30 Disember 2009

musibah..

Musibah menimpamu lagi..
walau dalam kepayahan ko redha atas segalanya..

Syukur dirimu masih bernafas di sini..
memberikan ku ruang waktu untuk menyelami hatimu itu..
harapnya kau izinkan ku berbuat demikian nanti..

moga cepat sembuh doaku pada Illahi
dan moga kau mampu telusi hati ini...

29 Disember 2009

Detik itu..

Detik itu sudah tiba..
untuk ku melangkah pergi dari situ..
rasenya seperti tidak percaya aku tidak disitu lagi..

Ku harap..
langkah yg ku atur ini..
akan memberi sinar harapan dan kebahagian..
buat diri ku dan org yg ku sayangi...


Pastinya akan kurindui..
untuk selama-lamanya..

26 Disember 2009

Salam Pagi Subuh Kengkawan

sejak balik dr rewang belakang umah tadi smpai sekrang aku tak leh nak lelapkan mata..dan aku dok bertenet lagi td nie..wahai mata jom arr tido..karang dah subuh nak bangun..selamat pagi subuh semua...

25 Disember 2009

Rehat smbil duk tgk tb

Salam semua..buat firstime aku brsiaran dr umah menggunakn hp cap ayam aku ni.. korang tgh wt pe tu..ni aku tgh mgadap tb smbil mangkok kuih dribaan..peh,dasyt x aku..huhu
kawan yg kt bp x g dataran ke?,ada xpore tau..ayah aku pn turut serta kat sna tu,meh arr kalu x ada keje singgah ye..

24 Disember 2009

Majlis utk aku..


Salam kengkawan..redupnya cuaca kat sini..pekene kopi panas ngan pisang goreng enak jugakkan..tapi rase kenyang pulak lagi..sbb tadi ada majlis perpisahan utk aku..sob3..sedeynya

Tadi bertempat di Landmark Hotel, bos incharge kat tpt aku keje dan colleagues aku semua belanja buatkan majlis perpisahan utk aku..sungguh terharunya aku pada korang..mesti aku tak dpt lupakan korang lepas nie..tak sangka, dah lama juga aku keje kat ctu sbg penjaga pintu..pahit manis, memula buat keje yg aku tak ada pengalaman langsung, pasti takkan dpt aku lupakan sampai keakhir hayat..



sedapnya kawan2 aku makan tu..

Akhir kata maafkan lah segala silap salah aku semasa keje dekat company nie..rasenya aku tak adalah nak buat dajal ke hapa kat cni..cuma yg paling aku teruk lakukan..main chat ngan buat blog je masa keje..harap bos maafkan aku ye..sbb gara-gara tak ada keje sgt..so aku menjebakkan diri aku ke dalam freindster, facebook dan juga tagged..maaf kan aku sekali lagi andai ada kes2 bil telepon melambong..sbb aku hanya guna apabila hpku abis kredit atau urgent kes je..terima kasih BTMH kerana kau sudi mengambil ku dan memberikan seribu kenangan yg abadi buat aku..sekian..Cis..mcm nak baca ucapan bila dpt anugerah lah pulak rasenya..huhu

Pastu tadi ada sorang pekerja dari client opis dia call aku, mmg hari2 dia akan buat call kat opis , cari bos audit aku..dia terkejut sbb aku dh nak berhenti..dia tanya tak best ke, keje ctu..aku jwp la, bukan tak best..tp aku dpt peluang lagi baik dari ini..dia pulak dah lama keje kat tpt client tu hampir 13 tahun..tahan betulkan..pastu tadi dia mintak no hp aku..sbb dia kata nak jumpa aku.. dia kata tak penah tgk orgnya mcm mana..alahai...klu ko nak banje makan laei den mmg suka jo..hehe

23 Disember 2009

persoalan ini..

Mana bagus eh antara dua pilihan nie dlm mencari jodoh..
tak kira lah untuk anak dara ke, bujang ke duda ke atau janda..

pilihannya ialah
mana satu yg lebih bagus atau lagi baik..

antara
pilihan diri dan hati sendiri..
dengan
pilihan dan perancangan org tua..

sapa leh tolong huraikan sila angkat jari peace..
me kaceh :)

dah rezeki den..



nasi ayam KFC menu tengahari nie..nyumi..jemput kawan2..:)

Salam tengahari kawan-kawan..alhamdulilah..hari nie nampaknya langkah kanan g keje..sbb sebentar tadi anak didik ku yg ku ajar rempit itu telah lulus dgn cemerlangnya dlm ujian memandu..alhmdulilah..dan tadi dia baru je menghantarkan KFC ke opis ku..suka sgt..dpt org banje nie bukan senang..

Dan berita kedua gembira..akak ngah aku dah boleh balik hari nie..so jap lagi, aku nak kene hantar dia balik umah mak jap..sbb laki dia keje..nie dia tgh uruskan procedure nak kuar wad dulu..alhamdulilah semuanya dah settle..:)

syoknya..



from google search

malam tadi aku chat ngan beberapa org kawan...adalah satu kwn baik aku nie bg soalan utk aku perdebatkan..mulanya mcm bengang gak nak jwp persoalan dia tu...tapi bila aku dah jumpa key point dia..mak ai..non stop aku menaip kat laptop tu..tapi tetiba..."blurp"...nape gelap je skrin laptop nie..tak ada eletrik ke..tp klu tak ada, nape bilik aku terang...hahaha...aku gelak sendiri, bila aku tgk penyambung charger laptop tu aku pasang tak rapat..ptt le arus eletrik dari plug tu tak masuk..hampeh tul la..ilang skit idea yg bernas dari kepala hotak aku nak kuar mencurah2 mcm td..

last2 cepat2 pasang balik n sambung berhujah kat dlm hp lak sementara tunggu laptop tu bgun tido..kan dah kene ngan kwn aku tu dia kata "makcik nie bg hujah bernas sgt, smpai lupa charger laptop dia"...hehehe..nasib baik aku tak nampak muka dia...klu tak mau aku baling bantal gamaknya..tu pun dah blusher2 rasenya pp aku nie..

maklumla pakai laptop pinjam..bukan retinya bila bateri dah nak kong..tp puas la juga..walaupun tak ada tenet kat umah..guna hp aku je..buat tenet mudah alih..rase syukur la sgtnya..leh tgk blog kawan2 wlpun kdg2 susah nak dlwd ruangan komen tu..x pe lah sementara tuan tanah kedaung laptop tu belum balik stdy..baik aku guna smpai lebam..hehe

22 Disember 2009

masuk wad..


Hospital Pantai Batu Pahat

Semalam petang kak ngah aku masuk wad..doktor kata kak ngan kena radang usus..sakit nie atas sikit dari gastrik kot..mungkin 3-4 hari nie dia kene dok wad.. sbb doc kata, kene masukkan antibiotik tu smpai ok n bila dah stabil baru leh ambil tablet dan balik umah..tak tau la kak ngah tu makan ape..leh jd cm tu..padahal baru balik bercuti kat KL..(smpai hati tak ajak alang ekk..sob3 :( sedey den.huhu)

masa dia smpai kat depan spital tu dia mmg dah lembik abis ..abg ipar pulak mmg dah awal2 suh aku kuar opis jap..sbb dia pun takut nanti dia pun ikut lembik juga..so aku dah siap2 lah tunggu kat spital..pulak hujan lagi..kira thrill juga la nak selamatkan nyawa org nie..hehe perasaan tol la..mujur anak2 dia tak ada..duk umah pengasuh kat Parit Hailam.. senang lah urusan ke spital nie..

dekat 1 jam juga kak ngah kat wad kecemasan..pastu baru le transfer ke wad..kebetulan mak abah baru balik trapi kat area carefour, terus la jenguk kak ngah kak spital..tu pun aku yg bg tau..anak2 kak ngah pulak ptg semlm aku yg uruskan, ambik kat umah pengasuh dia, pastu bawa balik umah dia org kat Prt. Botak utk ambik baju2 semua..dah siap2 baru bertolak semula g ke spital..mujur semlm bos yg pompuan tu tak ada..klu tak susah aku nak lepas..huhu..



nie masa mula-mula kak ngah pindah kat wad
mmg nampak dia tak berdaya sgt..



katil lagi satu kosong..
mlm abg ipar tak leh jaga..
so kene balik umah mak lah



kebetulan view kat wad kak ngah tu best sgt..
dpt tgk gunung kat situ..ayah kata umah nie..
umah Lee Kwan Yue..huhu
tak tau la betul ke taknya..




kebetulan pulak abg long baru balik dari Melaka dan mmg nak singgah kat BP nie..
so, semua adik beradik ada dan dpt jenguk kak ngah kat spital..
Syukur abg long dah dpt kete baru dia..cantik..
cuma tak sempat nak bwk n duduk dlm tu..
sbb pagi2 nie tadi abg long nak bertolak balik ke Kota Tinggi..
sbb ada keje kat sek nak uruskan sebelum sek naik..

21 Disember 2009

mimpi indah..



hari tu..
aku bermimpi bertemu mu..

walaupun..
hanya bayang mu di balik cermin..

tapi aku tahu itulah kamu..
wahai kekasih hatiku..

16 Disember 2009

tak ada keje cr keje..



alahai kojah oiii..
ape kehel ko kco semut duk bebaik kat dlm umah dia tu..





nie lah akibatnya bila dah tak ada keje
sbb masa nie bwh pokok pinang dekat kwsn belajar parking..
bebudak semua dh pndai so pantau je lah..

ternampak lubang tu ape lagi..terigt le zaman kecik2 dulu
rupa2nya skill mengacau semut masih terror lagi..hehe

Dengarkan nombor itu :)



- "dengarkan bisikan angin bayu"..(nyanyi mcm Anuar Zain eh)..hehe..
- sepatutnya baca tp dia tulis dengar...senyum kambing aku dibuatnya..
- alahai pakcik blogspot nie..buat lawak lak pepagi nie...





- nie den dapat masa nak balas komen kengkawan kat blog den..

15 Disember 2009

membilang hari..



aku membilang hari untuk ke situ..
adakah diriku mampu mengapai cita di hati..

di daerah ini semuanya bermula...
sakit jatuh, suka duka, jerih pedih
, kasih cinta dan rindu dendam...
banyak yang ku kutip dari sebuah kehidupan di sini..

itu belum mampu membuatkan aku kuat..
kerna aku bukan seperti kalian

lambat untukku menyedari hakikat hidup..

tapi
aku perlu pergi..
melangkah
demi sebuah masa depan...

kenangan
terindah itu akan ku abdikan..
yang hitam itu akan kuburkan sedalam-dalamnya...

11 Disember 2009

x ada tajuk

Andainya aku pergi tak kembali...
sudikah kau memberi satu tanda padaku...
bahawa kau takkan melupakan aku utk selamanya?...

10 Disember 2009

Buang ibu demi maruah sendiri..

PUTRAJAYA: Ibunya sudah menjengah usia senja, namun si anak yang tidak mengenang budi sanggup menghantar wanita berusia 84 tahun itu ke rumah kebajikan.

Semuanya berlaku selepas mengetahui sejarah hitam wanita yang mengandung dan membesarkannya itu pernah menjadi ‘kupu-kupu malam’ bagi menyara tiga anak selepas ditinggalkan suami.

Bukan itu saja, anak bongsu lingkungan 40-an yang mempunyai pangkat, kedudukan dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung tidak pernah menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua pada 2007, sehinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun kemudian.

Sebelum ini, wanita terbabit dijaga anaknya selepas ditinggalkan suami beberapa tahun lalu, tetapi hidupnya menderita apabila dilayan tidak ubah seperti sampah sejurus lelaki itu tahu dia pernah melacur.

Malah, bagi mengelak nama baik dan imej keluarga tercalar, lelaki terbabit secara sulit menghantar wanita tua yang dilayan seperti peminta sedekah itu ke rumah kebajikan dan terus memutuskan hubungan dengan manusia yang begitu banyak berbudi kepadanya sebelum ini.

Anak derhaka yang memiliki beberapa kenderaan mewah termasuk Mercedes Benz terbabit dikatakan seolah-olah tidak mahu mengaku wanita itu ibunya ketika menghantarnya ke rumah terbabit kerana malu selain mengelak nama baiknya tercemar jika pengurusan rumah itu tahu ibunya pernah menjadi pelacur.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terpelajar itu didedahkan Pengasas Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti, dekat sini, Muji Sulaiman, semalam.

