29 September 2009

murah rezeki..alhamdulilah



alhamdulilah...
murah rezeki hari nie..
pemberian seorang client..
walaupun skit..
cukupla utk aku sorang..
jemput kawan2 merasa..:)




semlm pulak dpt la benda nie...
aku tak tau nak panggil dia coklat ke ape
sbb dlm dia inti kacang...
luar dia salut coklat putih..
pemberian dari opis mate..
sbb bf dia ada kilang coklat..sedap juga..:)

--------------------------------------------------------------------------------



selalunya tetiap tahun selama dah 3 tahun aku keje kat sini aku bwk kuih raya..
tahun nie ndak ada kuih yg ku bawa..sbb aku lupa kuih ndak ada drumah sudah..huhu
dah 2 hari dia org tak tnya..kira selamat lah..hehe
insyallah ada rezeki lebih aku belikan kamu kuih raya yerk..
walaupun waktu itu sudah raya haji..:)






ini adalah salah satu kuih kegilaan ku..
letak la bape byk balang pasti aku boleh menghabiskannya..
dan bila pndang kuih nie..aku igt kat seseorang..kami punya kegemaran yg sama :)



notahati: tahun nie juga first time dpt duit raya..sukanya tau..tp dh abis buat beli something yg berharga..:))

bila dh lama kemaruk cuti..

aduhai..td pagi aku cm biasa htr email ke main opis kl..
tau tak ptg nie bos ckp ape..
niza..pg tadi u send email..tajuk lain dlm lain..
ha??..muka pucat cm tak ada darah..
tp pastu bos ckp lagi...
tak per la..dlm isi betul tajuk jerk salah..
aduhai...malu gilos dah ngan bos..nampak la..aura raya masih lekat bagai kat diri aku nie..
eh budak babam..wake up!!!..masa utk keje..bukan time makan kuih raya lagi ma...huhu

nie nak kene tukul pale nie baru sedar gamaknya..

huyeah...

bersambung ngan citer semlm tu..
tadi aku g kedai runcit area tpt keje aku nie..
dh lama aku tak kesana sebenarnya...

masa duk sibuk belek2 brg2 kat situ..
uncle tu duk perati jerk kat aku..
tp aku buat duno jerk..

smpai la masa nak byr kat kaunter tadi..
dia tnya..u sekarang sudah kurus..
terkejut aku dgn soalan uncle tu..
ye ke uncle?...
dia senyum..pastu dia ckp dulu u satu masakan gemuk sgt..
puasa ekk buat u kurus?..tnya dia lagi
yelah uncle..pastu ada sakit skit...
aku senyum trus berlalu setelah byarn dibuat..

igtkan ada yg tak perasan aku mula mengecut skit :P..hehehe

28 September 2009

hari nie mula keje...

hari nie hari yg mcm2 rase ada..
malas nak g keje...
tapi dah boring asyik terperap jerk kat umah..
baik g kejekan...
leh la update blog yg dh bersawang gawang nie..

kawan2 ape khabarnya???...
mesti semua makin bertambah berat badan sbb makan bykkan...
termasuklah aku..huhu
baik mengaku jerk..cm aku

hari tu baru jerk berat aku turun..
la nie mcm dipam2 lak rasenya..
aduhai badan..
nape lah ko cepat naik...
cm ner nak maintain nie...

sapa ada petua...
mai habaq kat cheq...

email kawan..

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ......

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an".

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.

Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu SYIRIK terhadap Allah s.w.t., MEMBUNUH orang tanpa hak, membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim, LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN dan SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN" (Riwayat Ahmad)

DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN

Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)

SEMBAHYANG LIMA WAKTU

Ada riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SEMBAHYANG itu adalah perkara pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!! Jika BAIK maka baiklah segala amalan!!! Jika BURUK maka buruklah segala amalan!!!

JAGALAH SEMBAHYANG ITU IBARAT
NYAWA KAMU SENDIRI!!!

Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua.....
Wallahu'alam Bissawab
Wassalam!!!

18 September 2009

Panggilan Hangit..

Salam Jumaat utk semua kengkawan di alam maya ini...
cmner persiapan menjelang saat akhir nak raya nie...
dah siap ker atau masih tercari?..
diharapkan semua dlm keadaan baik2 belaka hendaknya yerk..:)

Semlm petang balik dari keje, cadangnya nak pergi window shopping, tak pun menshoppingkan diri skit..aku g dekat area bandar bp jerk..dekat kedai green point..kat ctu byk baju kurung, baju melayu budak2 dan dewasa..harga pun tak la mahal sgt..berpatutanlah..tp bukan ini yg aku nak citer sebenarnya...

Masa aku sibuk2 dok belek2 baju2 kat situ..tetiba aku dpt panggilan dari seseorang yg mengaku dia adalah pegawai dr sebuah bank..

dia: Selamat petang..leh bercakap ngan cik eiza?
aku: Selamat petang..siapa yerk disana? ( muka aku ada mcm pelik2 gaban gtu)
dia: Saya Kamarul dari Public Bank ..ni cik ada buat permohonan kad kredit yer
aku: (sudah..aku dah berkerut2 kening..mikir mana aku ada mohon kad kredit..gaji aku bukan byk pun)...encik boleh sy tau nama penuh sy dlm permohonan tu tak encik?
dia: nama dia *&^&*&...ha tulah namanya
aku: ape dia encik..sy kurang jelas...boleh bg tau sekali lagi
dia: namanya maslina hassan..tp kwn cik yg apply kan..
aku: (sudah..pesal nama aku pelik sgt...) maaf encik..nama tu bukan nama sy..tp cmner no telepon dia sama ekk..encik leh bacakan alamat tak...
dia: boleh2..bukan ke awak ada kawan nama Fauzie Bin Abu Talib..alamatnya Kg Pasir..blah..blah...JB..awak kenal tak dia nie?...dia bg alamat awak prt sulong..betulkan?...
aku: ooo..kenal encik..tp nape dia tak ckp dia nak buat kad kredit..dia nak guna nama sy sbg ape encik..penjamin ker...(tp setau aku kad kredit mana pkai penjamin cm nak beli kete)
dia: sebentar yerk...nanti sy tnya bos
5 minit berlalu
dia: cik eiza..mintak maaf yerk..
aku: takper...cmner encik
dia: cik eiza sekarang kat mana?
aku: sy kat bandar muar nie..tgh shopping....(aku tipu dia..huh)
dia: tak jauh ker?..cik eiza dah ada pakwe.?
aku: nie sapa nie....
dia: nie cik eiza ngan sapa?..sorang ker ngan pakwe..cik eiza ada pakwe?
aku: eh nie sapa nie..tetiba tnya mcm nie..encik nie nak berkenalan ke ape?
dia: sy kamarul lah dr public bank
aku: awak nie kwn sapa nie...nak kaco2
dia: hai tak kenal kawan ker...
aku: ha???...sapa nie?
dia: la kwn sendiri pun tak igt....Fauzie lah..
aku: kurang asam ko...kenekan aku...dah bebaik aku tgh syok nak shopping ko kco...nasib bukan panggilan hangit dr radio hot.fm..klu tak malu aku...
dia: ha tulah suara aku pun ko tak cm...ko kemana jerk nie..
aku: nak g shopping la..tadi aku dah ambik tp lum bayar..pas ko call terus aku kuar..la nie dah malas aku nak masuk balik..aku nak balik umah terus...
dia: oklah..hati2 balik tu...sori lah tadi aku gurau jerk..hehe
aku: yerlah ko...bikin aku pusing jerk tau..nanti aku report tunang ko baru tau..
dia: alah ko nie..oklah..salam

bertuah punya kawan...yer2 aku fikir aku ada jamin ke..atau ada mohon kad kredit..legalah aku tak ada masalh itu...mintak2 lah jauhkan...tak nak terjebak ngan kad kredit..nanti aku gila shopping..keh3..nak byr pulak nak pkai ape..alamat abis aku cabut tayar milah satu2 jual..huhu


notahati: berhati2 lah jgn mudah percaya sesapa..nasihat iklhas utk diri sendiri...huhu

16 September 2009

cerita nak raya...

malam tadi lepas berbuka puasa..aku macam biasalah sibuk mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk..lepas siap semua aku buat ape ekkk??....owh..aku dok menerai baju raya yang aku ambik semalam dekat umah kerani tempat aku merempit sabtu ahad tu..tp..malangnya..baju lawa cantik jelita aku tu sudah bertukar jadi huduh dan baju yg tak lawa tu leh jadi jelita lak..aduhai...nasib baik mak dia ambik harga tempahan tak mahal sangat..kira ngam2 choi la...cuma sedeynya baju yang cantik jelita itu aku suh makcik tu buat ikut baju contoh yg aku bagi.. la nie dua2 dia bg tibai cerut kat tgn tu.. mmg sedey.. rase dunia gelap gelita sekejap...tulah gatai2 nak buat bju pesen sapa suh..lepas nie rase tak nak lagi buat bju moden2 nie..sbb tak kene ngan jiwa aku..huhu..

pas siap semua tu aku duk tolong mak pasang langsir kat ruang tamu umah tengah..alahai gemuk betul bdn aku..nak panjat2 nie dh tak blh nak imbang dah... rase macam berat jerk badan..padahal hari tu diet sakan sbb akukan sakit..nie mesti penangan munjung yg byk sbtu ahad lepas tu..klu aku tak makan sapa lagi nak abis kan yer tak..

berbalik citer pasal langsir tu... level susah telah dibereskan semalam...nie pasang langsir tahap dawai lak..kira level senang lah nie...pasang punya pasang..sampai la kepada pemasangan utk pintu bilik...pelik tau langsir mak aku nie..tiap2 tahun mesti bg masalah kat aku nak memasangnya..bukan susah ape..dianya ketinggian selalu tak relevan ngan 3 pintu bilik tu... asyik singkat jerk.. dh jd seksi..he3... mak siap ckp gaknya tiap tahun dia makin mengecut kot.. tu sbb makin senteng jerk...alahai mak berdekah2 aku gelak ngan penyataan mak aku tu..mak aku leh buat senyum kambing jerk..keh3..klu pasang yg sangkut besi tu lagilah aku geram..nak masuk kat lubang getah tu dah la selalu fail jerk..pastu time nak sangkut asyik tak masuk jerk..sbb kdng2 longgar kdng2 pendek..tarik2 mau tanggal tpt penahan dia tu aku kejekan....keh2..mcm2 gelagat lah nak masang langsir nie..

dan buat pertama sekali semlm abah pasang pelita..selalu aku ngan edy jerk yg pasang...suka aku.. sbb cdgn aku pasang kat pokok pinang tu..diguna pakai oleh abah..yer la nak cari kayu sapa nak cari..last2 cucuk paku kat btg pokok pinang tu ha..abis citer..senang..hehe...bak kata upin dan ipin betol3..:P

Kad raya ku untuk mu...

Kehadiran sebuah memori ini
kulayangkan kad peganti diri
agar persahabatan ini tetap diingati




Salam kawan..
semoga ceria dan happy sbb raya nak dekat dh nie..he3
so, oleh kerana lagi 5 hari lagi kita akan menyambut hari lebaran..
maka dgn gigihnya aku telah menyiapkan sekeping kad yg begitu xclusive dari aku utk kwn2 sekalian..

Pulau pandan jauh ketengah
Gunung Daik tinggi sekali
Kalau ada silap dan salah
Jgnlah simpan dlm hati

Marilah kita bermaafan
Semoga ikatan akan diberkati ilahi..amin

Di harapkan kengkawan sudi mengambilnya yer dan tampal di blog kengkwan sbg tnda ingatan dr eiza in the house..terima kasih :)


14 September 2009

apa kata malaikat andai...

Penyimpan Mohor2 Besaq....Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...
untuk Sebulan (
No Overtime!! and No Replacement! !! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :
- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan
yang suruh!!
-Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn
!!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan
yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan
yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan
yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan
yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan
yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan
yang dok cucuk!!
Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk
UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin...... .....Renungkanla h..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk
BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!! ...Tunggu Sapa lagi.....
Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....
Ada juga yg dok merungut Zakat mahal ......Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!..
Tolonglah Manusia ooiii....... Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....


cerita posmen lagi....

salam kengkawan..ape khabar semua hari nie?...
moga semua semakin gembira..sbb tak lama lagi nak hari raya...
macamana persiapan...sudah siap berapa peratus?..


tadi ada satu pakcik posmen nie dtg hantar surat...

cm biasalah dia htr surat register yg mesti kene sain aku..so aku ambik lah cm biasa dan terjadi lah perbualan yg tak disangka2

pakcik posmen: wah sedap eh duduk dlm nie... pose2 nie..sejuk jerk...

aku: tak best la..lapar (sila baca ala2 monyok)

pakcik posmen: yer ker?..

aku : yer...cuti bape hari pakcik raya?..

pakcik posmen: 3 hari la...

aku: start sabtu eh..eh silap ahad kan..ahad, isnin dan selasa kan?.. (sila baca ngan muka sengeh)

pakcik posmen: ko cuti baper hari?..seminggu ke?..

aku: a'aa...tp 3 hari lagi ambik sendiri...

pakcik posmen: abis balik mana..balik umah mak mertua ker?...

aku : tak.... balik umah sendiri jerk...(sambil tunjuk arah luar)

aku: mak mertua belum cari lagi lah pakcik...

pakcik posmen: nak suh aku tolong carikan?..(dia sengeh)

aku: tak nak!!... (dgn aksi terkejut dan mengeleng..smbil di tertawakan oleh pakcik posmen itu)


notahati: sebenonya aku nak bg tau korang..aku tak suka ayat last pakcik tu..tak suka..tak suka..tak suka...sob3...

11 September 2009

tazkirah diri...


-sekadar gambar hiasan-

alhamdulilah..semua masalah yg aku tanggung sebelum nie ...makin beransur beredar pergi...
aku harapkan ramadan tahun nie penuh keberkatan buat aku sekeluarga..ape yg terjadi tu jdkan pengajaran dlm hidup agar aku tak mengulanginya lagi..

buat kawan-kawan..moga kalian dpt rase kenikmatan dan kemanisan ramadan yg sebenar, supaya kita tak jauh dari Nya dlm menghadapi liku2 kehidupan ini..
aku doakan kalian sehat dan bahagia disamping keluarga teman dan insan2 yg tersayang..amin..
syg kalian..:)


:::Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya ::::


Salam kengkawan..ape khabar hari nie?..moga semua ok2 saje hendaknya..amin..:)
dekat bwh nie ada cerita teladan yg boleh kita kongsikan bersama..
kali nie aku janji...tak buat lawak lagi tau, cm hari tu..he3
cuma diharapkn jgn ada yg menangis pulak..nanti ngadu kat za batal puasa lak..:P
meh2 kita baca email dari seorang kwn eiza nie yer..:))


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara..Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik, kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?....Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.
Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim..Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri.. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.
"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi!... Engkau rupanya!... Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.
"Aku tunggu kau baliklah!.. Wah!.. Orang UK!.. Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.
"Biasa la! zaman beredar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga kebawah... Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.
"Apa kena dengan kau ni?.. Apasal kaki kau tu?.. Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.Naim kelihatan murung.
"Aku memang ada masalah pun.. Eh!.. kau ni terus balik rumah ke?"..Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"... " Ala! singgahlah rumah aku dulu!.. Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!".. pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim!.. Pagi esok aku balik la!
..boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh?.. Kau duduk sorang je ke?.. Mana mak ayah kau?.. Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. "Inilah! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku!.. Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!".. Terkejut Raiz mendengar cerita Naim..
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!".. Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.
Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke!.. sakit ke!.. matipun diorang mesti tak ambil peduli!".. Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan
"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.
"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye!.. Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye.. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecildan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun.
"Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?"..Raiz memerhatikan sekelilingnya. . Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering.. Hanya daun-daun kering yang bertaburan.. Di tepinya terpacak batu nisan.. Raiz melompat bangun.. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak.... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segeramengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2008.. Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!!.. Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada!.. Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.
"Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!..



moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya khabar..lagi satu nak tnya korang..betul ker ada hantu ke tak mlm raya..huhu..sapa nak jwp??..

07 September 2009

Kisah tahi gajah..

Salam kengkawan..selamat berpuasa hari yg ke 17, moga Allah memberikan rahmat kepada kita untuk meneruskan puasa hingga keakhirnya..insyallah..

Cerita ini aku dapati dari email sorang kawan..tentang sebuah pernikahan disuatu masa dahulu...

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa.

Pada masa itu, sebelum majlis pernikahan pasti tok kadi akan menanyakan beberapa soalan seperti soalan semasa diintrview di pejabat kadi..soalan2nya adalah mcm kat bwh nie..jom2 kita pie baca ape yg jadi seterusnya..

soalan yg diutarakan..
a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.


Berpeluh juga BEB.

Aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu.. Ram
ai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar..... Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengant
in tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu... bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,.. tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi.... tok kadi mula senyum....

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang
jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya
tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana .... taik gajah... besar betul... nak2 bila gajah makan durian.


1000 senyuman belum tentu menawan,

1 jelingan sudah bisa menimbulkan rasa benci,

membina persahabatan pasti akan makan masa yang lama,

meruntuhkan hanya sekelip mata...

semoga ramadan membawa keberkatan kepada semua...

selamat berpuasa dan selamat bersahur.

03 September 2009

AKIBAT TAK BERSAHUR & AKIBAT BERBUKA SECARA BERLEBIHAN

Hai kengkawan apa khabar utk puasa hari yg ke-13 nie?..
diharapnya semua masih segar bugar dan cergas yerk..

nie tadi aku bukak email..
ada ke patut mahkluk Allah nie nak masuk cmpur urusan manusia...
dia nak join jugak nie lah akibatnya..

meh2 kita tgk apa jadi..klu urusan manusia dicampur tgn oleh makhluk yg tak sepatutnya..keh..keh..keh..

*
*
*


----> waktu berbuka (akibat berbuka secara berlebihan)



tgk..klu cmnie nak g terawikh pun tak larat..hehe



---> waktu bersahur (terlupa nak sahur gamaknya)




peh, klu dah sedap tido..kejut sahur pun tak nak bgun..huhu


notahati: sekadar gurauan dipagi hari..moga bebunga ceria dihati anda :)

01 September 2009

sakit..


Salam kawan-kawan...ape kabar semua?..moga semua dirahmati Allah hendaknya selalu..amin..

Buat diri aku..alhamdulilah, semakin pulih seperti sediakala walaupun tak sepenuhnya lagi..batuk yg aku alami sejak 3 bulan lepas nampaknya makin reda dah sekarang..syukur sesgt..tapi ada pulak masalah lain..29.8.2009 aku pergi ke klinik semula utk pastikan apakah masalah aku sering dilanda batuk dan sakit tekak...kali nie tekak aku sakit sgt..mcm kene rodok ngan belati tajam..hanya tuhan jerk tahu sakitnya bagaimana..mak lah jadi peneman setia ku ke klinik..terima kasih mak..doktor bg tahu tekak dan hidung ku bengkak..ini adalah disebab kan masalah resdung yg kuhadapi selama nie..dan klu di biarkan dan terlewat buat pemeriksaan ..doctor ckp aku leh mendapat asma dan jangkitan kuman..nauzubillah..nampak mcm tak remeh..tp sebenarnya masalah ku ini hampir serius..




inilah ubat-ubatan yg doktor bekalkan kepada ku..tp doktor tu ada cdgnkan supaya aku mengambil spray utk hidung..sbb cepat skit dia punya kesan..tp sbb aku takut nak spray kat hidung, jadi aku mintak doktor bg ubat makan sahaja dulu..mlm pertama aku makan ubat ok..tp masuk mlm kedua.. sakitnya makin menjadi2.. muka nie mcm kene tumbuk saje rasenya..mungkin sbb pagi tu, aku mengajar dilitar seperti sedia kala n byk gunakan suara dan kebetulan mlm tu aku minum skit air kelapa ais..maka menjadilah sakitnya..esok pagi2 masa sahur..satu makanan pun aku susah nak telan..cuma minum milo jerk..mak cdgkan aku g spital pulak..tp aku ckp ubat lum abis lagi...tgklah klu tak baik jugak kene pergi spital lah jugak ikut cdgn mak tu..sekarang masa menulis blog nie pun aku tgh mamai..sbb sahur tadi makan ubat yg dlm kotak tu sbb ia leh menyebabkan mengantuk..tp dah sakit aku makan lah jugak..

sehari sebelum tu bro otai Bp ada call aku..bg tau Pakcik Kuntong sakit..terkejut aku dibuatnya..dia org tnya aku tak masuk blog dia org ker..maaf la bro, hari jumaat tu line kat opis lambat sgt..nak masuk satu blog pun susah..tu yg tak masuk mana2 blog tu...masa dia org call tu aku dah tido sbb dah rase bdn tak beberapa sehat... alhmdulilah bila aku htr msg kat pakcik Kuntong dia ckp dah sehat dah.. lega hati aku..Pakcik, klu sakit jgn lupa makan ubat yerk..terima kasih dekat bro Amirhamzah64, bro Zedmagel serta bro Lenz sbb prihatin dgn keadaan Pakcik Kuntong dan inform kat eiza nie..



notahati: klu kita sakit ada lagi org yg lagi sakit dari kita..terimalah sakit itu dgn keredhaan kerana ia adalah sebahagian dr penghapus dosa2 kita..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails