25 Februari 2009

Erti politik dikacamata budak 9 tahun

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?".

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan kebilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'membelasah' (sendiri mau paham la...) si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu.

Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam celik.

24 Februari 2009

Personalitiku..;)



adakah ia sama dengan diriku?...ermm..mcm ada..tp skit la..:)



Februari 15-21 ~ Kura-kura



Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.


notahati: artikel mengenai personaliti ini, aku ambik dr blog srisufi, bukan utk duplicate...aku ambik sebahgian saja, yg ada kene mengena dgn diriku..thanks sufi, eiza mintak izin ambik cikit intipatinya..tq :)

lunch our today..



Tengah hari tadi..tak tau nak makan kat mana..aku ngan kak ina mybest prend, pi makan kat this tpt..kebetulan ada promosi lak tu..wah2, sungguh kebetulan gtu..bergegasla aku n kak ina g kesana...kat batu pahat nie ada dua tpt..satu kat summit parade, satu lagi kat nu ha, area carefour..dsbkan terujanya aku nak pi rasmikan Mcd yg baru kat area carefour tu, aku terus nuju kesana...jauh jgk dr opis..tp akukan sengal..bantai pi jerk la..hehe..nasib baik sempat balik sebelum kul 2 :) ..korang nak tau ape promosinya, klik jerk pic di atas tu.




masa dalam perjalan nak pi kat sna tu, aku terserempak dgn ini car...sudah kemik pintu dia..tp still boleh jalan lagi...iskh2, kesian sungguh..tp yg pelik, cmner ini driver leh comfortable dgn keadaaan yg cmtu..bahaya sungguh...masa aku dah smpai depan Mcd tu pun, terjadi satu perlanggaran..antara 3 kereta..kes sondol belakang, gara-gara traffic light tak hidup..seriau aku tau tak..sbb betul2 sebelah aku masa xcdnt tu jadi..nasibla umur ku pnjang lagi..amin..

Agar-agar sukahati aku..haha


agar-agar dibwh ini dibuat sendiri oleh aku, nak habaq nie..first time buat agar2..haha..aku bukan suka n expert bab masak2 nie..bab makan aku ok la...malang la bakal laki aku nanti, sbb aku tak reti masak, aku reti baling2 jerk, bnda masuk dlm periuk belanga atau kuali..janji sodap..



nie, aku namakan dia agar-agar nata di coco..sebabnya aku bantai letak nata dicoco byk2 dlm bekas tu..hehe..tapi bila aku fikir balikkan, nanti aku nak potong agar2 tu mcmana?..sbb nata dicoco tu kenyal..aduhhh!..sengal tul la aku niekan..nampaknya agar-agar yg bekas nie, makan kene kuis dgn sudu la gamaknya..ptt ler org buat agar2 tak letak ape2, sebab senang n clear jerk slurp masuk dlm mulut...hahaha



semalam aku buat satu paket agar2 jerk..tapi aku terletak air byk..bila mak aku g dapur tgk..dia terkejut..sbb akunya sukatan air utk buat agar2 nie byk giler..pot pet2 jadinya...hehehe..tak per la, akukan nak balaja...dpt la 3 bekas nie...ptg nie balik, nak bantai rase lak, sodap ke tak..:)

23 Februari 2009

Kenangan Terindah 2009

Berkelah dan mandi-manda di Batu Layar




aksi2 anak sedara yg tak reti sabar..nak terjun sendiri ke laut..yg dak kecik tgh tu tak mo g laut..yg akak gedik tu, tgh test pelampung dia ok ker dak..





ha tu dia, bila dah bg permission..longgok reramai duk kat pasir tu tunggu air laut mai..dah mcm ape..ombak tu kuat tau..silap hrbulan leh tarik pi laut kita nie..tu yg suh duk jauh2 skit dr ombak tu..



******************************





nie masa dah balik dr umah abg kat bukit aping..lepak jap kat machap R&R nak solat mahgrib and makan..dengar bunyi bising burung2 yg dok bertengek kat tpt dlm gmbar tu, waktu senja gni...pelik lak aku tgk..penuh tangki air burung tu duduk..




lepas tu, terjumpa lak konvoi kereta reramai baru sampai kat R&R tu, peh bestnya kalu dpt join..


notahati: ini sebahagian acara yg dipenuhi sempena raya cina hari tu..tak sempat2 nak upload gmbar..la nie baru ada masa..;)

20 Februari 2009

Ulangtahunku

Malam semakin berlabuh, tapi mataku tidak mahu lelap..esok umurku merangkak lagi ker suku abad..aduuhh.. sudah jauh perjalanan hidupku.. tapi masih jauh ape yg ku kejar..tetiba telepon bimbitku berbunyi...




t
et..tet..sms masuk
ucapan hari lahir untukku dari:
kak, hepy bufday :)
from Yati Uthm
20.02.2009
12.01am

tet..tet..lagi sms masuk..
Selamat hari lahir za. Moga pjg umo dan dpt jodoh.
from Am Nilai
01.01am

tet..tet..sms seterusnya
Hepi bestday to u za...smoga pnjg umur, murah rezeki, di bhgiakanhndknya..smoga lpas2 ni, akan jd idup baru utk ko.
from Tuya Damansara
01.17am

kringg...kringg..tel bimbit ku berbunyi pula...
abg gemuk: happy besday za...
from Abg gemuk Subang
2.00am

tet..tet...pagi nie sms aku berbunyi..
Hai za...Happy Birthday...;)
from Kak Ina my opismate
09.00am




notahati: kepada sahabat sekalian terima kaseh kerana meraikan harijadiku wlpun sekadar sms dan panggilan ucap selamat..aku gembira mempunyai kwn seperti kalian..moga pershabatan kita kekal ke akhir hayat..amin yarabbal alamin..:)

19 Februari 2009

Buat renungan bersama..... .


Derita Kerana Buatan Orang

Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati.

Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu.

“Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha..” kata Pak Cu merendah diri.

Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Ketika Pak Cu menjejaki halaman rumah Pak Lah, kelihatan ramai sanak saudara yang datang menziarahi Ita. Kebanyakkan daripada mereka kelihatan muram dan sedih. Kesayuan dan kesedihan jelas terukir pada wajah mereka.

Apabila Pak Cu memasuki rumah Pak Lah, matanya terus terpandang kepada sekujur tubuh yang terletak di tengah-tengah ruang tamu. “MasyaAllah…” rasa sayu dan terkejutnya bukan kepalang. Ita yang terkenal dengan kecantikannya boleh berubah dengan sebegitu rupa. Kecantikannya telah berubah menjadi wajah yang pucat lesi. Matanya menjadi bulat, lengannya menjadi terlalu kecil sebesar buluh runcing. Beliau hanya mampu mengaduh dan mengerang kesakitan.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila Pak Cu menyaksikan perut Ita yang sebar sebesar tempayan. Perutnya itu semakin membesar sehingga tidak mampu lagi ditampung oleh badan Ita yang sekecil itu.

Cubalah kita renungkan perasaan ibu dan bapanya. Siapa yang sanggup melihat anak kesayangan menjadi sebegitu rupa. Siang dan malam hanya mendengar rintihan kesakitan. Bagi Pak Lah dan isterinya, mereka sudah kering air mata dan tidak mampu lagi untuk berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu berikhtiar tetapi sudah beribu-ribu duit habis dibelanjakan untuk mengubati anaknya itu.

Namun bagi Pak Cu yang tinggi ilmunya, dari kali pertama dia memandang tubuh Ita, dia sudah tahu sememangnya Ita telah terkena ilmu hitam. “Memang sah Ita terkena ilmu ‘Lubang Jarum’. Ilmu ini selalunya datang dari bomoh-bomoh Siam bagi mereka yang ingin melaksanakan niat jahat. Ianya terlalu jijik dan dialknati agama”, kata Pak Cu kepada Pak Lah yang duduk disisi anak kesayangannya itu.

Menurut Pak Cu, mereka yang mengamalkan ilmu ‘Lubang Jarum’ ini telah melakukan perkara yang paling terkutuk iaitu mengambil surah Yassin dan mengelap najis padanya setiap kali membuang air besar selama 7 hari berturut-turut. Satu lagi benda yang digunakan ialah mendapatkan tuala wanita yang masih terdapat darah haid. Surah Yassin yang disapu dengan najis tadi dibakar dan disapukan pada tuala wanita tersebut. Kemudian kedua bahan tadi diberikan kepada bomoh untuk dijampi dan dipuja.

Betapa kejam dan terkutuknya perbuatan manusia sehingga sanggup melakukan kerja yang dilaknati agama. Mereka ini sememangnya telah terpesong jauh dari ajaran Islam kerana sanggup melakukan perkara sedemikian.

Setelah dijampi dan dipuja, pengamal ilmu ini hendaklah pergi mencari satu mata air yang sedang mengalir kemudian bahan tadi hendaklah digunakan bagi menutup lubang bagi menyekat aliran air supaya tidak mengalir. Selagi lubang itu tertutup selagi itulah darah haid tidak akan keluar dari kemaluan wanita yang dituju itu dengan ilmu hitam tersebut.

Kepada para wanita, berhati-hatilah semasa membuang tuala wanita kerana khuatir boleh dijadikan bahan untuk melaksanakan niat jahat seseorang. Berdasarkan cerita dan pengamatan Pak Cu, dia sedar bahawa Ita telah terkena ilmu hitam oleh seorang pemuda yang sangat tergila-gilakannya.

Memang benar, Ita pernah menolak cinta seorang pemuda kerana pemuda itu khabarnya seorang pengedar dadah. Pemuda itu merasa kelakiannya tercabar lalu menyimpan dendam apatah lagi bila mendengar Ita telah bertunang dengan Lokman seorang pemuda yang selama ini menjadi musuhnya. Keadaan ini menyebabkan pemuda itu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian bagi melaksanakan dendamnya.

Pada peringkat awal, pemuda tersebut telah melemparkan fitnah kepada Ita dan Lokman dengan mengatakan mereka telah membuat hubungan sulit sehingga Ita mengandung. Ramai penduduk kampung terpengaruh dengan kata-kata pemuda itu sehingga Pak Lah dan isterinya juga turut percaya. Masakan tidak percaya kerana perut Ita semakin hari semakin membesar.

Lalu Ita dipukul dan dihalau oleh Pak Lah kerana dia beranggapan Ita telah mencemarkan nama baiknya. Namun begitu Ita dan Lokman masih tetap mempertahankan kesucian cinta mereka. Ita telah keluar dari rumah setelah dihalau oleh kedua ibubapanya sendiri dan menumpang di rumah ibu saudaranya di kampung seberang untuk beberapa bulan sehinggalah keadaannya benar-benar tenat barulah Pak Lah datang mengambilnya semula.

Ketika Pak Lah datang, keadaan Ita sudah teruk. Rasa menyesal tidak terhingga di hati Pak Lah kerana telah menuduh Ita tanpa usul periksa. Mujurlah adik iparnya telah menjaga Ita dengan baik. Pernah beberapa kali iparnya datang memujuk agar menerima Ita kembali kerana iparnya tidak percaya Ita melakukan perbuatan terkutuk itu dan dirasakan Ita telah terkena ilmu sihir.

Apa yang lebih mengharukan, Ita turut dikeji dan dihina oleh penduduk kampung. Bagi Pak Cu sendiri itulah pengalaman yang paling tragis dan dia juga merasa sedih dan terharu. Begitu kejamnya manusia sehingga sanggup melakukan perbuatan yang sedemikian rupa.

Pak Cu berpendapat, penyakit Ita itu bukan sembarangan kerana daripada wajahnya yang pucat dan badannya yang kurus kering itu terjadi akibat daripada semua darah telah berkumpul di bahagian perut. Jika tidak berhati-hati boleh mengancam nyawa.. Atas dasar simpati dan perikemanusiaan, Pak Cu terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengubati Ita kerana ia memerlukan proses yang agak rumit. Usaha Pak Cu yang pertama ialah perlu membaca surah Yassin sebanyak 3 kali setiap malam selama 3 malam berturut-turut.

Dalam proses Pak Cu membaca ayat-ayat tersebut, banyak kejadian aneh telah berlaku pada Ita. Ita meracau-racau mengatakan Pak Cu ingin membunuhnya namun Pak Cu tidak menghiraukan kata-kata Ita itu. Setelah membaca Yassin selesai, ia dihembuskan ke dalam air dan kemudian air Yassin itu disapukan pada celah ibu jari Ita. Pada masa itu Ita meraung sekuat hati.

Untuk malam berikutnya, Pak Cu membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali iaitu sebanyak bilangannya selama 3 malam berturut-turut. Ayat-ayat tersebut dibaca dengan tertib mengikut tajwid yang betul. Dalam proses itu, Ita meraung-raung, matanya bertukar menjadi merah dengan urat-urat kelihatan merekah. Ketika air surah Yassin disapukan dikepalanya, rambut kelihatan gugur sehingga kulit kepalanya jelas kelihatan. Sukar untuk dibayangkan betapa dahsyatnya penderitaan yang dialami oleh Ita. Pak Cu masih meneruskan usahanya selama 3 malam. Pak Cu berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t.

Setelah sampai di rumah Pak Lah, dia mendapati keadaan Ita semakin serius dan teruk. Pada malam itu, usahanya agak berlainan sedikit di mana dia terpaksa menggunakan kemenyan, kapas dan buluh runcing yang dikerat bukunya. Ketika ayat Kursi dibaca sebanyak 120 kali, Ita bangun dan meronta-ronta mengamuk dan ingin mencekik semua orang yang ada pada malam itu. Keadaan rumah menjadi kelam-kabut. Masing-masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, Pak Cu segera mengambil air surah Yassin lalu disimbah kepada Ita, barulah dia rebah kembali kepada asalnya. Namun selepas itu, Ita kembali mengamuk dan mengigit lengannya sehingga beberapa bahagian lengan terkoyak.

Boleh dikatakan jika sesiapa yang ada pada malam itu pasti akan menitiskan air mata termasuklah Lokman yang sudah tidak tahan lagi meratapi penderitaan yang dialami oleh Ita yang begitu dahsyat. Setelah selesai membaca ayat Kursi sebanyak 170 kali, Pak Cu melakukan ikhtiarnya yang terakhir.

Pak Cu mengambil kapas yang dibasahkan dengan air surah Yassin dan dikepal sambil membaca ayat-ayat penyembuh. Kapas tersebut digumpal sehingga menjadi bulat dan kemudian disumbat pada hujung pangkal buluh. Pak Cu mencurahkan air surah Yassin perlahan-lahan ke dalam buluh tersebut sehingga penuh. Dia membakar kemenyan dan mengasap buluh tadi sambil membaca ayat penyembuh. Ita semakin kuat meronta-ronta dan ketika itu atap rumah yang terletak setentang dengan tempat pembaringan Ita tercabut dan terpelanting tiba-tiba. Seluruh tetamu terkejut dan terpaku serta tidak berkata apa-apa.

Pak Cu tahu yang merempuh atap tersebut ialah sejenis makhluk halus yang digunakan bagi melaksanakan niat jahat tersebut. Pak Cu nampak seekor beruk besar dan bertaring panjang sedang merempuh atap sehingga tercabut. Wajah Ita kelihatan berubah dan dia sudah mampu menyebut dan memanggil ayah dan ibunya.

Segera Pak Cu memanggil Pak Lah untuk menyatakan sesuatu. Bagi Pak Cu, apa yang perlu sekarang ini ialah berserah dan berdoa sahaja kepada Allah agar Ita dipanjangkan umur. Ini memandangkan penyakit Ita sudah amat kritikal. Setelah mendapat keizinan Pak Lah, Pak Cu meneruskan ikhtiarnya. Dia mengambil buluh runcing tadi lalu ditiup sambil membaca ayat-ayat suci. Seketika kemudian kapas yang ada pada hujung buluh runcing tadi tercabut dan terjatuh bersama air surah Yassin.

Di saat itu, Ita meraung kesakitan dan darah mengalir keluar dari kemaluannya. Darah hitam pekat busuk itu bercampur dengan ulat-ulat yang cukup meloyakan. Ia terlalu banyak sehingga memenuhi ruang tamu. Pak Lah mengajar Ita supaya mengucap dan ingat kepada Allah.

Seketika kemudian, Ita menghembuskan nafasnya yang terakhir. Seluruh isi rumah ketika itu meratap hiba dengan pemergian Ita yang sungguh menyedihkan itu. Ayam dan itik di bawah rumah habis mati bergelimpangan pada keesokkan harinya disebabkan termakan ulat beracun yang keluar bersama darah Ita malam itu.

Ita telah selamat dikebumikan dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ita. Sesungguhnya beliau benar-benar telah terseksa sepanjang hidupnya akibat sifat dengki manusia yang tidak berhati perut.

18 Februari 2009

Pemanduan Berhemah

video

Tahukah kalian semua, pemanduan di India adalah yg berkhemah..klu tak cye leh tanya
ab geldofg :)
aku yang memandu lebih 5 tahun nie pun, takut nak cross jalan cmnie..tp, dia org nie selamba badak je...klu kat Msia nie mau ramai yang tempah wad kat spital...
malas nak ckp byk, korang nilai kan sendiri ok??...

Kene tolak kereta pagi tadi..uhhh!!



abah : jah, tolong tolak kete jap, kete abah tak idup nie...

aku : ha?..nape ketenya..(blur2, sbb baru lepas mandi n ayu berbaju kurung)

lepas letak semua brg yg aku bwk masuk dlm bilik mandi tadi, aku pun kuar nak tolak kete abah aku tu..abah aku dah siap dok dlm kete nak cuba idupkan masa aku tolak nanti..aku pun dgn sedayanya try menolak dgn kudrat ku yg tak sebeberapa nie...gerak skit jerk..haram jadah kete nie tak nak gerak byk2...last2 abah aku kuar...tolong tolak sama..

abah : ko masuk pulak ... masuk gear dua, pastu ko angkat clucthnya pelan2...

aku pun dgn muka benggangnya masukla buat mcm abah aku suruh..bila abah aku tolak n aku lepaskan clutch tu tak hidup jgk ketenya...last2 aku suh abah aku jerk yg masuk..aku bab tu mmg fail dr azali lagi..bila kete tu dah ada atas jalan tar..abah n aku sedaya la menolaknya, biar laju skit..pastu abah aku pun melompat masuk dlm kete mcm hero filem hindustan..hehe...sekali percubaan , abah aku berjaya menghidupkan enjin kete kancil tu...syukur..

tapi yg jadi mangsanya aku la, dah la lambat...pinggang aku sakit bangat smpai sekarang nie..sengal tak sudah...aduii..lain kali kasi servis maintain la abah oooii....biasanya mcm tu la, bila yg lain dah tak duk sama, aku nielah jd anak jantan leh, anak pompuan pun leh..

16 Februari 2009

mengapa??

mengapa kau ganggu hidup aku lagi?
sedangkan kau sendiri yg melepaskan aku..
kau suruh aku mengaku benda yg aku tak buat..
lepas tu kau tuduh aku mcm2

la nie,
kau datang lagi dengan ugutan mau memusnahkan hidup ku..
apa masalah kau sebenarnya..
kau nak ape sebenarnya

aku tak paham ngan kau..
pergilah
jgn kaco aku!!!

Kabus atau Jerebu?








Isnin 16.02.2008, bila aku keluar dari umah, tetiba aku rase, sesak nafas bila tgk cuaca berkeadan begini...aku tak tau la nak ckp samaada ia dipanggil jerebu atau pun kabus..tapi bau dr kabus puteh itu adalah bau asap, so sapa leh jelaskan fenomena dia atas?

13 Februari 2009

Mak masuk wad lagi :(

tarikh : 08.02.2009
masa : 8.00 pm
bilik: emergency room dan wad 5




Sebelum nie dah 2, 3 hari mak mcm tak bermaya, makan tak lalu, dia kata nak gelap mata, smpai sudahnya, hari ahad tu masa dia yasinan tetiba keadaan jantung dia berdenyut laju, dia tak tahan jadi mintak la balik awal...bila sampai kat umah, dia cm lepas lari beratus2 meter rasenya masa baring kat sofa tu..aku tgk dada dia berombak kencang...aku tnya mak nak g klinik tak ...dia jwp tunggu ayah aku balik dulu baru nak g .

Last2 smpai kat klinik, doctor suggest mak ditahan dihospital, sbb keadaan mak yg tak bermaya tu...ayah aku call aku kat umah...aku pun siap kan brg2 yg ptt utk bekalan kat wad nanti..selama 4 hari 3 malam mak kene tahan kat wad..mak masuk wad 5 katil no 8. Doctor kata utk stabilkan jantung mak kene masuk ubat sbyk 500ml cecair ape ntah..masanya 23jam untuk abiskan ubat tu..fungsi ubat tu utk memperlahankan keadaan denyutan jantung yg tak stabil nie, biar bg stabil balik cm biasa...klu bg terus mcm tu nyawa mak dlm bahaya..silap2 jantung leh terhenti sndiri doc kata..beristigfar pjg aku masa dgr tu...mak jangan tinggalkan anak mak yg jahat nie.. so mak kene tahan dekat wad la.




(wad 5 katil 8)

Mlm pertama, aku yg jaga mak, sebab mak kene masuk ubat, n ubat tu dimonitor oleh alat ukuran milimeter dia..so susah nak g toilet klu nak kencing, jadi aku relahati jaga mak, mlm tu 2-3 kali jugak mak buang air kecil, kesian mak kene duduk dekat alas buang air atas katil, nak nangis jerk aku tgk..syukur mak dah boleh balik, cuma semlm pagi tetiba denyutan jantung mak laju lagi, mak kata kaki sejuk, bdn sejuk n mulut tetiba kebas...kesian mak...mungkin sbb byk pergerakan dia buat ..sbb dh lama rehat kat atas katil spital gaknya..alhmdulilah pagi nie, mak nampaknya dah stabil skit..doctor nasihat kan mak, byk2 rehat dirumah. Mak anak mak nie bukan tak syg mak, cuma mulut anak mak nie kekadang terbabas laser..kalu mak nak tau, anak mak nie syg sgt kat mak..tak tau mcmana nak ckp ngan mak..i love u so much mak..muah!!






mesin yg tgk degupan jantung mak normal atau tidak..korang nampak tak?



tu yg kat atas katil tu wayar yg disambung dekat bdn mak..masa nie mak letih tunggu abah aku lmbt datang...dia majuk ngan ayah aku..sbb satu hari tak nampak muka..last2 abah dtg mahgrib..syukur la semuanya ok..

06 Februari 2009

Syukur dan lega

Semua nampaknya seperti sudah berakhir,

Itulah kebesaran dari Yang Maha Kuasa,

Aku berjanji dgn diriku supaya beringat di lain waktu,

dan

Aku bersyukur bahawa ada lagi insan yg masih menyayangiku,

Walaupun mereka jauh beribu batu,

Wahai sahabat terima kasih daun keladi,

Jasamu semua, Allah sahaja yg dpt membalasnya,

Doakan aku moga dijauhkan dari musibah itu lagi.

Amin Ya Rabball Alamin

04 Februari 2009

hari yang paling mengerunkan dlm idup aku

aku telah buat diri ku sendiri menjadi tak tentu hala
haruskah aku terus mengikut kata2 nya
aku rimas dgn segala ugutannya
tapi aku terpaksa terimanya
kerana aku sendiri yg mencari pasal

terimalah kau
atas perbuatan mu yang tak bermaruah itu
terimalah kau
atas dosa2 yg kau telah lakukan

sememangnya dia yg terbaik yg kau ada
walaupon sakit kau kene terima kenyataan
bahawa dia lah pasanganmu hingga akhir hayat

fahamkan la ape yg dia ingini
kau kena korban semuanya
hanya kerana satu kesilapanmu yang lalu

dan kenyataan yg kau harus terima dan redha
dia adalah milikmu utk selama2nya



nukilan hati manja09

Frusted - cuba jadi gigolo

Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul.

Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata...

"Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu..kemudian keluar dari kamar.

Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya dan menunggu di bilik.

"Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.
Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil. Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu,

"Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"


Huahaha..ha. .ha..

Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu...

pergi kerja! kerja!

HAHAHAHAHAAAA. ......... ..

salah paham

Zack dan Mira sepupu. Masa tu nak dekat raya. Diorg sbg cucu kenalah bergotong royong mengemas rumah atuk nenek diorg. Satu hari masa Mira sdg baca buku..Zack menghampiri nya.....

Zack: Mira err angkatlah kaki you tu...
Mira: Huh? nape Zack?
Zack: Ala angkatlah kain ngan kaki you tu.....cepatlah... dah tak sabar ni....
Mira: Zack kenape ni???!!
Zack: Cepatlah Mira angkatlah cepat!!
Mira: tapi Mira takutlah.... jangan buat Mira camni Zack..... Zack tak puasa ke ha?
Zack: Sebab Zack puasa la nak tambah pahala... nak buat kerja...
Mira: Buat kerja tak senonoh??!

Zack: Payah betul budak ni angkat jela kaki kau tu!!! aku nak mop bawah kerusi tu!! Patutnya anak dara mcam kau buat kerje ni tau! cepat!

03 Februari 2009

KuSut




Hari ini adalah hari paling kusut dan bingung dlm hidup aku..
byk tul masalah yg aku pendam dan bendung..:(
rasenya mau jer aku ketuk2 kepalaku dan hantuk2 ditepi dinding meja kerja ku ini
salah ker aku untuk mengambil tau sakit pening dia yang aku syg..
bila aku ambik berat di katanya.. "mati lagi baik" ..
tak paham betul aku dgn perangai si dia tu..

Masalah keluarga dari sehari kesehari ada saje benda yg tak kena
semlm sakit mak dtg lagi...degil, suruh bwk bekal g keja tak mo..
dah semlm masa makan nak pitam2 bagai..
ayah aku pulak..makin hari makin jadi pelupa...
sedey aku tgk dia org nie...:(

Aku?..
sakit kepala ku makin menjadi2 dan kerap
wlpun aku tersenyum..tapi padaku senyum dan tawaku itu hanya kosong sekali
aku tak tau mcmana mana lagi nak bahagiakan hidup org yang kusyg
biar la aku derita tapi mereka bahagia..

Tapi...
aku tidak mampu membahagiakan mereka
x tau smpai bila akan jadi begini
akukah yang bersalah dan malang???

Honda Sakti



Gambar nie aku temui didlm blog dari tanah seberang.
Seandainya di Malaysia boleh buat begini rasenya sungguh menjimatkan penggunaan minyak di seluruh negara.

apa pendapat korang tentang gambar ini...:)

02 Februari 2009

Hanya satu kisah…

Aku cuma ada seorang adik lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

“Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.

Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

“Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.

Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik.

Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat….

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“ Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku.

“Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,

“Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

“Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak… Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

“Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya” katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.

“Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar ”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails