Kontroversi seni mayat
DR Maut’ warga Jerman, Gunter von Hagens, baru-baru ini mengawet bangkai gajah dan dijangka menggunakannya untuk satu pameran besar-besaran sedikit masa lagi. Pengumpul mayat itu yang selama ini mengawet mayat supaya tahan selama-lamanya dengan teknik ‘plastination’ (menggunakan plastik) bagi dipamerkan di seluruh dunia, menggunakan bakat uniknya terhadap bangkai gajah berkenaan, Samba. Gajah itu mati tahun lalu pada usia 41 tahun di Zoo Neukirchen, Jerman. Bangkai mamalia itu didermakan kepada Institut Plastination von Hagens untuk diawet, menjadikannya cabaran terbesar pernah dihadapi pasukan itu. Dengan ketinggian lebih 3.96 meter dan berat 3,200 kilogram, proses mengawet Samba memakan masa 65,000 jam untuk menjadikannya bintang terbaru koleksi pameran von Hagens. “Tiga puluh lima orang terbabit dalam kerja itu dan Samba akan dibawa pulang ke Jerman untuk dipamerkan tahun depan,” kata von Hagens yang dikritik pemimpin gereja kerana pamerannya yang menakutkan. Mereka mendakwa doktor ...