Kisah tahi gajah..

Salam kengkawan..selamat berpuasa hari yg ke 17, moga Allah memberikan rahmat kepada kita untuk meneruskan puasa hingga keakhirnya..insyallah..

Cerita ini aku dapati dari email sorang kawan..tentang sebuah pernikahan disuatu masa dahulu...

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa.

Pada masa itu, sebelum majlis pernikahan pasti tok kadi akan menanyakan beberapa soalan seperti soalan semasa diintrview di pejabat kadi..soalan2nya adalah mcm kat bwh nie..jom2 kita pie baca ape yg jadi seterusnya..

soalan yg diutarakan..
a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.


Berpeluh juga BEB.

Aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu.. Ram
ai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar..... Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengant
in tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu... bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,.. tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi.... tok kadi mula senyum....

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang
jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya
tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana .... taik gajah... besar betul... nak2 bila gajah makan durian.


1000 senyuman belum tentu menawan,

1 jelingan sudah bisa menimbulkan rasa benci,

membina persahabatan pasti akan makan masa yang lama,

meruntuhkan hanya sekelip mata...

semoga ramadan membawa keberkatan kepada semua...

selamat berpuasa dan selamat bersahur.

Ulasan

eddie dewanaga berkata…
adoi.. adoi... adoi...!!!

cramp perut gua, cramp!!
hahaha...!

adoi... adoi... huhuhu!


najis besar, taik gajah... adoi!
hahaaha...
eiza in the house.. berkata…
eddie dewanaga
** suka eiza tgk bro ketawa cmtu..tp bebaik takut masuk angin gastrik lak..nganga besar2 tu..:)
yoro okino berkata…
hahahha...
lawak siot..
eiza in the house.. berkata…
yoro okino
** tulah..dia gugup nak jwp sebenonya tu..he3
caluk@cencaluk berkata…
naper x cakap taik dinasour he he
eiza in the house.. berkata…
caluk@cencaluk
** besau sgt..tak tercapai dek akal dia tu..hu hu
matakucing berkata…
wah hampir terbatal pose gua bac entry ni muahaha ketawa byk sgt
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum,

Izinkan saya menjengah blog anda. Saya sahabat dekat Bro Zedmagel. Blog org muda..hebat, menarik dan tertarik menghayati reka cipta dan karyanya.

Tahniah!
Ivy Metaga berkata…
adeh eiza..tak tahan nak gelak boleh hehe
eiza in the house.. berkata…
matakucing
** sabau bro..rileks arr..ko tutup mulut tu jgn tawa lelebih..

thanks bro ko sudi layan aku..=)

mahligairezeki
** walikumsalam,
terima kasih kerana sudi menjenguk blog sy, sebenarnya blog nie biasa2
saje..tak hebat mcm bro zedmagel dan otai2 BP tu..

terima kasih..pujian itu telalu besar ertinya..

Ivy Metaga
** silalah ivy..kita gelak berirama nak tak?..keh3
salam eiza,

Macam nak berbuka puasa je........
Sakit perut....huhuhu...
Kalau saya terbuka puasa kul lima ni, awak tanggung la dosa saya..

huhuhu.....lawak siot. memang pekak badak mamat tu. Tu la sekolah agama suka monteng. Kan dah...... macam la dia pernah tengok taik gajah. Pada hal taik gajah tu sebeso taik lalat je....
huhuhu......
eiza in the house.. berkata…
bro amirhamzah64
** bro..ko jgn duk dlm bilik air pulak..tutup pintu bilik air tu tau..ku semangat..nak tanggung dosa org rase cm tak larat, dosa sndiri pun tak terbwk bro..

thanks sbb ko gelak mengilai td..tak tahan den dengor..he3
mamai berkata…
hahahaha memang besar najis tu
Tanpa Nama berkata…
weyyy!!!

xD

kahkahkahhh!!
KUNTONG berkata…
nasib baik saya pose, kalau tak tentu dah basah s....r kerana ketawa. eiza...kau ni memang ada kelakr sikit le...
hehe.. boleh la tu tahi gajah. mungkin dia pernah tgk besar najisnya.

moga perkara camni tak jadi pada kita la k.
Mak Su berkata…
oucch, besaq sungguh
Queen berkata…
maybe dia panik kot..hahahha....
biasalah..bila panik...pensil dlaam bahasa inggeris pun kita tak tau...hhahhaha

sian dia
zedmagel berkata…
Salam Eiza,

Kah...kah...kah..
keh...keh...keh..
.kroh 4x

Tahniah kerana berjaya membawa cerita yangtersangat alwak dalam pertengahan puasa ni. Sehinggakan ada seorang rakan menelfon saya supaya mesti menerjak ke blohk kojah sekarang pasal cerita tahi Gajah ni le...
dina berkata…
besornya najis...kahkahkahkah...
znel berkata…
siannyer dier...ngeh3
anaklaut berkata…
salam..

za...hahhaha...
tq singgah anaklaut

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

gerammmm!!