karena mereka melihat orang yg sama bekerja seperti robot dalam menjalankan restoran dari jam 5 pagi sampai jam 3 dini hari. Makanya dinamakan


8. Restaurant bawah laut ( MALDIVES )


Restoran bawah laut pertama diperkenalkan di Hilton Maldives Resort & Spa, April 2007. Restoran bernama Ithaa (baca "eet-ha", artinya "pearl" dalam bahasa Maldives , Dhivehi) berada 5 meter di bawah Samudra Hindia yang dikelilingi oleh coral dan panorama bawah laut. Ini adalah restoran pertama untuk kategori bawah laut.





9. Condom Restaurant ( THAILAND )


"Cabbages and Condoms" adalah nama restaurant di Thailand. Ada banyak kondom di dinding2 dan lukisan kondom di karpet. Setelah makan, pengunjung akan diberi kondom di meja kasir . Keuntungan dari restaurant ini digunakan untuk mendukung yayasan Population and Community Development Association (PDA).



10. Medical Restaurant ( TAIPEI )


D.S. Music Restaurant di Taipei, Taiwan adalah restoran dengan nuansa medis . Dekorasi ruangan seperti rumah sakit, pelayannya berpakaian seperti perawat, dan botol minumnya juga dikemas dalam botol infus



P/S - Pelikkan dia org nie..ermm klu korang...korang nak makan tak klu buat pelik2 cm tu..tepuk tangan, tnya la perut korang...huhu






09 Disember 2008




Ku abadikan potret hati ini
di blog ku
agar aku tak lupa pada jasa mereka
kerana
telah menjaga aku smpai sekarang
(x malu dah tua2 pun nak kene jaga..huhu)
i luv u all...muah!



budak comel yang tgh mak aku dukung tu adelah aku.... (hehehe perasan)
umo aku baru 3 tahun x silap
pic nie diambil masa hari raya kat umah taiping




Mak dan ayah aku baru ader dua orang anak
masa nie aku lum ader lagi
Comelkan mereka...inilah famly aku



P/S - Korang rase wajah aku nie ikut muka siapa?



S@L@M @iDil@Dh@ Bu@t SeMu@



08.12.2008 bersamaan 09 Zulhijjah 1429
S@L@M @IdiL@dH@
Dari EIZA untuk semua

04 Disember 2008

Untuk Renungan Bersama

Untuk yg telah, akan atau belum berumahtangga

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapatapa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita,bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki keretamewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkalaberhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan hargabiasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dancepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkinsedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pastiada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan keneraka?Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidak sempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

aduhai...kene tag

aku tak reti nak jawap nie..so aku hentam la yerk wahai encik jiwa kaco..klu slh tu sori k.


1. What are you wearing?
Baju kurung



2. What did you do last night?
Tido



3. Favorite Memory with significant other?
Dapat first present teady bear besar dr someone special masa birthday ke -24thn



4. Last gift received?
dpt anak patung kecik beruang coala dr Australia



5. Describe the last picture you were in?
masa farewell kwn opis, mcm2 aksi ader



6. Last thing you ate?
Nasi goreng buatan sendiri



7. Last thing you drank?
Teh o panas buatan sendiri



8. What kind of underwear are you wearing?
Alamak...tak mo jawap



9. What was your best vacation?
Lepak kat umah ajer..pastu tido, tido n tido :)



10. What are you most looking forward to in the next vacation?
Nak g Mekah ( x tau la leh dpt ker tak )



11. What is happening around you?
macam2, tp aku suka bila sunyi ...hati damai jerk..



12. What is your shoe size?
Kaki panjang la seingat aku saiz 7 kot.



13. Last event you dressed up for?
Semalam aku pkai baju blaus baru, lawa la jugak..huhu



14. What is the most chethinap g you bought?
x tau la...


15. What is the most expensive thing you have on right now?
Myself, sesungguhnya diri ku amat berharga..cewah..


16. What is your favorite smell?
bau aper ekk...



17. Is there something you really want to buy right now?
Nak beli orang..leh ker?



18. What are your nicknames?
Manja/eiza



19. What are your plans for today?
Nak jawab tag nie la smbil wat keje



20. Describe your friendster picture.
Baru tukar background semalam..g la layan nizabp@hotmail.com



21. Describe your myspace picture.
myspace, dah lama tak bukak ..tak tau dah jadi aper..



22. Describe your facebook picture.
Belum penah buat




23. What did you do last weekend?
Merempit



24. Favorite brand of clothes?
Tak ader jenama janji selesa dan cantik

03 Disember 2008

sapa leh bg tau aku..

tgh syok isi form tetiba kat form tu ader tulis
Kecerdasan Trengkas: ___p.s.m.
dgn
Kecerdasan Menaip: ____p.s.m.
iskh aku lemah tul la klu ada dua benda nie...
aku rase dah cukup cerdas aku menaip nie ha, takkan tak cukup lagi
cuba sesapa explain kat aku dua benda nie...me kaceh..

dia

dia : Assalamulaikum, hai syg apa kabar?
aku : Walaikumsalam, awak apa kabar , lama tak dengar berita?
dia : ader sibuk skit, sekarang abg kat selayang dekat umah abg, abg sakit.
aku : yer ker, sakit per?..teruk ker keadaan dia?
dia : alhamdulilah dah berubat kat Darussalam nampak dah ok skit..
aku : alhamdulilah, awak per cerita sekarang?..bila nak kawin?
dia : malas nak fikir lah, nak tumpu kat keje dulu kumpul duit..
aku : yer ker, mana pegi awek2 awak tu..
dia : mana ader, dia org tak serasi lah ngan sy...
aku : owh yer ker..
dia : abg nak tackle ayang, tapi abg teringat kata2 ayang dulu..
aku : aper dia ekk?
dia : yer la sapa la kita kan..bukan keje kerajaan ...
aku : awak tak nak cuba tackle balik?
dia : boleh ker ? ader peluang ke?...mak ayah cm ner?
aku : awak tak cuba lagi , mana awk nak tau ?
dia : ermm..ayang abg nak...
aku : nak aper?..ha tu pepagi tu nak g bilik termenung la tu ....
dia : ha, pandai nya ayang...terharu abg..
aku : pasal pulak?
dia : yer la, dlm 10 belum tentu ader satu yg cm nie...untung abg ..oklah yang abg kene g dulu...asalammualikum.
aku : yer la tu, bukan sehari sy kenal awak pun...walaikumsalam.
Patut ker aku bg peluang pada si dia nie untuk tackle hati aku?..patut ke??

cerita pendek






masa aku bukak email nie yg aku jumpa...
jom la kita amati sesama cerita pendek nie..







02 Disember 2008

Sepi


Seandainya dia boleh kembali kepada ku,
akan ku jaga dengan sepenuh jiwa ragaku,
kasih sayangku,
cinta hatiku,
tapi kini dia bukan milik ku lagi,
dia sudah ada peganti diri ini,
mampukah aku teruskan perjalanan ini tanpanya?..
jiwa terseksa berjauhan dengannya,
hati merana tak dpt cinta kasihnya,
dan kini aku sepi kembali tak tau sampai bila...

01 Disember 2008

bershopping sakan







(bukan untuk di jual..tp untuk di pkai sendiri..cantik tak? :))



Semalam lepas abis keje aku teringin sgt nak g Summit, aku ajak imah teman kan aku utk servey hadiah wedding kwn2 aku...memula ok la jejalan jerk tgk kat kedai hadiah...pastu g makan..lepas makan g jalan2 lagi tgk baju...tgk dak2 st john ambulans ada buat even kat stu..pastu smapi jerk kat the store..tetiba kami nampak tag harga jualan murah yg mmg amat murah..tp lupa la nak ambik picnya...hehe...lain yg nak di beli, lain pulak yg dishopping..imah leh shopping baju smpai 5 helai.. dan aku pulak smpai 4 helai pasang baju aku pi balun beli...kebetulan masa hr semlm tu last day dia buat promtion harga semurah itu ...so nak wat cmner..kat luar baju2 mcm tu susah nak dpt harga semurah ini..dah ader depan mata tepuk dada tnya selerakan..:)

gara-gara makan lambat

Garam untuk masalah perut cm aku..


Sabtu lepas aku makan lambat dan lepas jerk aku makan dgn ina dekat marrybown aku terus dpt effect sakit perut yg amat dasyat..mcm nak meletup rasenya perut aku... igt nak pinjam pc ina nak ubah blog aku yg tonggang langgang tu..rupanya aku tak dpt menahan rasa sakit perut yg amat sgt...pulak tu dekat tpt ina ader masalah lah pulak toilet dia..so aku ambik keputusan balik umah secepat yg mungkin...masa dlm perjalan yg hampir dekat 30 minit tu ..dh macam aper jerk perut aku..aku cuba2 ubah posisi supaya leh selesa...ermm smpai kat umah aper lagi ..tak nyempat2 masuk toilet..start aku masuk toilet dekat dua jam baru aku kuar...Ya Allah teruk tul sakit perut aku hr tu..smpai lepak aku dibuatnya..smpai aku tak leh nak tolong mak aku masak, sbb dia pose hari tu..aku dh lepak sgt..mujur mak aku ader lagi simpan garam ubat utk sakit perut tu... alhmdulilah mujarab... aku rest 30 minit lepas tu dah ok ..klu tidak
berumah la aku kat toilet tu entah smpai kul baper...kesian kat aku kan..tu la moralnya kat sni => makan kene ikut masa, sedap tak sedap lain cerita..yg ptg perut yg mmg dah ader sakit tu perlu di isi dulu...betulkan?.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails