Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel al-fatihah untuk Ita andai kisah benar..

Buat renungan bersama..... .

Derita Kerana Buatan Orang Kira-kira 10 tahun lalu, Pak Lah datang ke rumah Pak Cu Rani untuk memintanya mengubati penyakit anaknya yang terkena ilmu hitam. Ita (bukan nama sebenar) merupakah anak Pak Lah yang sulung. Pada mulanya Pak Cu Rani agak keberatan kerana inilah kali pertama dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Penyakit yang terkena Ita sememangnya sukar untuk diubati. Bagi Pak Cu, dia bukanlah seorang bomoh handal kerana kebolehannya hanya bergantung kepada jenis ilmu yang ditujukan. Setelah mendengar serba sedikit daripada Pak Lah, Pak Cu berasa simpati dan mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan anak Pak Lah itu. “Begini sajalah Pak Lah, saya bukanlah pandai sangat, setakat nak tengok-tengok tu bolehlah. Segala ikhtiar dan usaha itu segala-galanya bergantung kepada kehendak dan izin Allah. Saya sekadar berusaha..” kata Pak Cu merendah diri. Pak Cu mencapai bajunya yang tersangkut di tiang dan terus pergi ke rumah Pak Lah yang terletak ...