Muji berkata, anak lelaki bongsu wanita itu menghantar ibunya ke pusat jagaan terbabit ketika wanita itu berusia 84 tahun selepas mendapat maklumat ibunya pernah melacurkan diri selepas ditinggalkan suami, semata-mata kerana mahu menyara anaknya.

“Lelaki itu memberi alasan malu mempunyai ibu yang pernah menjadi pelacur.

“Apa yang menyedihkan dia menghilangkan diri dan tidak lagi menjenguk ibunya sehinggalah wanita itu meninggal dunia baru-baru ini,” katanya.

Muji berkata, dia yakin anak wanita itu mempunyai kedudukan sama ada dalam syarikat swasta atau kerajaan berdasarkan penampilan dan kenderaan mewah dipandu ketika menghantar ibunya ke pusat berkenaan.

Menurutnya, bagi mendapatkan kepastian tuduhan lelaki itu, beliau menyoal sendiri wanita berkenaan yang kemudian mengaku pernah terbabit pelacuran kerana kesempitan hidup bagi menyara persekolahan dan perbelanjaan harian tiga anaknya.

“Sebelum menghembuskan nafas terakhir, warga emas itu mengaku menjalani kehidupan yang cukup daif, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang selepas ditinggalkan suami ketika anak masih kecil.

“Wanita itu memberitahu, dia terpaksa berlapar bagi memastikan anaknya dapat makan kerana wang dimiliki hanya cukup bagi membeli makanan tiga anaknya,” kata Muji sambil menitiskan air mata.

Muji berkata, wanita itu mengaku dia terpaksa melacur kerana tidak sanggup melihat anaknya menangis kelaparan.

Menurutnya, walaupun menyedari perbuatan itu menyebabkan dia dihina masyarakat, wanita berkenaan terpaksa melakukannya bagi menyara persekolahan dan kehidupan anaknya.

“Saya difahamkan, tidak ada ahli keluarga wanita itu mahu menjaganya selepas mengetahui dia pernah menjadi pelacur bagi menjaga maruah keluarga masing-masing.

“Walaupun sedih, wanita berkenaan reda dengan perbuatan anaknya yang tidak mengenang jasa ibu,” katanya.

Menurut Muji, anak lelaki wanita itu tidak sepatutnya membuang ibunya kerana wanita itu tetap ibu yang melahir dan membesarkannya walaupun terpaksa berdepan pelbagai kejian dan umpatan masyarakat.

“Apa yang dialami wanita ini kenyataan yang dicerita sendiri kepada saya dan tidak menyangka masih ada anak sanggup menyisih ibu yang melahirkannya sehingga wanita itu meninggal dunia tanpa seorangpun ahli keluarga di sisi.

“Sebagai anak, kita sepatutnya membalas jasa ibu, bukannya membuang mereka seperti sampah,” katanya.


09 Disember 2009

...




maafkan aku..
aku ingin menangis
izinkan lah...

ape kes?..

Salam semua..tadi ada masa sebelum masuk keje jalan2 kat youtube..tetiba aksi2 nie membuatkan aku rase macam sengal jerk perbuatan dia org nie..jomlah kita lihat..org yg suka memain walaupun dlm kerja yg perlukan tumpuan penuh..aduhai..jomlah layan..


08 Disember 2009

Serabut..




Sehari dua terasa diriku agak begitu serabut sekali
dengan kerja, masalah sendiri dan juga masalah2 lain..
aku terasa kosong..
ingin bermanja pd yg sudi tapi tiada disisi..

Malam tadi seawal 8.00 mlm aku sudah membaringkan diri
terasa semua sendi2 ku sakit bagai tertusuk duri
tekak pula bagaikan menelan pasir
terasa amat perit sekali..

Hari ini fikiran ku menjadi serabut lagi
dengan kenyataan yg kakak ku beri
membuat aku rasa nape perlu menjadi begitu masalah ini
aku rase sedih dan pilu

Moga Allah kuatkan hati ini..
untuk melalui liku2 hidup yg baru ingin bermula
dengan seribu rahmatnya
moga ada sinar bahagia untukku dikemudian hari..
Amin..

03 Disember 2009

Ferrari World Abu Dhabi taman tema terbesar di dunia



- taman tema terbesar di dunia -

KUASA dominan Ferrari dalam litar perlumbaan Formula One kini diteruskan dalam persekitaran berbentuk taman tema pula.

Ini kerana Ferrari bakal mempunyai taman temanya yang tersendiri di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjelang tahun 2010.

Ferrari World Abu Dhabi (FWAD) adalah taman tema Ferrari yang pertama di dunia.

Lebih membanggakan, ia bakal menjadi taman tema dalam terbesar di dunia menjelang 2010.

Menurut Pengarah Jualan FWAD, Fabien Laurent, idea dan pembinaan taman tema gergasi ini bermula pada November 2006.

Katanya, FWAD yang bertemakan Ferrari dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

"Para pengunjung dapat menghayati keghairahan, prestasi, kecemerlangan dan inovasi teknikal Ferrari apabila menjejakkan kaki ke FWAD," kata Laurent ketika ditemui di hotel Centrol, Abu Dhabi baru-baru ini.

Laurent memberitahu, Abu Dhabi dipilih sebagai lokasi ideal FWAD kerana ia terletak di persimpangan Eropah, Asia dan Afrika.

Katanya, sukan pemotoran juga amat diminati di UAE dan dengan pembukaan FWAD, penduduk dari UAE dan lain-lain negara berpeluang merasai Ferrari dengan cara unik dan seronok.

Dari jauh, FWAD kelihatan seperti kereta Formula 1 gergasi kerana ia berbumbungkan kerangka badan kereta Ferrari GT.

Ia berkeluasan 3 dimensi (3D) sebanyak 200,000 meter persegi.

FWAD terletak di Yas Island, bahagian timur laut Abu Dhabi.

Yas Island terletak sejauh hanya 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Abu Dhabi, 30 minit dari bandar Abu Dhabi dan 50 minit dari Dubai.

Atau, lokasi FWAD adalah bertentangan dengan litar perlumbaan Formula 1 Yas Marina.

Ia mempunyai logo Ferrari terbesar yang pernah dicipta setakat ini, iaitu 65 meter (m) x 48.5 m.

Jika litar perlumbaan Formula 1 Yas Marina menjadi gelanggang Etihad Airways Formula 1 Grand Prix di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, FWAD pula ialah "litar" untuk anda bersantai!

Ferrari World Abu Dhabi menawarkan pengalaman luar biasa Ferrari kepada pelawat daripada semua peringkat umur.

PENGALAMAN FERRARI

Boleh dikatakan ia memberikan pengalaman Ferrari paling lengkap. Lebih 20 tarikan utama terkini disediakan.

Antaranya, roller-coaster terlaju di dunia dengan kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Anda seolah-olah duduk dalam kereta Formula 1.

Bukan itu sahaja. Alamilah tekanan G-force (kuasa graviti) apabila para penumpang roller-coaster meluncur naik setinggi 62 m melewati bumbung taman tema FWAD ini sebelum menjunam ke bawah.

Selain itu, cuba pensimulasi perlumbaan terkini, sama seperti yang digunakan oleh pasukan pelumba Ferrari.

Anda juga boleh mengembara dalam "enjin" Ferrari 599. Saksikan pergerakan piston serta aliran minyak.

Selepas memahami selok-belok enjin, apa kata mengembara merentasi negara Itali dari udara menerusi kereta Ferrari.

Kanak-kanak yang cenderung berlumba boleh mengikuti kelas pandu dan lumba untuk junior.

Pelatih-pelatih profesionalnya sedia berkongsi ilmu serta kepakaran.

CITARASA ITALI

Memandangkan Ferrari berasal dari Itali, kedai-kedai makanan dan minuman di FWAD menawarkan sajian bercitarasakan Itali.

Para pengunjung boleh merasai makanan Maranello di dua buah restoran di sini. Ia menjanjikan suasana dan makanan istimewa yang bersifat "Itali".

Makanan antarabangsa turut disediakan.

BELI-BELAH

Selain menikmati banyak makanan dari Itali yang sedap di sini, orang ramai turut boleh membeli-belah.

Tarikan-tarikan utamanya termasuk stor-stor seluas 825 meter persegi dan 1300 meter persegi yang menjual memorablia Ferrari, sesi fotografi dan 'sudut interaktif' untuk kanak-kanak menghasilkan cenderamata sendiri.

FWAD dimiliki Aldar Properties PJSC, sebuah syarikat pembangunan hartanah, pengurusan dan pelaburan terkemuka di Abu Dhabi.

Ia diuruskan oleh Farah Leisure Parks Management L.L.C, satu usahasama antara Aldar Properties PJSC dan ProFun Management Group Inc, syarikat pengurusan operasi dan kemudahan waktu lapang.

Untuk maklumat lanjut, layari ferrariworldabudhabi.com .

KEISTIMEWAAN FWAD

BANGUNAN

- Direka bentuk oleh syarikat seni bina terkemuka Benoy.

- Ketinggiannya ialah 50 m (atau 164 kaki). Lilitan tepi bumbung adalah lebih 2,200 m (7217.8 kaki).

- Ruang dipagari (enclosed space) yang dibuka untuk orang ramai, 86,000 meter persegi (925,704 kaki persegi)

- Lebih 12,370 ton keluli digunakan untuk memperkukuhkan struktur.

- Landskap sekitar bangunan utama adalah lebih 450,000 meter persegi (4,843,800 kaki persegi).

BUMBUNG

- Diperbuat daripada logam dan kaca yang mampu mengurangkan silau dan haba.

- Jumlah keluasan permukaan 3-Dimensi ialah 200,000 meter persegi (2,152,800 kaki persegi).

- Titik tertinggi ialah 48 m. Talang bumbung ialah 6,900 meter.

PERMAINAN

- Direka bentuk oleh sebuah firma reka bentuk terkemuka, Jack Rouse Associates.

02 Disember 2009

Cerita pasal taugeh lagi..x suka la dgr berita nie..

AWAS TAUGEH YANG KAMU MAKAN!!


Mesti ramai yang suka makan taugeh, nak pulak campur dalam char kuey teow? hmm rangup. Tapi mesti ingat, nak beli taugeh kena buat eksperimen dulu.

Kalau boleh jangan beli taugeh yang warnanya putih berseri tu. Beli sedikit sahaja dulu, dan jangan makan lagi. Sebaliknya simpan dulu untuk 3 hari. Kemudian cuba hidu bau taugeh tu lepas 3 hari.

Keputusan yang mungkin didapati: Lepas 3 hari bau taugeh itu hancing semacam, bermakna taugeh itu disiram dengan urine (air kencing), dengan tujuan untuk menjadikan warnanya putih berseri.

Oleh itu, belilah produk keluaran bumiputera. Kalau nak cari keluaran bumiputera, senang jer. Cari yang warna dia macam kekuningan dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja...

Info ini didapati dari pegawai pejabat aku yang pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh di beberapa negeri tertentu yang diusahakan oleh cha ya nun alif, siap ada bilik khas simpan urine sebagai bekalan untuk disiram pada pokok-pokok taugeh tersebut.

Kenapa taugeh jadi mangsa? Sebabnya taugeh ini sejenis pokok yang menyimpan air siraman bulat-bulat terus dalam batangnya, tidak seperti sayuran lain iaitu sayuran-sayuran berdaun hijau yang mengalami proses fotosintesis semasa proses penyerapa baja. Dengan erti kata lain, air siraman masuk ke dalam tanah dahulu sebelum diserap oleh akar dan selepas itu barulah proses fotosintesis berjalan untuk penyerapan zat-zat dari baja.

Tak macam taugeh dia serap terus ape yang kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis.. tu sebabnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham?

So bagitaulah kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh-taugeh hancing dengan taugeh-taugeh bumiputera.



notahati: baru je berhajat nak jdkan sumber makanan yg termurah tahun depan..maka cm nie agak2 kene cancel le..

01 Disember 2009

anak ku? ...owh anak mu...



alahai si abg nie..
dengki betul ngan adik dia..
mentang2 le adik tak leh melawan dan dok terima je..
si abang pun ambil kesempatan yg ada
utk trim muka si adik cm papan tulis gamaknya..
kesian betul si adik..
muka dan macam org kene dera dah..
lebam dik pensil warna abgnya..

anak sapa la nie..anak ku?..
owhh..anak mu...:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails