Buang ibu demi maruah sendiri..

PUTRAJAYA: Ibunya sudah menjengah usia senja, namun si anak yang tidak mengenang budi sanggup menghantar wanita berusia 84 tahun itu ke rumah kebajikan.

Semuanya berlaku selepas mengetahui sejarah hitam wanita yang mengandung dan membesarkannya itu pernah menjadi ‘kupu-kupu malam’ bagi menyara tiga anak selepas ditinggalkan suami.

Bukan itu saja, anak bongsu lingkungan 40-an yang mempunyai pangkat, kedudukan dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung tidak pernah menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua pada 2007, sehinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun kemudian.

Sebelum ini, wanita terbabit dijaga anaknya selepas ditinggalkan suami beberapa tahun lalu, tetapi hidupnya menderita apabila dilayan tidak ubah seperti sampah sejurus lelaki itu tahu dia pernah melacur.

Malah, bagi mengelak nama baik dan imej keluarga tercalar, lelaki terbabit secara sulit menghantar wanita tua yang dilayan seperti peminta sedekah itu ke rumah kebajikan dan terus memutuskan hubungan dengan manusia yang begitu banyak berbudi kepadanya sebelum ini.

Anak derhaka yang memiliki beberapa kenderaan mewah termasuk Mercedes Benz terbabit dikatakan seolah-olah tidak mahu mengaku wanita itu ibunya ketika menghantarnya ke rumah terbabit kerana malu selain mengelak nama baiknya tercemar jika pengurusan rumah itu tahu ibunya pernah menjadi pelacur.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terpelajar itu didedahkan Pengasas Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas, Pulau Meranti, dekat sini, Muji Sulaiman, semalam.

Muji berkata, anak lelaki bongsu wanita itu menghantar ibunya ke pusat jagaan terbabit ketika wanita itu berusia 84 tahun selepas mendapat maklumat ibunya pernah melacurkan diri selepas ditinggalkan suami, semata-mata kerana mahu menyara anaknya.

“Lelaki itu memberi alasan malu mempunyai ibu yang pernah menjadi pelacur.

“Apa yang menyedihkan dia menghilangkan diri dan tidak lagi menjenguk ibunya sehinggalah wanita itu meninggal dunia baru-baru ini,” katanya.

Muji berkata, dia yakin anak wanita itu mempunyai kedudukan sama ada dalam syarikat swasta atau kerajaan berdasarkan penampilan dan kenderaan mewah dipandu ketika menghantar ibunya ke pusat berkenaan.

Menurutnya, bagi mendapatkan kepastian tuduhan lelaki itu, beliau menyoal sendiri wanita berkenaan yang kemudian mengaku pernah terbabit pelacuran kerana kesempitan hidup bagi menyara persekolahan dan perbelanjaan harian tiga anaknya.

“Sebelum menghembuskan nafas terakhir, warga emas itu mengaku menjalani kehidupan yang cukup daif, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang selepas ditinggalkan suami ketika anak masih kecil.

“Wanita itu memberitahu, dia terpaksa berlapar bagi memastikan anaknya dapat makan kerana wang dimiliki hanya cukup bagi membeli makanan tiga anaknya,” kata Muji sambil menitiskan air mata.

Muji berkata, wanita itu mengaku dia terpaksa melacur kerana tidak sanggup melihat anaknya menangis kelaparan.

Menurutnya, walaupun menyedari perbuatan itu menyebabkan dia dihina masyarakat, wanita berkenaan terpaksa melakukannya bagi menyara persekolahan dan kehidupan anaknya.

“Saya difahamkan, tidak ada ahli keluarga wanita itu mahu menjaganya selepas mengetahui dia pernah menjadi pelacur bagi menjaga maruah keluarga masing-masing.

“Walaupun sedih, wanita berkenaan reda dengan perbuatan anaknya yang tidak mengenang jasa ibu,” katanya.

Menurut Muji, anak lelaki wanita itu tidak sepatutnya membuang ibunya kerana wanita itu tetap ibu yang melahir dan membesarkannya walaupun terpaksa berdepan pelbagai kejian dan umpatan masyarakat.

“Apa yang dialami wanita ini kenyataan yang dicerita sendiri kepada saya dan tidak menyangka masih ada anak sanggup menyisih ibu yang melahirkannya sehingga wanita itu meninggal dunia tanpa seorangpun ahli keluarga di sisi.

“Sebagai anak, kita sepatutnya membalas jasa ibu, bukannya membuang mereka seperti sampah,” katanya.


Ulasan

kyungie berkata…
oo yg nie Auna dh baca dah berita nie kat surat khabar METRO...
sampai hati dia buat camtu kat mak dia ..
:(
eiza in the house.. berkata…
Auna
** a'aa kesiankan mak dia..kita ambik jd pengajaran ye dik :)
naz ilyn berkata…
salam...siapa pun dia walau apa pun yang diperlakukan dimasa silamnya biarlah itu antara dia dengan yang Esa tapi sebagai seorang anak yang dilahirkan ke dunia ini wajiblah menjaga dan memuliakannya di tempat selayaknya...
eiza in the house.. berkata…
naz ilyn
** salam kak, sy bersetuju kak..sedih sbb maknya tak dpt rase kejayaan anaknya bersama..
mamai berkata…
tolong tamparkan muka orang yang buat ibu dan ayah mereka macam tu
tasekM berkata…
jangan esok2 anak dia pulak buat perkara yg sama sudah...

hidup kita berputar bukan?
bofoyengfeng berkata…
emm...sedih. kerana si anak merasa terlalu hina atas dosa silam si ibu, ibu diabaikan. atas dosa ibukah mendapat balasan sebegitu?
xAmU berkata…
ish3..x hagak2 punye manusia..
mantan berkata…
Sebuah kehidupan berkeluara yang amat tragis.

Allah maha kaya, maha mengetahui akan segalanya. Allah juga Maha Adil akan PembalasanNya.

Si anak itu juga dalan Pengadilaan Allah juga.

Memberi keinsafan kepada kita yang masih bernafas ini.
dOrmantWriter berkata…
ntah le .. x tau nak komen sgt.. tapi kalau le kat malaysia nih... insya ALLAH... ada lagi cara halal lain utk mendapatkan wang bagi menyara anak2.... bukan dengan cara sebegitu..

mungkin dia terdesak waktu tu... tapi jgn le sampai menjual maruah diri.... byk keje halal boleh buat kat malaysia nih.....

niat tidak menhalalkan cara....

bila dah jadi begini... mesti orang akan cakap pengorbanan ibunye selama ini tidak di kenang.... anak derhaka la.. dan macam2... kita hnya boleh berkata2 @ menulis... tapi kita tidak tau apa sebenarnye berlaku..

hanya ALLAH sahaj yang tau....

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

aku suka makan..hehe