27 Ogos 2009

langkawi mari..



huyaeh!! seronok2 ..
barang yg aku tunggu2 dari minggu lepas dh mai,
bungkusan nie dari langkawi..
jauh no dtgnya...


nak tau ape isi dlm?..meh scroll kebwh yerk kawan2

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


bukan itu patung okies..
itu yg menyelubungi patung itu yg aku beli..
dr kedai redorange2u..(terima kasih utk rosliza)
cantik tak kawan2..


aku suka tudung tu sbb ada pangkat...
eh bukan pangkat..
sbb ada batu kat dua2 belah bahu dia
tersasul lak pose2 nie..hehe


nie tgh dok berangan nie..
cmnerlah rupanya klu aku yg pakai..
adakah secantik patung itu..haha
ayat cm ape..


maaf la kengkawan
tetiba jek nak layan kepala yg agak biul nie..
klu korang rase tak nak layan tak per..
biar aku biul sorang2 jerk ok..

26 Ogos 2009

cerita aku..

Salam Ramadhan semua kawan-kawan...maaf sebab lama juga rasenya mensenyapkan diri..ada beberapa sebab yg menyebabkan diri ini berehat sebentar dr berblog..



Musibah
seawal sehari sebelum puasa..diri ini didapati tidak sihat dan terpaksa dirujuk kehospital..itupun atas paksaan mak..sbb aku mmg tak suka g spital..syukurlah tak ada ape2 sakit yg kornik terjadi..cuma keadaan batok ku yg terlalu lama merisaukan org tua ku.."sesungguhnya sakit itu penebus dosa"




Berita gembira
dalam sakit2 tu..mak menkhabarkan aku berita gembira...tak sngka mak dah ubah persepsi dia tentang jodohku...mak tak pentingkan lagi ciri2 yg dilistkan seperti dulu..aku berasa seronok sekali..alhamdulilah..terasa diri ini makin rapat semula dgn mak.."mak, eiza syg mak.."





Hikmah
sebelum ini aku ada salah faham dgn seseorg..alhmdulilah..kami sudah berbaik semula..dan hikmah dari kami berbaik semula... aku dpt kenal ahli keluarganya...rase makin dekat lak dgn dirinya.."moga kau dpt rase, apa yg aku rase" =)




Utk Otai BP dan kawan2 blogger
terima kasih atas prihatinan kalian..mesti kalian tunggu2 n3 baru budak kecik niekan..(perasan lah pulak kecik..hehe)..moga kalian semua dibwh lindungan Allah selalu dan tidak lupa juga pd sahabat yg lain...yg ptg jaga kesihatan dan berbuat byk amalan dibulan puasa ini..moga dosa kita yg lalu akan diampunkan..amin.."sayang uols semua"



19 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak..




maafkan ku andai tutur bicaraku kasar..
maafkan ku andai menyingung perasaanmu..
aku hanyalah insan yg lemah..
tak penah lepas dari membuat silap..

Sempena Ramadhan yg bakal tiba..
ku susunkan jari ku memohon kemaafan..
agar dosa2 semlm ku terhapus..
moga dtgnya bulan ini..
penuh dgn keimanan dan ketaqwaan..
di dlm jiwa dan sanubari utk aku dan semua..





Kayakan la hatimu...

Tidak mudah merasakan bagaimana sesungguhnya hidup susah, kecuali oleh orang-orang yang sedang mengalami kesusahan hidup. Seperti halnya perasaan saudara-saudara kita yang sedang hidup di rumah-rumah setinggan atau kem-kem pelarian sementara yang kemudahannya serba kekurangan. Dengan demikian, hanya orang orang tertentu yang mampu merasakan perasaan susahnya orang lain, terutama orang-orang yang tergolong sebagai kaya hati..

Bahkan dalam suatu hadits, Rasulullah SAW mengatakan bahwa kekayaan yang sesungguhnya ialah kaya hati. Hal ini memang sangat kuat alasannya. Orang yang kaya hati, meskipun tidak kaya harta, akan tetap berusaha untuk menunjukkan keperihatinannya terhadap orang lain. Sebaliknya, orang yang kaya harta, namun tidak kaya hati, tidak akan mudah perihatin terhadap nasib orang lain, terutama orang orang yang hidup dalam kesusahan.

Sebagaimana dikatakan dalam hadits di atas, orang yang kaya hati sehingga mahu membantu meringankan beban orang susah akan mendapatkan sekurang-kurang dua kemudahan. Pertama, kemudahan hidup sewaktu di dunia. Ada saja pertolongan yang diperolehnya, meskipun bukan melalui orang yang pernah dibantunya. Allah mengirim bantuan melalui tangan hamba hambaNya yang lain. Kedua, pahala yang akan membantunya sewaktu ditimbang amalnya di hari akhirat kelak.

Oleh itu perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dimasukkan ke dalam golongan yang kaya hatinya. Jangan sampai kita menjadi orang yang mati sebelum dimatikan oleh Allah SWT iaitu orang yang mati hatinya.

Si@r@n Tertund@ D@ri Ger@i Pest@..


kenangan terindah..18.08.2009


Salam kengkawan..
atas permintaan ramai blogger2 tegar BP,
maka dgn ini di laporkan siaran tertunda yg bertempat
di Gerai Pesta semlm..


Perjumpaan yg telah di atur baik punya oleh
Bro Zedmagel
..

telah menghasilkan keberhasilan pendatang baru dlm kumpulan Otai BP..
tak lain dan tak bukan Eiza In The House..
(sila tepuk tgn reramai..kui3)


Pada mulanya agak kalut jugak nak join
Kumpulan
Otai BP nie..

al-maklumlah selama nie tak penah berjumpa..
dlm kalut2 tu..cuba mempositifkan diri utk berjumpa dgn dia org semua..
kedatanganku di alu2kan..(cewah..perasan)

alhamdulilah..mmg tidak disangka2..

semua kepala otai nie..
agak2 mereng cm aku jugak..
(sila abaikan ayat ini yer Otai2 semua).. haha


jadinya...seperti gambar di atas..
yg kecik dan junior mesti kene bulikan..
so tak kecualilah aku..

apepun dlm mereng2 tu..
kuar jugaklah perancangan utk mengumpulkan semua ahli2 blogger BP..
tp yg "berani mati saje" utk join this club..
(ada berani uols?..)


selain tu... aku cdgnkn..
nak suruh Bro Kuntong ajar Zapin..
utk senaman blogger dekat tasik Y..

(sapa setuju angkat ketiak..hehe)

dan yang paling best..
nak adakan majlis berbuka puasa bersama..
serta
sambutan hari raya utk tahun nie..
dimana?..
mungkin di rumah ketua kampung mampan..
(sila buat2 paham ok :))

so anda dijemput hadir dan rewang uols ye..

makanan party semlm ditaja oleh Bro AmirHamzah64..
terima kasih bro..klu leh, blanja la lagi..hehe
seronok..mmg seronok...
maghrib baru kita org mengundurkan diri..:)


itulah dia skit sebyk laporan yg telah ditapis dan di luluskan oleh
kabinet kojah in the blues..huhu
penat dah buat laporan..
hope uols semua puas hati okey..
salam adios..









18 Ogos 2009

misi penting...




pukul 6 pm
bertempat di gerai pesta
misi yg amat ptg..
moga semua berjalan lancar
amin..

jom makan..lapo..he3




semlm punya la berkeriut bunyi perut nie...
laponya lah...
pastu leh lak mengidam nak makan mee bandung
tghari tu pie la cari around town bp..

nampak sedap tak?..
tp semlm makan..
kurang up skitla..
byk sgt kacang dia..
pastu agak2 pucat skit kuahnya..

apepun..
dah tertunai dah hajat nak makan kan ...
syukur ajelah..



weekend bersama anak..



"wahai anak ku..
maafkan aku dah lama tinggalkan kalian semua..
baru kini aku kembali dlm hidup kalian..
bukan melarikan diri...
tp disebabkan jiwa ku terlalu kco.."


cewah..
ayat tgh2 hari nie tak leh blah..keh3
saje jerk...
inilah merangkap anak2 angkat aku..
ada 5 org semua..
nie masa nie masing2 lepak sbb demam..
pastu hari sabtu bwk si kecik berurut..
pastu berjangkit dah ngan aku2 sekali..

tekak dah mula menunjukkan simtom2 sakit
bdn pun dah rase mcm kene pukul ngan kayu pemukul
dah dua hari rase sengal2 bdn bila waktu mlm..
tido pun tak lena cm baby..asyik merengek jerk..huhu

kesiankan..=(
doakan aku sehat kembali yerk..





17 Ogos 2009

makanan yg pelik...



Malam tadi aku tgklah "The Amazing Race Asia" kat channel astro AXN..dia org diberikan tugas utk pergi ke Filipina dan menghabiskan satu task yg agak2 mencabar jugak la..dia org kene abiskan makan 8 biji telur balut.. korang tau tak telur balut tu ape?..

meh2, aku g tunjuk kat bwh nie..telur nie bukan telur biasa tau..telur yg dah agak2 nak matang dan dah ada bentuk itik atau ayam (pra matang) pastu direbus..nak muntah aku tgk mlm tadi.. sbb dia org kata ada rase bulu2..eeee tak doyan aku.




telur balut


Balut adalah telur itik atau ayam yang berisi embrio itik yang hampir sempurna yang direbus dan dimakan. Makanan ini sangat sering ditemukan di Asia Tenggara, seperti Filipina, Kamboja, dan Vietnam. Makanan ini dipercayai sebagai afrodisiak dan dianggap berprotein tinggi, balut dapat ditemukan di toko kaki lima pada malam hari. Makanan ini kadang disajikan dengan bir.

Kaum pria Filipina menganggap balut sebagai afrodisiak dan sebagai makanan yang meningkatkan virilitas alias keperkasaan pria. Harganya cukup murah, lima belas pesos (sekitar Rp 3000) untuk dua butir. Kalau di Jawa banyak kios-kios buka malam yang menjual "Kuku Bima" dan berbagai jamu tradisional untuk virilitas, di Filipina penjual balut adalah yang ditunggu-tunggu kaum pria. Pria Filipina rata-rata menelan dua hingga empat butir balut sebelum masuk kamar tidur.

"Itu porsi untuk istri," kata seorang teman Filipina yang pernah bekerja di Bengkulu kepada saya. Kalau dengan pacar, porsinya harus lain. "Makan sepuluh butir balut, lalu dorong dengan dua botol bir. Wah, khasiatnya akan lebih mantap daripada menelan Viagra 100 miligram," katanya sembari senyum lebar. Entah membual, entah tidak. Saya rasa, saya tidak perlu membuktikannya.

Dalam bahasa bahasa Tagalog dan bahasa Melayu (termasuk bahasa Indonesia), balut (balot) berarti "membungkus".


Notahati: amacam korang berani ker nak makan?..aku awal2 dah surrender..huhu

mari berpantun..

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.


nota hati: korang paham ker..he3

14 Ogos 2009

Bos yg baik hati..

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu.
Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu
ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak?
Ntah-ntah dia ponteng...
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati...Ada orang kampung
saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer
pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat
kerja!


Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah! !


13 Ogos 2009

binatang pelik..



1. Muncung mole berhidung bintang ini mempunyai 22 sesungut yang digunakan untuk mengenal pasti makanan menerusi sentuhan. Ia sering ditemui di Amerika Utara dan tinggal di kawasan tanah rendah lembap serta memakan haiwan tanpa tulang belakang, unggas, cacing dan lintah.


2. Babi laut tinggal di atas atau di bawah dasar laut dan memakan lumpur lantai laut. Saintis masih belum mengkaji bagaimana haiwan ini boleh hidup jauh di dasar laut.



3. Penyu putih yang warna krimnya bergabung dengan sedikit warna merah jambu, terkenal dalam budaya masyarakat Cina. Satu karektor dalam kesusasteraan Cina - Journey To The West - berubah menjadi haiwan ini kerana perbuatan jahatnya.


4. Axolotl daripada keluarga amfibia yang berasal dari tasik di Mexico City. Ia banyak digunakan dalam kajian saintifik kerana keupayaan hampir semua anggota badannya untuk tumbuh semula.

12 Ogos 2009

isnin yg suram..




Isnin yg lepas, htr mak g check jantung dia kat Spital Sultanah Aminah JB. Aku bertolak agak terlewat sbb terbabas tido..dgn mak ayah aku sekali, syok tido sbb pg tu hujan..huhu..dah terlewat bagai tu singgah isi minyak jap..n cr topeng tutup mulut tu..tp tak ada lak jual kat klinik swasta atau 7e..letih den nyingah2 pagi tu..tp tak dpt..

ermm..bila dah cr bnda tu tak jumpa.. redah jek la nanti masuk spital tu...mak akunya appointment kul 10.00a.m kita org bertolak dlm 7.30a.m dr air hitam..masa memula masuk higway tu..ok la lagikan..sbb kenderaan tak byk..sedaplah pemanduan dgn berhemah..sekali lepas susur keluar spg renggam..skit lagi aku nak xcdnt ngan treller..nauzubillah n syukur sesgt bila Allah pjgkan umo kami sekeluarga..

mcm nie citernya..masa smpai 100 meter lepas susur kuar Spg Renggam tu, aku nak motong satu treller nie..sbb dia dok follow belakang satu lori yg baru nak susur masuk..pastu entah cm ner..tetiba jerk dia leh bg signal nak potong lori tu..masa tu aku dah 3 suku body "gajah" kat belakang treller..yg utg masa tu nasib aku dan treller tu tak laju mana dan nasib baik lagi dekat penghadang tgh tu, space dia besar jd leh la aku larikan skit kesitu..klu dia laju mau belakang treller yg kosong tu paut "gajah" smpai terpelanting kat divider tgh tu...mmg ngeri aku pikir2 balik...dah le belakang ada kenderaan laju yg lain..mmg nasib aku baik masa tu..alhmdulilah..syukur sgt..tp yg kesian abah aku lah..dia tgh sedap2 lentok2 tido tetiba anak dia bunyi hon pjg kat treller tu..siap terkejut terus pegang tgn aku..punya terkejut..nasib baik abah tak angkat handbreak tgn mcm selalu dia buat tu..klu tak, tak tau lah...kesian kat abah..

tulah wlpun kejadian tu tak ada melibatkan xcdnt tp hampir mengundang xcdnt yg lagi bahayanya keadaan jalan yg agak licin dan basah byk menyumbang kearah itu..so, kawan2 berhati2 la..walau dimana anda berada...kerna malang itu tak berbau..


11 Ogos 2009

mai-mai..pisang panas..jom menang iphone :)




salam kengkwan
selamat sore n kabare..=)

lawa tak iphone kat atas tu?..
klu la leh jd milik aku alangkah bahagianya...(perasan la tu)
korang semua suka tak?..
kalu suka meh la beramai2..
masuk contest anjuran exabytes nie..

tadi aku masuk kat blog tuya..
dia pun masuk contest tu juga..
so, ape salahnya aku ikut sertakan..
manalah tau tuah ayam..he3

kalau korang nak try2 cuba nasib nak menang..
jom isi borang kat sini
mana tau ade rezeki kan..
kalau x dapat pun x pe.
x kuor modal mana pun...

so, ape yg perlu korang buat ialah isikan form yang dia bg kat laman web exabytes tu..
letakkan aku sbg referer email u all masa isi form tu..
dekat bhgn bwh sekali..

mydream_iza@yahoo.com

lepas tu korang akan dpt fedback dari exabytes dekat email korang
then..
korang copy html coding dia
and
letakkan kat blog korang ok..

tadaaa...
ia akan menjadi seperti di blog aku belah kanan atas tu..okey..
ape tunggu lagi?..
meriahkan kemerdekaan tahun nie dgn hadiah yg tidak disangka2
selamat mencuba..

bak kata bidalan
"ekau menang..
den pun menang sekali" =)




09 Ogos 2009

waktu mahgrib tutup lah pintu...


korang nampak tak ape yg aku nampak?..


kalu tak nampak..korang better g klinik check mata korang ok..huhu

salam kengkawan..hr nie aku bersiaran di cc area bt pahat jhr..

pic2 dia atas nie aku dpt dr email sorang teman baik aku..
aku tak surelah pic nie mmg benar2 terjadi atau macamana..
tp klu betol la..nauzubillah..mmg mengerikan..
aku pun takot nak balik mlm dah mcm nie..
so kengkwn..hati2 la yerk..klu kat umah maghrib2 tu g la solat..jgn la duk tgk tb lagi k..
nasihat ikhlas dr aku utk korang dan diri aku sendiri..
adios..andre2 yaribba..

07 Ogos 2009

semalam kalut..hr nie sentimental rock..

bertemankan hujan di pagi hari
aku melangkah malas utk ke tempat kerja
sampai di opis aku mulakan rutin ku sbg
penyambut tak beberapa nak tamu...

dlm kebosanan yg agak terlampau
dan kekosongan perut yg berpuasa
maka aku pun mulakan langkah
membuka blog kengkwan..(mana yg aku sempat)
dan mematuk2 keyboard utk meluahkan bicara rase

kemudian aku pun sambil2..
membersihkan segala jadah haram..
folder2 yg tak berguna lagi..
baru ringan skit pc aku nak berlari pecut..

dan setelah semua aku siapkan..
aku menjelajah pula ke youtube..
sbb kepala dok igt lagu ku dihalaman rindu
so..apelagi layannnnzzzzzz...



Tu jek kojah nak habaq...hehe =)



jom layan rock kapak..

KU DIHALAMAN RINDU

Di tengah kepekatan malam,
Berdiri aku dihalaman rindu,
Dihembus kenangan lalu,
Menjelmalah seraut wajah,
Sekuntum bunga yang pernah kupuja,
Tapi layu akhirnya,

Inginku tembus tembok silam,
Dan membaiki kesilapan kita,
Yang tiada kita rasa,
Dahulu maaf tak bererti,
Darah muda menguasai diri,
Begitu mudah membenci,

Ku dihalaman rindu,
Hanya berteman bunga yang layu,
Ku dihalaman rindu,
Tiada harum,
Tiada madu,
Oh kesalku membeku dikalbu,

Ku dihalaman rindu,
hanya berteman bunga yang layu,
Ku dihalaman rindu,
Tiada harum tiada madu,

Oh kesalku membeku dikalbu,
Oh kasihku penawar rinduku,

Oh kasihku hanyalah untukmu,
Oh sayangku penawar rinduku.


kumpulan lefthanded
tahun: aku tak tau

06 Ogos 2009

kalut lagi ribut...




hai kengkawan...

cm nie la bila dah kalut malut..
lain di tnya lain dijwp...
lain yg disoal kuar lak ayat lain jwpnya..

hmm..
org terangkan benda lain
aku bg tau bnda lain..

hai kojah
nape lah ko kalut2
ribut2 nie....

mendung tak ada
hujan tak ada leh jd cm nie...


adios amigos- kojah-

04 Ogos 2009

shopping yg pelik..

salam kengkawan...

hari sbtu hari tu aku g carefour batu pahat..tu pun sbb teman akak sue..kwn serempitan g belanja..bukan sekejap2 dia belanja makan dua jam...
letih aku dibuatnya...aku nie lain skit...bila nak beli brg tak adalah nak tgk satu2 details sgt..jenis kak sue nie...jenis nak budget2.. sbb dia kan further stdy ..so byk koskan..ngan anaknya yg 5 org tu lagi...mmg kesian..


byk jugak item yg kita org beli..aku pun tumpang sekaki juga..beli brg skit2..dah alang bwk troli tu kan...pastu lepas jerk kak sue ambik 2 bungkus besar pampers anak dia..kita org didatangi oleh sorang pompuan nie...dia kata "kak, nak g byr brg ekk...leh tak swap pkai kad kredit sy?.."...aku ngan kak sue tercengang..ape kejadah pompaun nie baik sgt..dlm pale otak aku ckp cengitu...pastu dia bebel2 ape ntah ngan kak sue...


dia kata dia n laki dia ada buat bisness htr pampers, brg2 harian yg lain ke kem2 askarlah..umah anak yatimlah, hospital lah...ntah la aku tak paham..bisness ape ntah dia..pastu dia kata tpt2 cm nie susah nak beli byk2 brg2..paling kuat pun 2 items..kak sue ckp dah dua kali dia nmpak org tu tegur dia kat tpt yg sama...memula kak sue takut gak...tp org tu dah sibuk2 jerk nak tolak troli kak sue, biar jerk la....kak sue kata klu dia nak ambik brg kita org pun pkai kad dia ..kita org tak rugi ape2...kak sue ckp, agaknya dia nak ambik pampers lagi...tp bila settle byr..tak ada luak atau lebih pun brg kita org...pening..


cuma aku mushkil kat sini..buat ape nak tolong swap pkai kad kredit diakan...pastu dia nak duit tunai dr kak sue...hai pelik2...korang penah terkene tak mcm nie?...ape yerk sbbnya...bisness ape leh buat cmtu...nie masih pening pikir pasal nie..sbb tak tau ape sebenarnya pompuan tu nak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails