ADAB MENGUAP
1. Menahan menguap sekadar termampu: * Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w ., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnyapula mengucapkan 'Yarhamukallaah! '. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,syaitan akan mentertawakannya. 2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap: * Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu SaidAl-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk(melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ula...