Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Demam..

Imej
Org sibuk ngan qurban sembelih lembu
aku lak asyik sibuk ngan kecederaan demi kecederaaan
smpai demam2 ...huhu

hari tu masa dah lepas terkukus tgn
kaki aku lak..
kene hempap ngan novel tebal smpai luka2
gara2 nak angkat meje kecik tu..aduhai
bengkaknya masih terasa..
bila nak pakai sandal terasa sakit juga..

La nie...
dah 2 hari aku demam
aku tak tau la gaya demam aku nie gaya ape
sintom2 demam ada
tp bdn aku tak panas
iskh2 nape ntah...
asal mlm je aku tak leh tido
lenguh sna lenguh sini

pastu bila bersin2 mlm tadi
ada lak kuar ketul2 darah skit2
ape lah kene ngan hidung aku nie...
mula la aku nak nangis sorang2..

nie masa buat n3 nie pun
hidung cm org baru lepas nangis..
tp tak ada la smpai kuar hingus hijau tu..
pale lak cm ada skru sedang diproses utk tempel kat ctu..

ape kene ekk ngan aku nie...;(

@ku dan Raya Qurban..

Imej
Salam utk semua rakan-rakan sekalian..cmne hari raya qurban baru2 nie?..hebat tak?..
Raya Qurban kat kg aku alhamdulilah hebat juga la..dpt la merasa daging korbannya..cuma lum ada rezeki nak buat korban lagi..tp korban hati dan perasaan dah kot..huhu...

apelah aku merepekkan nie..oklah, tak mau merepek meraban aku nak bg tau..masa cuti hari raya Qurban hari tu aku test try buat kuih..hehe..alhamdulilah menjadi.. cuma rupanya je agak cm pelik2 skit..tp janji rasenya sodap udah le..ye kan..

dek disebabkan ke xcitednya yg terlampau..smpai tgn aku pun melecur gara2 kene wap kukus kuih2 berkenaan..haha..pdn muka aku..maklumlah..lama dah tak buat kuih..sbb kat umah tak ada tukang nak mencekik...cuma aku, abah ngan mak je ada..semua selera amat la limited edisi..hehe..jom2 jalan2 tgk kuih aku..ha3..jgn gelak kan rupa2 kuih aku yg tak berape cun nie..yg ptg rasenya nyumi tau..okeyzz...:P



nie namanya kek coklat kukus..ada rupa kek ke kuih aku nie..hehe
tp yg dlm bekas satu tu bila kuarkan mengebu …

Pengorbanan itu..

Andai aku leh korban diriku
demi cinta suci ku ini
akan ku lakukan...

Tapi kau disana hanya membuat ku sbg pelabuhan sepi
kau datang bila kau perlukan aku
dan kau pergi bila hati mu berbunga ceria

tahukah kau cinta ku tulus suci
hanya padamu ingin ku serahkan..
tapi kau tak pedulikan ku lagi...

mungkin kali nie aku perlu berkorban lagi
biar la aku pergi...
tak guna ku tunggu cinta mu lagi
kerna hanya jwpan tak pasti yg kau beri..

Salam Adil Adha ..

Salam Aidil Adha utk semua
berhati-hati memandu di masa perayaan ini..
kalau buat korban ingat pada ku selalu..hehe
ingat la selalu orang yang di sayang dan tersayang..:)

Bamboo Taxis in the Philippines

Imej
kereta baru - 70% cheaper then MyVi mampu milik oleh semua rakyat...
rakyat didahulukan. .......

My Mengkuang...

Gara-gara sebiji bola..

Imej
Salam pagi kengkawan...moga sehat hendaknya dlm keadaan cuaca yg tidak beberapa baik nie..pepagi nie dah turun hujan rahmat kat area Bp nie.. syukurla.. sekurang2nya dpt menyejukkan sikit cuaca disini..

Semalam masa dlm perjalanan balik ke rumah..tiba dekat area Kg Mampan..sebiji bola tetiba keluar ketengah jalan...mujur la budak yg mengejar bola tu tak lari ketengah jalan juga, bila nampak milah aku nie dah sampai dekat dah ngan bola yg dia kejar tu..

Yang aku pulak nasib le sempat mengelak bola itu.. walapun terpaksa masuk kejalan bertentangan.. kebetulan pula masa tu mmg tak ada kenderaan dari arah depan, syukur le sgt... masa kejadian tu aku igt bola tu takkan terlajak sampai berjalan kat jalan raya tu..tapi sangkaan ku meleset..menonong je bola tu lintas depan aku..mujur leh elak dan milah tak beberape laju sangat.. kalau tak ngan aku dan milah tu confirm masuk parit tepi jalan tu le jwpnya..pastu confirm kene mintak tolong ngan Pakcik Kuntong.. sbb mmg dah dekat sgt ngan umah dia.…

kemelut jiwa...

Ya Allah apa yg perlu aku buat..
utk mencairkan hati seorang dia..
salah ke bila aku meluahkan..
bila dia ingin mendengarnya..

adakah semua salahku..

kata-kata ku..
bahasa hatiku..
adakah dia tuli..
utk mengetahui semua itu..

berikan la aku satu tanda..
andai hatimu serupa dgn hatiku...
jiwa mu serupa dgn jiwaku..

supaya aku mengejar bayangan yg pasti..
supaya aku boleh sematkan dihati..
bahawa kau yg dicari...
tiada ganti itu yg pasti...

> NuR K@sEh <...

Imej
Salam kawan sekalian..maaflah lama tak update blog nie..rasenya dah tumbuh rumput comel dah kat sni..minggu nie minggu serabut bagai le..ngan komputernya problem dan linenya rosak..baru je ok nie..tu terus buat n3 tu..windu u all semua..

Nie sambungan kisah perkahwinan sepupu aku yg tempohari..nape ntah tgn aku nie dok gatai nak publish2 gambo2nya..tak per kan?..so...jom kita layanzzzz.....



Nyum2..jgn tak cye semua lauk pauk makcik aku yg masak sendiri..
klu tau kita org dtg semlmnya..boleh tolong2..tak tau..jd tukang makan jelah..



time bergambo gni..makcik aku dah terjerit2 manggil aku utk bergombo..
aku lak leh wat dek kat luar sambil lap pinggan dan gelas..hehe



anak sapa lah nie.. ayu sungguh.. :P



masa nak dinikahkan..so ambil la skit aura pengantin..
kot2 melekat ke lepas nie..amin..hehe



dengan sekali lafaz aje..sahlah sepupuku itu menjadi milik org..
dlm majlis nie, ada 2 pengantin sebenonya..
yg lagi sorang tu yg baju melayu hijau..
pepandai je kadi tu kata ayah aku ustaz..
dah la kaki lawak…

taugeh oh tauge..

Imej
menu tauge


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin…

renjis-renjis..dipilis...:)

Imej
sepupuku Nur Nazrah bte Abu Hanifah


" renjis-renjis dipilis..
ditepungi la tawar..
hai,
beras pulut ditabur..
disiram si air mawar.. "

begitulah temetri dua hati yg saling mengasihi dan mencintai di hari yg bersejarah semalam..dgn sekali lafaz sah la sepupuku itu menjadi isteri org..walaupun majlis agak sederhana..tetapi kedatangan saudara mara dari jauh dan dekat memeriah lagi suasana majlis..alhamdulilah, syukur kehadrat Illahi..semuanya berjalan dgn lancar sekali..

semoga masjid yg baru dibina atas dasar rasa cinta ini akan terus teguh dan bahagia utk selama2nya..moga badai dan gelora dlm umah tangga dpt dilalui dgn penuh musyawarah dan matang..moga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah..amin..:)


* ::Dari Sinar Mata...::*

Keunggulan cinta dari sinar mata
Yang bergelora
Hati ditaman berbunga
Satu impian satu harapan
Sudah pasti ada sebaliknya
Satu rahsia

Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu

Datang hampir senja sedang aku
Merangkak dan kehausan cinta itu
Kau hulur tangan mu
Membawa ku ke atas semula
Berdoalah aku kesyukuran
Tercantum cinta jadi satu
Biar ku tebus segalanya
Agar di teman cinta yang suci itu






page setup aku lari!!..waa!!!!

Imej
kalu tak nampak sila klik kat pic nie ye..bg terang..

Ada tak antara kengkawan yg mahir microsoft words?... boleh tolong tak?.. nak normalkan balik setting page setup aku nie.. aku tak reti la pakai cm selalu aku pakai inci je..dah susah nak adjust akunya page...sepanjang aku keje sini, nie first time le page setup nie lari bearing lak..harap2 ada kwn2 yg boleh tolong ye..bantuan kalian amatla dihargai dan diperlukan ngan segera..terima kasih...jasamu dikenang..

Kontroversi seni mayat

Imej
DR Maut’ warga Jerman, Gunter von Hagens, baru-baru ini mengawet bangkai gajah dan dijangka menggunakannya untuk satu pameran besar-besaran sedikit masa lagi.

Pengumpul mayat itu yang selama ini mengawet mayat supaya tahan selama-lamanya dengan teknik ‘plastination’ (menggunakan plastik) bagi dipamerkan di seluruh dunia, menggunakan bakat uniknya terhadap bangkai gajah berkenaan, Samba.

Gajah itu mati tahun lalu pada usia 41 tahun di Zoo Neukirchen, Jerman. Bangkai mamalia itu didermakan kepada Institut Plastination von Hagens untuk diawet, menjadikannya cabaran terbesar pernah dihadapi pasukan itu.

Dengan ketinggian lebih 3.96 meter dan berat 3,200 kilogram, proses mengawet Samba memakan masa 65,000 jam untuk menjadikannya bintang terbaru koleksi pameran von Hagens.

“Tiga puluh lima orang terbabit dalam kerja itu dan Samba akan dibawa pulang ke Jerman untuk dipamerkan tahun depan,” kata von Hagens yang dikritik pemimpin gereja kerana pamerannya yang menakutkan.

Mereka mendakwa doktor itu …

fikir=fikirkan..

Salam semua kengkawan..moga berbunga riang hati kalian semua hari nie..:)

Hari nie bos KL tak jd dtg..hilang skit gubra aku..fuh..lega..tp gubra ku akan kembali pd next week la..sbb rasenya dia nak jumpa aku sgt tu..ada perhitungan yg perlu di settlekan..hehe

Sebenarnya aku nak citer lain nie..nie aku nak tnya korang lah kan...

Kalau korang jumpa duit kat tgh jalan atau kat mana2 berjumlah besar cth RM50, RM100 atau sewaktu dgnnya..agak2 korangkan..korang jd seorang yg amanah tak, utk memulangkan duit tu kembali..kalau jumpa rokok kat kedai makan siap mancisnya sekali..ape yg korang buat?..

Hmm..cuba korang fikir n bygkan keadaan cm tu berlaku pd korang, ape yg korang buat ekk..bak kata bidalan rezeki jgn ditolak..so paham2 sudah lah kan...

ha..komen jgn tak komen..:P


Pencarian gadis melayu versi opis aku..huhu

Imej
Salam dan selamat sejahtera kawan2 moga anda semua ceria dan sehat bahagia hendaknya..


kredit tu mr google hencemku

Semalam sudah bermulanya pencarian gadis melayu versi opis aku..utk mengantikan tpt sorang "perempuan melayu terakhir"yang akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi..huhu..bunyi mcm suspen jek kan..

Sudah 2 org yg menghadirkan diri..mungkin hari nie pun ada lagi calon yg akan dtg..masing2 cantik menawan dan mempunyai akademik yg baik..dan yg paling penting pandai berbahasa inggeris dan mahir menaip..dlm pencarian ini aku juga terlibat sama..dan bos aku telah menanggung jwpkn aku supaya menguruskan task2 yg ptt dilakukan oleh calon2 berkenaan semasa sesi temuduga itu..bukan senang nak handle satu sesi temuduga nie rupanya..mcm2 kerenah kita akan jumpa..yg ada bawa bdn je dtg..semua sijil tak bawa..pastu resume pun tak print out..siap ckp masih dlm pen drive..ayokk..dtg lengang kankong aje??..

Dulu masa zaman aku lah nak g intrview..siap berbaju kurung yg kemas…

:: : ) ::

Imej
gurau senda penyeri bicara

tanda ikatan selama-lama

walau kita tak pernah bersua

tapi terasa didepan mata





notahati: terima kasih atas ungkapan ini.. utk seseorang disana.. :)



sengal...

Imej
Salam..pepagi tadi.. dtg keje aku dah kene buat senaman berjalan kaki..adalah dlm 50 langkah..hehe..senam jugakkan tu namanya...nie gara2 citer semlm la nie..tetiba masa nak g lunch dpt surat saman dr Majlis Daerah..hampeh tul..dh la aku mmg perlukan duit utk uruskan sesuatu..masa makan tu...mmg auranya dh tak ada..tinggal saki baki jerk sbb dh lapo kan..kwn baik aku si akak nina tu pun muka dh monyok sakan dah..cian kami tau...

Rupa2nya dr sumber2 dpt tau..ada org tak puas hati pasal kita letak kete kat park belakang tu..sbb dia nak masuk kat kedai dia, tak ada jalan..ala..apek...kasi tau la..jgn main saman2 mcm nie..klu org susah mana mau angkut duit..haiyaa...semlm bos2 aku pun tak puas hati..ptg tu juga..bos angkut semua staff yg kene saman punya kertas bwk g majlis..sbb klu byk2 kan dpt murahkan byr.. dpt la, kurang dlm rm50/- .. cuma terjd la peristiwa pelik.. akunya kete.. no kete aku slh..so, slmt la duit aku yg nak guna utk urusan lain nie...alhamdulilah...nasib baik aku tgk …

Kalau sudah sampai seru...

KELANA JAYA: Terpaksa naik kapal terbang, itulah situasi kelam-kabut terpaksa dialami pasangan suami isteri dari Pasir Mas, Kelantan, apabila dimaklumkan layak menunaikan haji tiga hari sebelum tarikh pemergian mereka semalam.

Abdul Aziz Bilal Mat Tahar, 71, dan Halimah Husain, 60, terpaksa membeli harga tiket kapal terbang agak mahal berikutan kelewatan menerima maklumat terbabit.

Namun, kelewatan menerima maklumat itu tidak menghalang mereka membuat persediaan.

Abdul Aziz bekerja sebagai kakitangan stesen minyak, tidak mahu menyalahkan Tabung Haji kerana kelewatan berkenaan sebaliknya bersyukur diberi peluang menunaikan Rukun Islam kelima itu walaupun usia agak lanjut.

“Semua berlaku itu, pak cik percaya ujian daripada Allah...kalau sudah sampai seru apapun terjadi Dia pasti tunjukkan jalan menjadi tetamunya di sana.

“Kami tak kisah kerana terpaksa berbelanja agak mahal sedikit untuk datang ke sini (Kompleks Tabung Haji) yang penting impian pergi ke Tanah Suci tercapai,” katanya.

Pasang…

Coretan mimpi...

Imej
from my hencem en. google

Mimpi semalam Membuaiku seperti berada di syurga Membuaiku dgn kebahagian yg terindah
Tetapi
Ia hanya sebuah mimpi Mimpi yg sampai bila pun Tak mungkin menjadi nyata

Dipersimpang itu...

Imej
Dipersimpangan itu lama aku terhenti
memilih arah tujuan yg pasti
terkesima sendiri
ingin menyelusuri onak dan duri

mampukah aku memilih jalan itu
yang memberikan kebahagian dan ketenangan dihati
mampukah aku berseorang melaluinya

aku bukan minta simpati
aku cuma mahukan
ketulusan hakiki..