cantiknya seorang wanita itu, sebagai seorang gadis bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik cantik seorang wanita itu, sebagai seorang remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak pada kerana bijak menruntuh iman kaum Adam cantik seorang wanita, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan cantik seorang wanita itu, sebagai isteri merempuh badai di sisi suami cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar duai cantik seorang wanita itu, sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala o...