30 April 2009

pengistiharan coti...

SELAMAT
HARI PEKERJA
01 MEI 2009



- majulah rakyat untuk negara tercinta


29 April 2009

cinta yg pergi..

hari tu aku ada cerita ttg "dia" kan.. yg aku temui semula baru2 nie..nampaknya hajat tak kesampaianlah..dia dh di nobatkan hak mutlak sesorg dan sesorg itu telah memberi amaran keras supaya aku tidak menghubungi "dia" lagi.

kalau tak katanya dia akan cr aku wlpun kat mana jerk aku berada..aku bukan takut..cuma aku kesian kan "dia"..mungkin dh bukan jodoh akukan..aku kene redha dan terima ini semua..

"inalilahiwainailaihirajiunn...ya Allah sesungguhnya aku redha dengan ketentuan mu ini..moga kau gantikan "dia" dgn insan lain yg lebih mengerti..amin..yarabball alamin."

invention

video


bestnya kalu semua kereta buatan malaysia ada tayar ke-5..hehe
senang mau parking..

28 April 2009

adab pergi zoo..



walaupun namanya binatang..
tp biarlah kita menutup aurat..
itukan amalan yg mulia..
malunya weiii...

Happy besday Tuya..



Happy besday Tuya a.k.a mak tiri aku..(hehe)

- semoga panjang umur dan murah rezekinya..

- moga kekal ceria dan bahagia sampai bebila bersama aku dan en. erimu yg tersyg serta anakmu yg tercinta..

- moga persahabatan kita kekal smpai kehujung nyawa...



- amin...yarabbal alamin.


27 April 2009

Suami boroi tanda bahagia?..

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi.. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga.

Saya berkahwin 3 tahun lalu (bukan eiza ok..huhu), dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar
artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya?

ISTERIBAHAGIA,
Hulu Langat.


JAWAPAN

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya.. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga. Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak.

Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah.Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancanganmasakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!

Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi. Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian.. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya.

Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si isteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini.

Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas,isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup. Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukanlagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi.

Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwinlain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga,buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padatdan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air mani isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin,perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab.

Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh
isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku. Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai.
Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda,mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.

Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam.Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

24 April 2009

special day..





SELAMAT HARI JADI ABAH
YANG KE-66THN

24.04.2009



Allah selamatkan kamu...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Abah Eiza
Allah selamatkan kamu...





Moga abah panjang umur dan murah rezeki,
ceria dan bahagia disamping mak tersayang,
happy selalu bersama anak-anak yg nakal nie..
dan jgn lupa rajin2 makan ubat tau..

balik nanti eiza belanja abah kfc yer..hehe

happy anniversary utk aku..
sbb aku dah genap tiga tahun keje kat company BTMH nie.

23 April 2009

aku geram..



nie akaun yg nak di adjust..
tp akaun nie, akaun baru..
dh mcm ape ntah..mau rabun makcik..




adeyy..
suka2 hang je nak tnda cm nie ehh..
ko igt aku paham ape yg ko nak..
aku hentam jerrk la labu..


nielah keje aku..menaip draft akaun..tp yg sakit hati, bila dpt owner draft yg tak reti draft lelok akaun dia yg nak aku taip..hangin tul..klu tulisan lawa tu takper..dah la mcm cacing kerawit..pastu sukahati dia nak tnda cm kat atas tu..nasib le aku dah mahir..klu mula2 keje dulu..mau aku terus resign mcm nie..adeyyyaii hampeh!!!

22 April 2009

perasaan atau perasan?..

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis ituberdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemudaitu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ketempat duduknya sambil berkata,

"Terima kasih, saya lebih suka berdiri".

Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.


Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut.

Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantikitu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang,

"Tak apa, takpayah susah susah, saya lebih suka berdiri."

Tanpa putus asa pemuda ituberdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,


"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"


notahati-berhemah la semasa didlm kenderaan awam yerk..

delima hati..


hari tu..
aku dpt ym dari dia..
hari tu, hari aku jumpa dia semula
setelah setahun dia mendiamkan diri
tanpa kabar berita..

hari tu..
semua yg terbuku terluah jua
hari tu, ku rase amat bahagia
sbb dia tau aku sygkan dia..
hari tu sungguh bermakna sekali..



tetapi..
hari nie..dia mendiamkan diri lagi..
sakitkah dia?
ape yg dia buat sekarang?
aku jadi buntu seketika..

aku harap..
hari nie dia lebih baik dari semlm..
hari nie, aku harap dia lebih ceria dari dulu..
moga dia bersemangat untuk bina hidup yg baru..



- nukilan seorang aku -

21 April 2009

jangan gopoh, jadikan amalan..

video

- berhati2lah, jgn smpai menyusahkan org lain pulak..
lawak betul la video nie...huhu

20 April 2009

aku dan posmen..




Dialog antara 2 org yg sengal..

Adik posmen: Kak, travel agency yg kat ujung tu, nak bg tiket free dua kak..jom kak, kita g sesama..
aku : G mana?
Adik posmen: G genting kot..
aku: kene byr ke tak? (aku agak pelik sedikit dgn penyatan budak nie)
Adik posmen: klu kene byr tak nak aku..dia kata ada dua dia nak bg..klu ada jom kak, kita g sesama, aku tak ada kawan nie..
aku: eleh nanti awek kau marah cmner..(smbil ku sengih2 cm kerang goreng..hehe)
Adik posmen: aku single rider la kak, malas nak pikir awek2 nie..
aku: yerlatu..(selesai menandatangani surat register)
Adik posmen: iyerla kak..letih ada awek..oklah kak bye..

adey..apa ke hal la mamat babam nie nak ajak aku g genting..alahai aji2 (nama panggilan budak mamat tu)..

Penahkah anda disoal begini?..



soalan ini diberikan oleh salah sorang pelajar rempitku hr sabtu lepas..pakcik kantin tnya kat dia.."tau tak mana depan n belakang pokok"..pastu budak tu jwplah "mana tau"..pakcik tupun suh cr jwpn..karang bila dh abis menuntut ilmu rempit karang jumpa dia balik..huhu



nota hati: ada sesapa tau jwpnnya soalan pakcik nie?..tolong jwp pls..aku pun mau tau jugak..

Happy Birthday Kak Nina Haryani..




Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday kak ina

Happy Birthday to you :-)



Happy besday akak moga panjang umur, murah rezeki, dipercepatkan jodohnya dan sucess selalu..amin :)...syg akak..muah!!


Tahniah buat akak juga..sbb telah berjayamengajak seseorg yg bukan islam utk bersunat..tadi akak ina htr abg itam g sunat..moga akak dpt pahala berganda dari Allah s.w.t..mudah2n satu masa nanti abg itam nak convert agama lak..amin.




17 April 2009

aku suka makan..hehe



inilah yg di namakan kueh tiew hailam..



first time dpt mencuba, rase teruja yg amat..
nasib baiklah sedap..
cuma klu aku yg makan tu..
mcm tak cukuplah satu pinggan (abaikan ayat nie)..

hahaha..



air laici yg terlalu seksi bg aku..hehe

Pilu lihat tiga beranak rentung..


ROSAK...bas ekspres yang terbabit dalam nahas semalam


BATU PAHAT: “Saya hiba dan pilu kerana tidak dapat menolong, malah hanya mampu melihat kereta itu terbakar bersama wanita berkenaan (Siti Kalsom) dan dua anaknya,” kata Ketua Polis Balai Parit Raja, Sarjan Mejar Sukiman Badari.

Dia antara beberapa saksi yang melihat tiga beranak berkenaan mati terbakar selepas gagal menyelamatkan mereka dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Batu Pahat-Kluang dekat sini, pagi semalam.

Sukiman yang kebetulan melalui tempat kejadian selepas balik daripada mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, sudah berusaha sedaya upaya memadamkan kebakaran, namun api yang menyambar tumpahan minyak kereta mangsa begitu cepat merebak.

Lantaran api terlalu besar, Sukiman hanya mampu melihat pemandu kereta Kancil itu, Siti Kalsom Borhan, 35, serta dua anaknya, Shahira Aishah, 6, dan Shahira Aliya, 3, mati terbakar dalam tragedi kira-kira jam 11.50 pagi.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Sukiman berkata, dia bersama seorang lagi anggota polis mencapai alat pemadam api yang tersedia dalam kenderaannya dan meluru ke arah kereta yang terbakar itu apabila melihat seorang wanita terperangkap di dalamnya.

“Saya nampak ada orang dalam kereta itu menjadikan saya dan rakan bertekad memadamkan kebakaran berkenaan. Kami makin bersemangat apabila orang ramai kata ada dua lagi budak dalam kereta itu.

“Tetapi apakan daya, cubaan kami hanya berbekalkan alat pemadam api kecil gagal melawan api yang sudah terlalu besar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kejadian itu turut disaksikan pengguna jalan raya, Yunos Nasir yang nampak punca kemalangan itu.

Menurut Yunos, sebelum kejadian, dia memandu kereta di belakang kereta Kancil yang dinaiki tiga beranak terbabit sebelum dipintas sebuah bas ekspres ketika melalui Kampung Parit Karjo.

“Tidak lama selepas memintas saya, bas itu seperti melanggar sesuatu dan dalam sekelip mata saya nampak sebuah kereta berpusing beberapa kali di tengah jalan.

“Saya segera memberhentikan kereta di bahu jalan dan menghampiri kereta Kancil itu dengan hasrat membantu mangsa, tapi ketika saya semakin hampir, tiba-tiba saya nampak api memercik,” katanya.

Yunos berkata, ketika menghampiri kereta itu, dia tidak melihat mangsa melambai atau menjerit meminta tolong, mungkin kerana mereka pengsan akibat rempuhan kuat dari belakang.

“Memang saya berhasrat membantu mereka, tapi saya tak tahu nak buat apa apabila melihat api makin marak,” katanya.

Sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat yang tiba di tempat kejadian berjaya memadamkan api itu dalam tempoh lima minit, namun sudah terlambat kerana ketiga-tiga mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat tiga beranak yang dikeluarkan anggota bomba itu kemudian dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk dibedah siasat.

Di Hospital Batu Pahat, suami mangsa, Hafiz Ayub, menuntut jenazah ketiga-tiga mangsa kira-kira jam 5 petang semalam.

Hafiz yang ditemani keluarga dan saudara mara, kelihatan amat sedih dengan kejadian itu dan beberapa kali mengelak daripada ditemu bual wartawan.


notahati: al-fatihah untuk 3 mangsa kemalangan ini, pagi2 tadi offis boy tempat aku kerja sibuk2 nak citer pasal kemalangan ngeri nie, sbb anak dia si Haikal tu, tuisyen dgn arwah puan Siti Kalsom nie, dkt tuisyen centre, area Tmn Maju Bukit Pasir, Batu Pahat..
mlm tadi pun kuar kat buletin utama, segmen yg first sekali..offis boy ckp tadi, arwah pergi ambik anak dia balik tadika..malang tak berbaukan kesilapan org lain..org lain yg jadi mangsa..takziah utk suami dan keluarga arwah.

15 April 2009

suami terkejut .. payu dara isteri diramas org .. (18xx)






notahati: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

aku yg berharap..




nape kau suka memainkan perasaan org?..
tak cukup ke.. ape yg dah terjadi antara kita setahun yg lalu,
klu kau nak jd kwn.. leh tak kau jgn ungkit2 benda yg dah berlalu,
kau rase puas ke..bila ko dh dpt memainkan perasaan sorg aku nie?

aku tau kau nak kawin tak lama lagi..
cuba ko jgn merimaskan kepala otak aku yg mmg lemas nie..

bukan ko solo lagi,
ko dah berdua,
dan lepas kawin nanti mungkin bertiga , berempat dan seterusnya

aku mohon pada ko ..
tolong lah..
tolong ko buang segala kisah suka duka kita bersama,
sbbnya..
aku tak mampu,
tak mampu nak pikul sorang2 perasaan yg ko tinggalkan kat aku selama nie..

cukuplah,
cukup dgn apa yg aku dah trima dari perbuatan aku yg dulu..



- seniman jalanang sorang aku

14 April 2009

Hantu paling seram..

video

- ingatkan tak takot..rupanya..penakut sungguh..hehe

13 April 2009

smthing hurt..



klu ada bantal ngan tilam nie, mau aku tido sudah..





- hari nie aku rase sungguh binggung.. -



10 April 2009

Bersantai di pasiran pantai

-- Punggor --

Siaran tertunda dari Punggor, Senggarang Batu Pahat Johor... hehehe.... menjawap persoalan dari bro Eddie Dewanaga.. masa cuti besday Sultan Jhr hr tu.. aku ngan fmly aku (mak + ayah), tido kat umah akak aku yg kat prt. botak tu.. so, esok pepaginya kekonon la nak g umah abg sepupu, kat prt. bingan...pusing2 punya pusing, tak jumpa rumahnya..last2 ayah aku pusing balik g punggor.. bersantai kat sna pulaklah..smbil ngeteh dan bersukaria bermain layang..so saksikan lah..jeng jeng jeng...(bunyi agak2 suspen..hehe)









pemandangan yg terdpt di pantai punggur
abg baju ijau tu korang nak tau.. konker dua tpt niaga tau
satu yg aku ambik pic lelayang tu
satu di bwh pokok..dia jual rojak petis..sodap tu..:)






tak rugi menunggu lama..sebab kerang goreng dan mee goreng dia sedap sgt..nyum2







aksi2 familiku

09 April 2009

Teringat kembali manisnya senyumanmu

** Dirimu dikenang untuk selamanya **

Al-fatihah untuk anak sedaraku
Muhamad Aiman Bin Yunus
1998-2003




Pic di atas adalah pic terakhir kenangan bersama arwah Aiman..masa nie, dia dpt kebenaran doktor utk bercuti selama seminggu dr duduk dekat wad di HKL..selepas kimoterapi yg ke-2..mukanya menjadi kehitaman dan kulit mengelupas, rambut juga semua luruh..pic nie di ambil semasa menyambut besday adiknya yg pertama..sygnya masuk kimoterapi yg ketiga, keadaan diri arwah Aiman, tidak stabil dan dia juga tak mahu makan ubat..aku sempat bersamanya dan menasihati supaya rajin makan ubat dan cepat sembuh..tp Allah lebih menyayangi dia..dia pergi semasa ayah dan ibuku menunaikan haji ke Makkah pada awal pertengahan bulan januari 2003..bila ayah telepon dari Makkah aku mengatakan semua dlm keadaan ok dan mcm selalu..aku terpaksa berbohong kerana tak mahu menganggu ibadah ayah ibuku disana..




Pic nie pula, masa masuk bulan-3.. sakitnya membesar dgn begitu cepat, tali puteh dekat leher anak sedara aku tu, kira mcm penutup lubang kat dada dia belah kanan.. lubang tu fungsinya tpt keluar dan masukkan ubat atau darah..sbb yg dekat tgn dah abis kene cucuk.. kasihan anak sedara ku ini..kecil2 lagi terpaksa menanggung sakit yg begitu berat..walaupun dia sakit, tp lasaknya sama mcm org tak sakit.. arwahnya mmg budak yg bijak.. dan tak byk kerenah.. ramai yg sukakan dirinya.. tp sekarang semua tu tinggal kenangan yg tak dpt dilupakan smpai bebila..al-fatihah untuk arwah Aiman..


Notahato: pic nie aku ambil semasa berada dirumah org tuanya masa cuti hari keputeraan Sultan Johor yg lalu.

Lu Kene Beb!!..

video


notahati: kepada sesapa yg rase2 nak beli katil dan tilam baru..dinasihatkan jgn melakukan aksi2 yg sma seperti di atas..dan membuat kedai perabot tu mcm umah sendiri pulak..dah jd mcm tu sapa yg malu..lu pikir la sendiri ..

07 April 2009

Daulat Tuanku..

Hari Keputeraan D.Y.M.M Baginda Sultan Johor.
8 April 2009 (Rabu)





Semoga Allah Selamatkan dan Lanjutkan Usia Tuanku.
Sembah Tahniah dan Ucapan Selamat Sempena Hari Ulangtahun Keputeraan buat Tuanku esok.

Daulat Tuanku.

06 April 2009

dia rupanya yg kurindu...







Jeritan batinku...



ku pandang atas nampak awak ..

bukan langit





ku pandang bwh nampak awak juga..

bukan kaki



apakah itu??...



notahati: tiada kene mengena ngan sesiapa sekadar berilusi sendiri...huhu

03 April 2009

Terima kasih..




Salam jumaat, dengan hati penuh kesyukuran dan keredhaan pada Ilahi..ingin aku menyatakan kegembiraan hati ini, bila melihatkan blog ini bersinar semula..

Pada awalnya, blog ini hampir ku pupuskan kerana aku rase aku tak layak berada disini..
utk meluahkan ape yg terbuku, terpikir dan terpendam dlm kalbu..

Jutaan terima kasih tak terhingga kepada anda, blogger semua kerana sudi bertandang ke teratak buruk ini utk membaca, memberi komen yg mencuit hati, bernas serta berkongsi cerita suka dan duka..

Dan hari ini aku bersyukur kerana aku dianugerahkan follower yg amat ramai..
- seramai 51 org -

aku tak sangka..
sbb aku rase blog aku ini hanya akan ada paling ramai pun 10 org shj pengikutnya
syukur pada yg Maha Esa..

Oleh yg demikian, seharusnya aku perlu memberikan sesuatu cenderhati utk kalian semua yg sudi meluangkan masa keblog ku setiap hari..
terima kaseh atas sokongan dan nasihat kalian padaku, selama aku berblog ini..


terimalah cenderhati yg tidak sebeberapa ini..
letakkan disudut blog anda sbg tanda kalian adalah sahabatku selamanya..
terima kaseh








02 April 2009

indahnya ciptaanMu..

Pelangi

- gambar dr wikipedia -

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.


seperti pic yang aku ambil nie lah..Pelangi petang selepas ujan turun

snapan ku yg pertama.. first time ambik pic pelangi, pkai hp buyuk..selalu dok nengok smpai teleng2 kepale jerk...terkejut aku bila kete kancil merah tu tetiba lalu..almaklumlah...kan kat jalan raya mmg la byk keretakan..apelah aku nie..hehe

cantiknya dan indah sekali permandangan nie..sbb aku tgk pelangi tu smpai kebwh..aduhai makcik..bwk kereta pun sempat snap pic pelangi..poyos betul..

01 April 2009

mari mencuba..

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....

Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?



Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!





OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...





otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara
ini.."

Sama tapi tak serupa..



Anak "pingu" (kartun peguin) ditemui di Gurun Kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails