31 Mac 2009

huyeah makcik kayo!!




Pepagi tadi tepat pukul 8.30am..bersemngat den terpacak dekat pjbt pos Kg. Kenangan Dato Onn..bukan sama sekali utk mengenang jasa Dato Onn tu dan bukan juga utk membeli setem hasil..tp nie nak ambik duit rebet minyak, yg last date nuntutnya adalah hr nie..tp dilanjutkan tarikh byran kepada 14.04.2009..sesapa yg tak ambik lagi tu sila2 lah rajinkan kakimu itu pegi ke pjbt pos..bukan skit tau dpt byk oooo..leh cover balik duit insurans tu..

Tapi yg sodeynya nak habaq..duit den dpt nie, bukan duit kepunyaan den...nama den jerk glamour kat rotax n isurans tu..nak wat cmne, den tak mampu nak pkai kete bosau..cukup la den pkai "milah hijau" dah wat den teruja..jap lagi..den kene serahkan duit tu pd ayahanda den..hai duit..aku hnya leh pgg ko jerk la..memakainya tidak sama sekali..tp tak per..nanti den coba2 gedik2 kat ayahanda den, kalu2 dpt imbuhan..hehe..doakan den yer..:)

27 Mac 2009

dah mcm ni punya lawa pun nk gi sedut lemak?


NORAINI sebelum menjalani rawatan sedut lemak.


KUALA LUMPUR 25 Mac - Impian seorang ibu tiga anak untuk memiliki potongan badan menarik bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dipercayai selepas mendapat suntikan bagi rawatan kecantikan.

Allahyarham Noraini Mohd. Ghazali, 30, pengarah urusan syarikat pembekal peralatan makmal yang memiliki raut wajah cantik dengan berat badan 45 kilogram meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang semalam di sebuah klinik swasta di Ampang dekat sini yang menyediakan rawatan kecantikan wajah dan badan.

Suaminya, Zaharudin Zainuddin, 35, memberitahu, isterinya telah menerima rawatan di klinik terbabit sebanyak 14 kali sejak bulan Disember 2007.

''Kali terakhir arwah ke klinik itu adalah bagi membuang lemak serta susulan selepas melakukan rawatan menegangkan bahagian punggungnya.

''Arwah tidak banyak bercerita mengenai rawatan kecantikan tersebut. Bagaimanapun, berat badannya dilihat berkurangan iaitu daripada berat asal lebih kurang 50 kilogram ke 45 kilogram,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kata Zaharudin, sejak kebelakangan ini, isterinya mengadu sakit serta memaklumkan ada benang tertinggal dalam perut ketika menjalani rawatan terapi buang lemak di klinik terbabit.

Sehubungan itu, dia menasihati isterinya supaya berhenti melakukan rawatan terapi itu yang mencecah kos RM1,000 bagi setiap kali sesi.

Sementara itu, kakak angkat kepada mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, dia menemani Noraini ke klinik terbabit pada pukul 3 petang hari kejadian untuk temu janji dengan doktor.

''Saya hanya menunggu arwah di tingkat bawah sahaja kerana kebiasaannya sesi terapi itu tidak mengambil masa yang lama.

''Bagaimanapun, setelah lebih tiga jam menunggu, Noraini tidak muncul sebaliknya doktor tersebut meminta saya masuk ke pejabatnya sebelum memaklumkan arwah meninggal dunia pada pukul 5 petang selepas muntah-muntah.

''Doktor itu memberitahu kejadian itu berlaku selepas ubat bius disuntik dan ia prosedur biasa sebelum rawatan buang lemak dilakukan,'' katanya.


Misha menambah, dia berasa kecewa kerana doktor berkenaan mengambil masa lama untuk memaklumkan kepadanya yang menunggu di bawah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hasan mengesahkan kejadian tersebut dan telah mengambil keterangan doktor dan jururawat yang bertugas hari kejadian untuk membantu siasatan.

''Setakat ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan diteruskan ke atas kecuaian doktor sama ada telah mengenal pasti alahan pesakit sebelum rawatan diberi.

''Bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur telah selesai, bagaimanapun sampel-sampel tisu mayat telah dihantar ke makmal kimia untuk siasatan lanjut sebelum keputusan bedah siasat diketahui.

''Keputusan akan diketahui dalam masa lebih kurang empat minggu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohamad Yacob ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menyemak lesen perniagaan premis terbabit dan mendapati ia diperakui dan sah.



notahati: - alfatihah untuk Puan Noraini..moga ditempat dikalangan org yg beriman..amin.
- sebelum membuat sesuatu fikir dulu baik buruknya..

26 Mac 2009

pandangla lihatla..tipu daya dia..hehehe

name aku Minah
aku ade teman lelaki
name teman lelaki aku Mat

kitorang dah lame kenal
dah lama saling sayang menyayang
kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan

tapi satu hari tu
kitorang keluar laa jalan2 macam biase
tapi aku terase lain macam sket
si Mat bawak aku pegi kedai emas
die nak beli cincin
hadiah untuk kakak die katenye
lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin
nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye
aku pon ikut je laaa
tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku paling suka

lpas tu, kitorang pegi kedai bunga
Mat beli sejambak bunga ros merah
pun untuk kakak die jugak katenye
aku pon malas laa nak tanye banyak2
same je jawapan die dari tadi

tak lama lpas beli bunga tuh
tibe2 Mat berenti..
die berdiri tegak memandang ke arah aku..
mukanya agak kemerahan
panas kot

tapi die senyum2..
dan tunduk memandang kasut sendiri
tibe2 die 'go down on one knee'
maka secara automatik aku pon teringat laa lagu avril
"i want to see you go down on one knee..marry me today..."

Mat memanggil nameku..
"Minah..."
sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi
aku terdiam....
aku terpaku di situ...

perasaanku mula bergelora
sudah terbayang pelamin indah tempat kami bersanding
tiba2 terbayang keluarga dan anak2
tanggungjawab yang berat terhadap keluarga
sudah bersediakah aku...?

tetapi aku gembira
dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di pipi
Mat masih tunduk...
die memanggil namaku lagi skali
"Minah..."

dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke arah Mat
dan pada masa yang sama juga Mat mendongak
memandang ke arahku
mata bertentang mata..
Mat bersuara...

"Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile ape??
Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab..
tolong laaa pegang bende2 ! ni jap..aku nak ikat
tali kasut nih..cepat laaa..panas
nih..ishhhh..susah btol orang sentimental nih..."

Dan aku pon meraung bagai nak gile
malunye aku
hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??

benarkah??..

1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi! selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me! ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana? as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku


baca la dulu..

Seorang lelaki bertubuh kecil yang menjadi saksi 1 kes pmbunuhan terlihat ragu-ragu dan takut apabila diminta keterangan oleh seorang peguam bela.

Dengan suara yang keras peguam itu bertanya, "Anda sudah berkahwin?"

"Sudah, tuan." kata saksi tersebut dengan suara yang halus.

"dengan Siapa Anda berkahwin?"

"Dengan Seorang perempuan, tuan!"

peguam tersebut dengan marah berkata, "Ya sudah tentu anda berkahwin dengan perempuan.pernahkah anda dengar ada yang berkahwin dengan dengan lelaki?"

Tanpa segan saksi tersebut berkata, "Ada tuan, adik perempuan saya,....."

25 Mac 2009

Some Not So NiCe POEM....LOL

Roses are red, Violets are blue
Monkeys like u should be kept in zoo.
Don't feel so angry you will find me there too
Not in cage but laughing at you.


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Twinkle Twinkle little star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful
Why doesn't it rain on you?

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

I wrote your name on sand it got washed.
I wrote your name in air,it was blown away.
then ~
I wrote your name on my heart & i got Heart Attack

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

God saw me hungry, HE created pizza .
HE saw me thirsty, HE created Pepsi
HE saw me in dark, HE created light
HE saw me without problems, HE created YOU.

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

When ur life is in darkness pray to God
ask him to free u from darkness
and if after you pray
and you're still in darkness,
please pay your ELECTRICITY BILL!

24 Mac 2009

perkara2 yg terjadi semlm..



masa nak balik dr hospital jb tu..dua insiden telah berlaku melibatkan "gajah" ayah aku nie (aku mmg panggil kete nie gajah kat bebudak rempit)..memula pasal parking..ada ker patut laluan keluar kete, di buat tpt parking..sengal betul..dah la kita org dtg awal semata2 nak dpt parking cepat, pastu parking cntik supaya senang keluar..tup2 dia leh "parking" depan kita org...bengkak jerk rase hati nie....dah satu hal, ayah aku nak kuarkan "gajah" dr parking susah nak pengsan..aduhai...yg tukang jerit bg direction sapa korang tau?..akulah..benggang tak benggang tu..ikut hati ayah aku, nak jerk dia langgar bontot kete viva hitam tu..b***h nak M*M*P*S..geram aku..



insiden kedua pulak, lepas dah boleh keluar tu..ayah aku suh aku bwk pulak si "gajah" tu..aku masa tu tgh blur n bengang..so aku nonong turun dr belakang, dan terus naik ke sit pemandu dan tanpa menoleh belakang aku terus menutup pintu van tu..kuat juga aku tutup..tp ape yg terjadi bukan kehendakku...pintu kete tak rapat2 jugak..rupa2nya tgn ayah aku tersepit..gara2 aku tutup pintu tak pandang belakang...alamak abis lah aku (kata aku dlm hati)...apelagi....mengamuklah dia...menjerit sakit...terus aku jadi blur..tp bila dah smpai separuh jalan..mak ngan aku ketawa smpai nak pechah perut..maafkan anakanda ayah...anakanda tak sengaja...tgn ayah aku bengkak..tp bukan aku sengaja..aku tak ada niat pun nak jd cmtu..ayah kata aku tak syg dia :(





kamu semua masih igt tak fenomena bulan senyum?..pagi2 buta semlm, semasa aku dlm perjalanan ke jb dr bt pahat..sepanjang perjalanan dihighway tu aku ditemani dgn bulan yg sedang mengenyitkan matanya kepada ku...tp bukan ada dua mata....cuma ada sebelah jerk matanya yg ada..dan dia tersenyum..sungguh cantik n besar pemadangan tu..tp aku tak sempat nak ambik sbb aku tgh drive "gajah" ayah aku tu..

20 Mac 2009

tag lagi!!

Kene Tag Lagi....nie mak tiri la nie..suka dia kenekan aku ekk...takper2..dgn gegehnya aku telah menjawap soalan yg diberikan dengan sepenuh jiwa dan raga ini..huhu


1. Do You Think U'r Hot?
Hot n spicy ker?..hehe...ok2 aku jwp tulus ikhlas nie..
erkkk..bila ku minum air yg panas, maka aku akan terasa hotnya, tp bila ku minum air yg ada ais makanya aku akan berasa cool..


2. Hapload U'r Fav Pic
iza dan ina dua jiwa satu kepala..hehehe..bleh gtu?




3.Y Do U Like That Pic??
aku suka dengan pic nie sbb aku terasa diri ini semakin muda selalu..kihkihkih...jgn jelous..


4.When D Last Taim U Ate Pizza?
dua bulan lepas, masa ada org nak belanja makan best..


5. D Last Song U Listen To?
Imran Ajmain - "Selamat Ulang Tahun Sayang"


6.What r U Doin' rite Now Besides This?
aku tgh tunggu sms masuk kat hp aku...sbb aku guna lagu nie utk nada sms...hehehe


7. What name U Prefer Besides Urs?
ko nak nama yg mana, byk sgt dah nama aku nie..ko pilih jerk la yg ko suka..janji jgn panggil aku mangkuk hayun dah..tak suka..


8. People To TAg??
di hari jumaat yg mulia nie aku tak nak tag sesapa lah...boleh cik tuya?


-What is no 1?
nak kene jwp ke?..iskh ko nie...
yg pertama - budak hitam yg suka berkawad di tengah panas..ada ker kawad tgh ujan..
yg kedua - budak yang suka nanes..alah ko tau nape..mlas nak habaq
yg ketiga - budak yg tak insaf2 rempit..cuma termenylowkan kerempitannya...:)
yg keempat - budak yg sentiasa meriah jiwa dan raganya
yg kelima - nak baby..sapa leh bg baby dia kat kita...
yg keenam - kepala ting tong....



aku dah letih dah mengupdate balik tag nie...ok moga jwpn2 memenuhi kreteria yg mak tiri nak yerk...wassalam.

bestnya..


Jumaat 20.02.2009 lahir la putera kepada sahabat ku anie dan hubbynya... dinamakan bayi itu Muhamad Hazim al Hafiz..inilah pic yg di ambil oleh mama dia dan hr nie genap sebulan umurnya...yg bestnya kami lahir pada tarikh yg sama..cuma tahun jerk berbeza :)



alahai.. hazim, bila la makcik nak g tengok ko nie..




senyum lak dia, moga jadi anak yg cemerlang, berakhlak mulia dan baik yer nak..

anda di saman?..

Check Your Malaysia SAMAN
Click Here SINI
1) klik pada butang SINI di atas
2) masukkan kad pengenalan anda
3) periksa jumlah sama yang telah dikenakan
4) klik OK, untuk memeriksa SEBAB anda DISAMAN!!!!!

19 Mac 2009

Adakah...


Mengapa sering disalah tafsir pejabatku sbg pejabat kurier, atau travel agency atau tpt org tgk saham?.. adakah ciri2 di atas pada ruang depan opis ku ini?..dalam minggu nie sahaja sudah beberapa kali..insan2 yg aku tak kenali berkunjung ke sini..dan tersalah opis katanya bila bertanya "adakah disini tpt bla..bla..bla..?"..sabar jerk la..

17 Mac 2009

dah keta kesayangan dia..nak wat camne



notahati: kalau cm nie rupanya..rase2 kalau bg kat proton dia nak bg tak pampasan RM5000/- tu?

TRAGEDI DI HARI PERKAHWINAN

TADAAA..HARI PERKAHWINAN YG SUNGGUH BAHAGIA.. (AYAT POYO)


PENGANTIN LELAKI: WALAU BAJU U X CUKUP SAIZ, I TETAP MENERIMA U SEADANYA..



PENGANTIN LELAKI: WALAU BERAT BAHU I MEMIKUL DIRI U, I AKAN TETAP MEMIKUL U. . (DALAM HATI..BERAT SIOT POMPUAN NI..MCM X LARAT DAH NI)

TIBA-TIBA..


KEBABOOOOMMmMMMM!!!!


PENGANTIN PEREMPUAN: AHH..TOLONG. .TOLONG ANGKAT I..!!!

PENGANTIN LELAKI: I MENCINTAI U. .I MENERIMA DIRI U SEADANYA...TP I X TIDAK DAPAT MEMBANTU KLO SAMPAI BAB MCM NI..I TAK LARAT SEBAB U LEBIH BERAT DARIPADA I.XPE..BIAR I PANGGILKAN BOMBA.ANGKAT U GUNE KREN OK!

Jom Makan..

* Lontong Goreng *


* kueh tiew goreng *



* ABC *


Inilah sajian makan tengahari aku hr nie..ermm...kira puas hatilah..sedap pun sedap, murah pun murah..tak mcm selalu aku makan..herga bagai nak rak..tp tahap kesedapan amatla tidak memuaskan hati ku yg cerewet ini..actually, tak cerewet mana pun..tp, sbb kita byr nak le rase yg sedap sesgt..kan..kan..kan

Dekat sebulan juga, jalan2 cr makan kat banda Bp nie..kira nie yg mencapai tahap kesedapan yg aku n the geng inginkan..hehehe

PENGUMUMAN!!

BERITA BAIK UNTUK SEMUA PEKERJA AWAM DAN SWASTA, ASAL MENURUT SYARAT.......

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju menaikkan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa
mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam kepada RM500.00 sebulan
berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan
barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi
menjamin keharmonian rakyat.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh
negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat,
Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan
untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas
penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original

2. Surat Pengesahan Kerja- Original

3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)

dan...

80 penutup botol Coca-Cola.... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Haaaahahaha!!!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka yerks.....


13 Mac 2009

Gara-gara diet

video


notahati: jgn la kita smpai jadi cmnie..syukurla nikmat makan yg kita dpt..klu dah tak boleh makan nanti mcmana pulak kan .."tepuk perut tnya la selera anda"..boleh gtu?

Hari nie ujan lebat, seluruh tubuhku rase sejuk banget..tetiba tadi aku dengar seperti ada suara yg membingitkan telingaku...ia menjerit2 minta pertolongan padaku..tp apakan daya..aku tak mampu membantu..sehingga ke suara akhirnya...dan yang menjerit2 meminta tolong hanyalah kilaun pada matanya sahaja..

Kalian tau apakah yg aku maksudkan?...itu kereta di atas..tadi dia buat bising...geram tol aku..pastu aku habaq la kat budak2 opis hotlink sebelah pakai ym... igt kereta bos dia org...rupa bukan da..malunya rase..siap pesan lagi..."sediakan payung sebelum ujan" ..ape kene mengena tah minah tu ..aduh malunya aku..huhu

12 Mac 2009

ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:

*Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a.,
daripada Nabi Muhammad s. a. w.,
bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin,
dan membenci orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan
'Alhamdulillaah' ,
maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnyapula mengucapkan
'Yarhamukallaah! '.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,syaitan akan mentertawakannya.


2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:

* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu SaidAl-Khudri r. a., katanya :
Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk(melalui mulut yang terbuka).
Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap,
sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.


3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:

* Diriwayatkan oleh Muslim,
Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin,
dan membenci orang-orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu menguap,
jangan sampai berbunyi haaa haaa,
kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula
daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya:
Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci
mengangkat suara ketika menguap dan bersin.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap,
lalu dia berkhayal dalam ingatannya,
bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali,
niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Siapa yang ptt kene rotan?

Dari catatan seorang teman..

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.

Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya,"Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"

"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Emak menjawab.

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."

Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk.

Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. " Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang tenang."

Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.

Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita.

Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh - sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata "órang tua bodoh. Tak ada otak.”

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36


gambar hiasan

**** AMBIL IKTIBAR DAN PEDOMAN DR CERITA DIATAS.... SESUNGGUHNYA SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.... RASA INSAF BILA MENGHAYATINYA DAN BERSYUKUR PADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI IBU DAN BAPA.****

10 Mac 2009

layan lagu..

Salam Maulidur Rasul..

Untukmu Muhammad
(Puisi sempena maulidur rasul)

www.iluvislam.com
Oleh : vulprix
Editor : naadherah


Nur itu turun menerangi,
Membuka lipatan sejarah,
Makkah bersinar memalapkan api majusi,
Hamparan diri merendah sujud menghadap Ilahi,
Di bahu-Mu hujan maha lebat membasahi,
Tugasan mendatang diiring sarat zikir malaikat,
Cakerawala tersenyum lambang diri kami,
Akulah kami penuh pengharapan.

Nur itu turun menerangi lagi,
Menyampaikan mukjizat kalam pertama, Iqra!!!
Muhammad diam...bungkam dalam kelamnya hira’,
Membalut lembar selimut meliputi tubuh,
Khadijah menggunung sayang mengusapi peluh,
Membuang segala makruh,
Lalu iqra’ pun mengalir,
Di bibir para sahabat,
Di lidah membasahi hati para syuhada’,
Dalam debu melingkar nurani anbia’,
Semesta terang menembus langit dipasak sinar al-quran dan as-sunnah,
Tumpah membasahi lautan ummah,
Akulah ummah.

Kini nur itu turun lagi menerangi,
Menghampar masa membuka gapura cerita,
Cerita sayu umatnya yang menderita,
Akulah ummat Muhammad,
Menghampakan Muhammad di sana yang menangis hiba.





06 Mac 2009

believe it or not..











notahati: ooo rupanya..wajah2 yg ada kat duit tu muka org2 kat msia nie...ciss..
aku pun nak tgk la wajah aku leh adjust kat duit ker tak..
Bosan ke pagi Jumaat nie? Meh kita jawab teka-teki dulu ya. Release tension you…

1. Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu


2. Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!


3. Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!


4. Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka... kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!


5. Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!


6. Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.


7. Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’


8. Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!


9. Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani


10. Teka-teki: Ada sorang imam, tengah sembahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia.Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!


11. Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai!

jawap jgn tak jwp...:)..sekian terima kaseh

05 Mac 2009

Tag dari EncikBWMhit@m

my blog rules

=> silakan wahai sahabatku menjengah masuk kesini..asalkan tak menjadi satu kesalahan dan kesilapan mengikut akta berblog 2009 :)


7 fakta tentang aku

* aku sempoi sgt
* aku suka pada kucing..(klu kucing kene langgar aku sanggup nangis tau..jgn tak cye)
* aku suka buat lawak
* aku yg sensitif
* aku yang nak buat semua kwn2 gembira dgn aku..(sapa tak gumbira meh bagi tau)
* aku yang suka sakit..(mcm2 sakit..masa jwp tag nie pun aku menahan sakit belakang)
* aku yang kepoh..(tula mulut dah besar..kepoh lak tu)


6 fakta maut aku

+ aku tak reti marah
+ aku yang suka gelabah
+ aku yang byk cakap
+ aku suka kco org
+ aku cikgi merempit yang garang
+ aku cikgi merempit yang lawak giler


7 mangsa tag ini

siapakah mangsaku kali ini..bersedia la wahai kawan2

mangsa seterusnya ialah **...** sesapa saje yg terbaca tag ini silalah jwp ekk..aku malas nak cr nama korang satu2..sbb tgn n belakang aku sakit dah..


ok encikbwmhitam, eiza dah jawap tag anda..hope berpuas hati?

adios amigos..gogo gajet..hehe


backpain



Hari ini, aku tak ada mood sgt..sbbnya aku mengalami sakit belakang..tp bukan mcm dlm pic kat atas tu...aku tak boleh nak menoleh kebelakang..terseliuh gaknya urat belakang nie..tadi bwk kete pun aku pkai tgn kiri jerk..tgn kanan aku sakit nak dibuat angkat tinggi..jalan pun tak leh hayun tgn mcm askar..huhu..aduhai..sakitnya..:-(

04 Mac 2009

Rahsia kentut

Khasiat kentut

WASHINGTON:Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis, sakit jantung dan lain-lain.

"Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakit disebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya
menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.

Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap
tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut. Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23 kali sehari.


Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat
Ingatlah orang-orang yang tersayang!! & BILE RESE NK KENTUT STANBYYYY

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails