25 Januari 2009

Salam kerinduan dari tuya n family..



Buat sahabat sekalian, aku di amanahkan utk menyampaikan salam dan memohon kemaafan kerana sudah lama tak bersiaran dan mengupdate blognya atas beberapa sbb yg berikut:

- kesihatannya yg semakin bukan baik (demam lagi gamaknya..dengan selsema yg menjadi2)

- tenet kat umah dia yang kong
dan

- dia hampir2 nak meroyan dah tu..oppS!! (yg nie dia tak suh tulis..hehe)







notakakicat: aku doakan ko cepat sembuh yer..

23 Januari 2009

ole-ole dari bos..:)




semalam Miss Khoo bg aku 2 biji limau seperti di atas
manis sungguh limau tu
cukup la, bg bebyk karang tak larat nak makan lak ..:)






tadi pula..bos aku Mr Ooi, bg aku sekotak biskut..hehe
teruja la pulak..sebelum2 nie mmg tak penah dpt ape2 pun,
cuma angpau yang tak mcm angpau dr Miss Pua, pembuka tahun baru kat opis..huhu
alhamdulilah, rezeki aku..:)

SeLaMaT TaHuN BaRu CiNa :)




i dedicate this card to my bos Mr Ooi, Miss Pua and Miss Khoo
to my opis mate Miss Kerk, Miss Teo and Mr Teoh
and also all of u ...Gong Xi Fa Choi..:)

22 Januari 2009

nape ngan aku nie..:(


Cobaaaannn!!!



air dah dekat sebotol aku tonggak dah nie..
tapi rase haus n tekak kering makin menjadi2 lak..
aduhai..nape lah ngan aku nie??




tgklah ubat yg byk bagai nie...klu tak makan nanti aku tak baik lak...sbb makan ubat2 nie tekak aku rase haus jerk dr mlm tadi..susah nak tido satu hal ..nie pagi nie, pale cm mamai2 jerk, peh tu leher belah kanan nie rasenya mcm tergeliat lagi, kalau toleh kekanan nak kene pusingkan kerusi sekali...gaknya aku pusing2 mlm tadi ganas sgt gaknya...en.neo dah bising2 jgn makan benda yg alahan n jgn minum ais..oh tidak!!!...ais ade lah kesukaan rmai...nmpak nya kene minum mineral water bebyk la nie..sabaq jerk la..

21 Januari 2009

T@G D@Ri Pu@N CT..pengantin baru..:)



Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Siti kamariah, seorang budak kecik yg byk cakap opps!!..(hehe.. bukan budak kecik la..isteri org dah pun..jgn mare)..suka makan sama2 masa lunch dkt opis, suka bwk makanan bebyk kasi kengkwn opis makan dan org pertama yg ajar akak eiza dia nie berblog..tq ct..

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
  • sudah dimaklumi..gemar merempit :)
  • masa kecik2, seorang kanak2 yg comel..tp dah besar tak beberapa nak comel lagi..:(
  • suka buat kelakar
  • suka menangis
  • budak yg kuat sukan masa sekolah2 dulu
  • suka dengan kucing sesgt
  • penah buat konsert and the group kat kantin sekolah agama nyanyi lagu francisca peter (tul ker aku eja)
  • aku anak bapak
  • lahir pada 20 februari tahun kambing..huhu
  • penah jadi mcm detectif conan masa sekolah rendah dulu, mencabar gtu...huhu

lalala...terima la.... aku nak tag semua follower aku boleh tak cm tu??...boleh la yer..silakan..:)
pastu jgn lupa link kan pada ku...hehe

jawapan teke-teki serisufi

aku jawap - mata bulat

tet, kata seri..

jpwn eiza slh katanya...

so, ini lah jawapan teka-teki serisufi yg sebenarnya senang sgt tu..hehe dan dengan itu, seri telah bebesar hati memberikan juga awardnya kepadaku wlpon salah.. terima kaseh yea...


- xcited nie first time dpt a
ward..dan inilah awardnya tadaaaaaa...



TEKA_TEKI OLEH SERISUFI




Bapa Ali ada 3 orang anak.

Anak sulungnya bernama ‘Mata Besar’ manakala anak bongsunya diberi nama ‘Mata Kechil’.
Pelik sungguh nama anak-anaknya itu, tetapi bukan itu yang perlu kita hairankan.
Persoalannya ialah… apakah nama anaknya yang tengah?




Kisah sedih lelaki sengau

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu
bas
'Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? ' (bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau
itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.
'kenapa awak diam tadi? kesian dia...'

Pemandu itu pun menjawab: 'Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau
hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!... .....'
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya
ejek dia pulak!!!)... .

19 Januari 2009

sakit



tisu penemanku semasa aku di opis..asyik bersin n berhingus jerk aku letih sgt...:(



Pagi2 buta lagi, aku dah rase tekak ku sakit dan idung ku mula mengeluarkan cecair..
aduhai, aku kene virus mak tiri aku rupanya...ngeh2...
aku tahan, smpai masa aku menulis blog ini dan smpai saat ini..aku masih leh bertahan..
tapi utk esok...aku rasekan...aku rase, aku nak mc la..tak larat..dahi berat mcm kene tepuk ngan dulang...sakit woo..mata aku mula rasenya nak tercabut...gatai2 yg amat..mybe sebab tadi aku bedal sotong..gaknya...ermmm...aku klu bdn, ok lagi la.... nie mata ngan idung ..dua benda paling aku sensitif bila aku sakit..asal semua, rmai kwn2 aku kat blog pun demam nie..demam pe ekk??

16 Januari 2009

siapa yg bersalah??..




siapa yang bersalah..adakah ibu yg salah mengandungkan..
atau untie nie yg tak pandai gunakan kamera...
ha.... sapa nak tolong jawap..
jawap...jgn tak jawap..

The World's Largest Swimming Pool in Chile



bestnya klu dpt bersantai mcm nie selalu..
indah saje kurase duniaku ini..huhu




tpt nie luas saujana mata memandang..
mana la depa dpt idea nak buat cm nie kan



sekali pndang mcm peta la..





notakakicat: info utk sapa2 yg nak berbulan madu... lepeh tu leh la ajak aku sekali..
tempat nie mcm best jerk utk balaja renang puak lintang pukang...hehe

15 Januari 2009

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation,dan kebetulan yang
menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?

OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong

Suami : Siapa ni?

OG : Saya orang gaji kat sini.

Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!

OG : Saya baru je kerja hari ni.

Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?

OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?

Suami : Saya suaminya.

OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?

Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?

OG : Ya, encik

Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak?
Nanti saya bagi upah RM1 juta .

OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?

Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu
tembak mereka berdua.

OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?

Suami : Ya.

OG : (termenung)

Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.

OG : Baik encik... saya lakukan sekarang

Suami : Cepat!!! Saya tunggu!



Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..


OG : Sudah, encik

Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam
renang belakang rumah.

OG : Kolam renang yang mana?

Suami : Yang di belakang rumah!

OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!

Suami : Yeke ni?

OG : Iya!

Suami : Ni kan nombor 5097600?

OG : Bukan, encik. Sini 5907600.

Suami : Oh, sori. Salah nombor





notakakicat: kalau aku pun tembak si ***** tu.

bicaraku eiza....




terima kaseh sahabat kerana menjadikan aku salah sorang sahabatmu..


-----------+++++++++++++++----------------





aku tak tau sama ada cintaku kesampaian atau tidak
aku tak mau jadi perampas hak org lain..
aku bukan perampas!!!

14 Januari 2009

1001 cerita


Mari ceriakan hari andaa….laaayyyaaannn…



Sakit jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.

Lelaki : Saya ini manusia doktor.

Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.

Doktor : Kamu takut dengan ayam?

Lelaki : Tidak doktor.

Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.

Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.

Doktor : Apa dia?

Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi

manusia.
Doktor : "??$$??"




Pesakit Jiwa Yang Resah

Seorang pesakit jiwa mengadu kepada doktor psikiatri mengenai teman sebiliknya.
"Saya sudah tidak tahan lagi, doktor"
"Kenapa?", tanya doktor dengan ramah.
"Begini doktor. Teman sebilik saya menganggap dirinya adalah seekor anjing"
"Oh ya? Adakah dia menyalak?"
"Kalau dia menyalak tak jadi masalah. Masalahnya saya adalah sebatang pohon. Jadi sebentar-sebentar dikencinginya




Khidmat Negara

"Saya tidak mungkin dapat sertai Khidmat Negara ! " kata Hamid seorang pemuda yang enggan masuk kursus wajib Khidmat Negara.
"Mengapa tidak? " tanya Rekrut yang mendaftarnya.
"Kerana kaki saya yang satu lebih panjang daripada kaki yang lain. "
"Jangan risau. Di tempat kau akan berkhidmat tanahnya juga tidak rata. "



Berhenti Merokok

"Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?" tanya John pada George.
"Laa. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?" kata George.
"Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama."
"Apa tahap pertama itu?"
"Berhenti membeli rokok!"





Gelagat Boss ngan Seketeri di early

Alkisah ada seorg lelaki yg berusia lewat 50an danbekerja sebagai CEO disebuah sykt yg besar di KL…
Pada suatu early morning tu. Boss
ini memanggil la dia punya seketeri masuk ke opisnya..seperti biasa.. seketerinya pun masukla…

Tolong buatkan saya surat utk kita punya
client.. Si Boss ini pun mula la cakap dia punya mukadimahnya.. biasa la Boss.. malas nak tulis..cakap punya cakap.. Boss ni pun bangun.. dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dlm poket seluar.. 10 minit kemudia acara mengarang ayat pun habis.. si seketeri pun mula bersuara..

Seketeri: Boss.. pagi tadikan.. masa saya nak datang ke opis..saya nampak pintu garage boss terbuka..
Boss: (dlm keadaan kelam kabut) ye ke..tak per,
nanti saya call rumah..terima kasih..
Si seketeri pun blah balik ke meja
dia..dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia..

Boss: Yang tolong tengokkan garage
rumah kita..pintu dia terbuka la..
Bini: Taklah bang..baru tadi I tengok ..mana ada terbuka..
Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengok
sekejap.
Bini: Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la
bang.
Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka
macam mana org boleh nampak??
Bini: Okay lah.. okay lah.


Setelah setengah jam kemudia.. masa
Boss ni tengah relek-relek..baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka..(dah memang perangai dia tak suka pakai underware).. maka nampaklah…mengelabahlah si Boss ni memikirkan macam mana nak cover malu kat seketeri dia tu..

Boss: Errr… tadi pagi masa you nampak
garage I terbuka.. ada tak you nampak BMW kat dlm tu?
Seketeri: Tak.. yg I nampak cuma ada
MINI COOPER ngan dua tayar depannya pancit!!!!!!
~~~~~ wear your underwear!!!



Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah…" (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.




Cucu yang pintar..

Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan

Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.
Atuk: Tak sama apanyerr?
Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?




Lelaki yang sengau…keh..keh..

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
"Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.

"kenapa awak diam tadi? kesian dia…"
Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……."
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…





TELEFON..

Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…

"Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.
Ntah camna,akhirnya aku balas juga
"Ok gak ler"
Kemudian suara tu bertanya lagi
"Ko nak gi mana ni??"
Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata
"Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi
"Bila ko nak gerak ni??"
Aku selamba jer kata
"Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la".
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!




Seluar guni…

Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh. Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati terkejut. Cubateka kenapa?

Jeng… jeng… jeng…. sebab kat seluar dalam tu ada tulis


"Berat Bersih: 50kg"

13 Januari 2009

usik mengusik dipetang hari..hehe

BABOON TUA HILANG DI SAWAH,
ORANG KAMPUNG SIBUK MENCARI,

JIKA ANDA SCROLL KE BAWAH......,









DAH SAH......ANDALAH BABOON YG KAMI CARI!!




Kalau ada jarum yg patah
tak payah la disimpan lagi
Kalau ada hati yg marah
kena ingat saya pun terkena sekali.


Jarum yang patah pergi le buang
Jangan buang bersama kain
Kalau tak nak kene sorang
Forwardkanlah kat orang lain.....he....he..



Patutkah ini terjadi ??

ape pendapat korang ngan gambar di bawah nie?..
gambar nie aku ambik masa aku nak htr balik bebudak merempit..
besar2 gak bebudak yg duk belakang tu ..huhu






12 Januari 2009

SePetang Ku Di Minyak Beku..

hari minggu keluarga byk datang ke sini utk memancing


Rumah api utk memantau keadaan pantai



agak cantik juga pemandangannya disini

melihat satu family yg bersama-sama memancing

feri dari batang kali..(agaknya la aku lupa nama tpt yg feri nie g ..tp sure kat indonesia)

welcome home..:)





VRoomm.....

- Perjumpaan Motor Besar di BP Mall -









- aku malas la nak cite..korang tgk jerk la eh gambar yang aku ambik nie...tetiba idea aku kering n cetek gila2..aduhai..




Tempat : BP Mall

Hari : Sabtu

Tarikh : 17.01.2009










ko teka n jawap sendiri...

A) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang??
-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...


B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan??
-Misai (michai..kata nina)


C) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu?
-Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen


E) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
-Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..


F) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
-Penguin


G) Banyak2 katak, katak ape yg bole bercakap?
-Katakanlahhhhhh... (Hazami kot... )


H) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ?
-Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..


I) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
-Tempat Perkuburan... (serammm... heyyy maknusia..!!)


M) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia?
-Lingkaran nyamuk Shieldtox



N) Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
-Bahrain (b`coz bah dulu, rain komudian)



O) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?
-Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 towun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp..



09 Januari 2009

nasi ayam



*bukan nasi nak bg ayam makan tau..harap maklum..






model nasi ayam marybrown..uhuk!!..ampun kak jgn belasah sy..sy gurau jerk...kwn baik aku ..time2 nak biul ajak la dia ..best sama kepala..hehe




nasi ayam marybrown - aku tak suka acar tu , tak sedap ..




------------------------------------------------------






ayamnya sedap, sup dan smbalnya pun berasa..nasi bebiasa jerk mcm nasi ayam yg lain




Semalam rupanya aku lupa yg aku makan nasi ayam jugak dkt marybrown...depan bus stand bp,
tadi pulak aku makan dekat restoran nasi ayam gemas.. terletak dekat2 area carefour..jauh deh aku pi makan..hehe..memula cdgnnya nak makan dekat carefour..tp sbb dah selalu sgt kat sna..nak try la pulak restoran yg baru bukak tu...boleh tahan la nasi ayam dia..cuma herga dia terkejut ckit..kat sni hnya menu nasi ayam jerk yg ada..dia punya layanan tadi punya best, sbb baru bukak kan siap owner dia dtg bg tau pekerja lelaki tak der..g solat jumaat..n pastu pekerja dia dtg lagi, tnya ada nak ape2 x lagi..tp tadi yg tak best skit dekat air dia la..mintak teh o ais limau..mmg la dia bg sama dgn order kan ...tp teh o tu mcm tertumpah teh, pahit sgt..selalu aku abis minum hr nie separuh jerk minum..smpai opis aku tebatuk2 cm nak muntah lak aduhaiii..

Kenangan lalu..

Terusik hati ini bila seorang kwn baik menceritakan perihal mak ayah dia padaku..
dan teringat kembali nostalgia menjaga org sakit..iaitu arwah nenek dan mkcik ku..

Bukan senang menjaga org tua yg sakit...mcm2 ragam n mcm2 kerenah si tua kene tempuh..
bukan la nak mengungkit..tapi ingin memberitahu disini bahawa menjaga org yg sakit dan tua dlm fmly kita adalah baik dan mendapat pahala..insyallah..semua ada dlm hati kita, samaada ikhlas atau tidak..hnya kita dan Allah saja yg tau..


Tahun 2003
aku menjaga dua insan ini..wlpon memula aku bagai terpaksa, sbb aku jerk yg ade kat umah masa tu..tp lama2 aku dah jadi biasa..

cik yah- sakit strok..hnya mulut jerk leh bercakap..tiap2 hari sebelum aku merempit aku akan pastikan makcik siap mandi..(lap2 jerk dgn air suam) dan tukar pampers..pastu aku baringkan dia atas tilam dekat ruang tamu belakang umah aku....lepas abis rempit kol 2 , aku balik n tukar semula lampin pkai buang dia..pasal makan , mak aku yg bg, sbb aku lmbt balik ..cuma mak aku tak larat n tak tahan bau najis org dewasa..lagipun mak aku tak sehat, dia pun tgh sibuk nak buat persediaan haji masa tu ..masa last mak aku nak g haji ngan ayah aku makcik aku kene pindah la sbb aku tak larat nak jaga sorang2 dgn handle kelas merepit lagi aku tak cukup masa..so makcik aku yg kar redong bwk balik kesana..meninggal pun dekat sna..al fatihah buat arwahyarhamah Sariah bte Rebin..amin


nenek - nenek aku nie wlpon kurus ...tp dia nie masih kuat jalan lagi n masih kuat berkebun kalau dia duk umah dia kat yg kat kg tu..aku syg nenek aku sgt,.. sbb dia jerk nenek yg aku ada, peh tu dia nie sporting sgt..klu aku citer bab pakwe... dia dgr n bg komen yg bernas kat aku, kalau pasal belanja..nenek aku tak berkira sgt dgn aku..bukan sbb aku cucu kesygn ..tp aku selalunya tpt nenek mintak tolong klu kesusahan..sepupu aku yg dok ngan nenek tu tak leh harap sgt ..pagi nenek suruh esok baru nak g..ape lah..mencik aku tau ..alfatihah buat arwahyarhamah Hjh Jamiah bte Hj.Tahir...amin


Kesimpulan dr cerita aku iyer la..hormat la org tua..jgn jadi cm aku..aku suka buat muka, bila mak aku suruh( maafkan aku mak)....bila ayah aku suruh rempit aku suka ..sbb aku dpt duit (tu sbb org ckp aku anak bapak)...huhu..jgn jadi mcm aku tau ..jadi la anak yg soleh n solehah k..dan jugak jgn jadi mcm drama kat tb2 semlm tu ..tajuknya "yg tersirat"..

"Ya Allah jadikan la aku anak yg mengenang jasa kedua org tua ku smpai keakhir hayat ku.Amin Yarabbal Alamin"

08 Januari 2009

terkejut beruk

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan.
Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:



To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2008
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Sudah takdirnya...


Sudah takdirnya dia pergi meninggalkan aku

hari ini dia melafazkannya jua

tapi aku tak berdendam pun dgn dia..

biar la di bwk hati dia yg katanya terluka kerana aku..

tp hakikatnya Allah saje yg tahu..






Andai dalam tangisan

ku tersebut nama mu

maafkan daku

kasih silam

ditaman hayat

akan ku abadikan

kurangkaikan doa

dalam titis cinta

walaupun dalam dunia fana dan nyata






moga ade peganti lebih baik dr dirinya

yg lebih memahami kerperluan aku dr egonya

yg menyanggi aku sepenuh hati

amin, ya rabbal alamin..






p/s : sapa tau ini lirik lagu sapa??

test n drive..

Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti.
Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal.
Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:
7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri,
terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil.
Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah.
Buah-buahan tersebut terdiri daripada:
a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya
Buah manakah yang akan anda pilih?
Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda!
Berfikirlah dengan berhati-hati.
(JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU... ... PILIH DULU BUAH APA... ... )))
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Ini dia jawapannya...
a.jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c.jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e.jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan
f.Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papayaa
derke... hehehehheh... ... hehehee... tipah tertipu .. hehehee

BONUS OH BONUS!

AKU TAK DPT BONUS KA???
Betol ker bonus tak dpt nie?...abisla impian aku untk menukar ke empat2 tayar botak kete aku tu tak kesampaian...ape la bos nie..kaya tapi kedekut..
mengikut perkiraan kengkawan aku, spttnya bonus dh dpt bulan dec semlm, kan mau tutup buku..ayooo apek nape lu punya company byk kelekut ha??
aku menci la...impian aku tak tercapai..waaaa!!!!!

07 Januari 2009

- The Kampung Boy -
hari nie dah dpt 5 kad ucapan hari laya cina dari company akaun lain..huhu..mcm2 warna ade..tapi aku tak tertarik pulak nak masukkan pic kad2 tu dlm entry aku nie..tapi aku lbh berminat pada setem salah satu kad ucapan yg dihantar..korang kenal kan katun nie..katun yg mendapat pengiktirafan dimata dunia...bangga la jugak wlpon bukan aku yg reka..hehe..
kan best klu "gila-gila" leh smpai tahap seperti katun dia atas..aku dah x igt pelukis dlm majalah "gila-gila" tu, lama banget dah tak beli, herga pun tak tau baper dah sekarang...dulu klu nak cari teka-teki cari la dlm majalah nie..mcm2 ade..cayok..cayok!!

jom cari makan

Bersantai di......

semlm pie lunch dekat kedai yg mcm tersebut di atas..aku pun tak reti nak sebut cm ner..
sebelum nie herga makanan kat sni mahal2, sebab style italian..nie awal tahun baru nie dia offer set lunch sepinggan paling murah 5/- keatas..sbb nak tau cm ner style makanannya pie la pekena..rupanya masak melayu,tapi kat sni pengunaan minyak dikurangkan ...kebykkan dibakar.



pinggan, mangkuk, sudu n cawan dia kat sini besar2...kalah pinggan kat warong2 tasik Y tu..sudu dia dah buleh buat cedok lauk pauk klu ade kenduri kat umah.. huhu..berat seh..



nie la menu yang ku order, tapi aku lupa nak ambik satu lagi rupa makanan, yang aku order semlm...ala2 fishball tapi dia godak semua seafood punya barang jadi satu...sodap la jugak..selain tu,tpt nie jugak menjual kek..dia lebih kurang secret recepi la..

Selamat menjamu mata..hehe..nak try jemput la datang batu pahat..;)


06 Januari 2009

Jom M@k@n..

Sate Batu Pahat

lewat senja semlm aku pie singgah kedai jual sate dekat tepi sungai batu pahat tu, wlpon otak aku tgh celaru, tp makan tak miss beb, biar la org nak kata aku gedebap ker tak.. yg penting mulut, tekak dan perut aku kan....aku punya suka la..






1. nie la tpt parking nya yg kecik..klu rmai langsung tak dpt parking...dh lama sebenarnya tak lepak kat ctu...
2. menghayati kipasan makcik tu dekat cocokkan2 sate yang sedang dibakar, sambil memikir apa tindakan aku seterusnya..
3. ada lagi sorang pelangan yg sama order ngan aku, menanti bhgnnya..
ps: sate dekat sni boleh tahan jugak, pun ade macam2, ade daging, limpa, hati, ayam dan dll..ada sesapa penah makan kat cni?

Mencinya...

Malam tadi berhempas pulas mencari kebenaran dan kejujuran..smpai pagi nie lum abis lagi sakitnya hati bila dituduh tak setia n jujur..


bongok tol la manusia nie!!!...ha kan dah kuar ayat power aku nie... dia sendiri dah tgk aku keje cm ner tertongang tongek merempit kat site, nie dia nak tuduh mcm2...ade akai ker?...mcm dia jerk yg bagus..abis dia igt aku nie ape??


aku mencari kebenaran berdasarkan bukti yg aku dpt, sapa suh ko ckp benda bukan kepunyaan ko tp ko ngaku ko yg punya??....ko yg ckap belit2...bukan aku tak bersyukur ko nak kan aku..tp ko terlalu melampau berprasangka kat aku...aku bukan terdesak nak kawin sgt tau tak!!!

05 Januari 2009

Masalah..

sekarang nie sebenarnya aku tgh buat keje, peh tu keje nie urgent, tetiba...bermacam2 masalah dok pi kat pale aku nie...klu satu hr aku tak pikir masalah tak boleh gaknya...aduhai...

napa eh kita susah nak puaskan hati org lain, sedangkan kita dah cuba sedaya upaya nak bg yg terbaik kepada mereka..kekdng aku rase tak adil..aku dh bg terbaik tp mereka masih kecil hati, masih nak majuk2 bagai...alahai..

sapa lah nak pujuk hati aku, perasaan aku...ermm...rimas tol la...dok sorang salah , berduet pon salah, beramai lagi la pening...Ya Allah, kembalikan semangat ku yang ilang ini, amin..

macam-macam eiza

" dik2, ade sesuatu tgh tgk kat ko lah...huhu"


Semalam pagi aku terlewat bangun, bukan main sedap aku tido..dah sbb bgn lewat, makanya kerempitan aku pon bermula lewatla..dlm syok2 merempit, tiba di satu persimpangan traffic light aku ditenung oleh sesuatu..korang tau ape tak..tu ha encik "org utan" kat dlm pic kat atas nu...dok tenung2 kat aku...hehehe..igt aku bermimpi berada kat dlm safari tadi .....time nie aku still mamai2 lagi ...

peh tu, masa jumpa simpang traffic light yg seterusnya aku jumpa dua kete hillux bentuk yg sama no flat pun lebih kurang sama, ade kat sbelah barisan aku..dlm dok nungu traffic light warna ijau.. kita minah2 yg ade dlm kete nie mengpot pet pasal kete hillux nie la, ..tetiba bila traffic light tu warna ijau , sorang manusia yg seakan irfan jutawan internet tu (tp sentol lagi skit ngan lesung pipitnya) menoleh smbil tersenyum dan melambai tgn apabila dia belok arah kekanan jalan,manakala aku terus jerk kat simpang tu...huhu..ape maksud tu..aku terkesima sekejap...nak kata aku chantek sgt semlm tak ade jugak..tak per la senyum itu kan sedekah kan..kan..

Perang Yang Tidak Ade Kesudahan

Kekejaman itu adalah satu dosa

02 Januari 2009

JIWA KACO!!!

hari nie sungguh kaco jiwa aku...(bukan en jiwa kaco k)
mengapa dugaan nie mcm besar sgt jerk kat diri aku
tak leh nak pikir dah
tak leh nak jejak dah

aku balik dulu lah
smbung monday k..

01 Januari 2009

Cara Pemakaian Cincin bg Org Islam

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Alikw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjukNabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yangdilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Kepayahan hidup

video

Lihat dan renung la, bertapa susah payah mereka bekerja mencari sesuap nasi, smpaikan sanggup mengangkat beban terlalu berat dikepala mereka..tapi kita disini..keje nak senang, boleh makan tido kat opis, boleh borak2 smbil wat keje, ade lagi leh main2 bekerja...syukur pada rezeki yg ade dan kene la ikhlas buat keje baru dtgnya kemurahan pada rezeki kita.

P/S jangan salah faham, aku tak kata sesapa, aku mengata diriku sendiri..huhu

Happy new year 2009
moga rezeki yang dtg adalah halal
moga kasih yang dtg penuh dgn ketaqwaan
moga cinta bersemi adalah berlandaskan islam semata2
moga jiwa lebih tenang dan bahagia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails