Ferrari World Abu Dhabi taman tema terbesar di dunia



- taman tema terbesar di dunia -

KUASA dominan Ferrari dalam litar perlumbaan Formula One kini diteruskan dalam persekitaran berbentuk taman tema pula.

Ini kerana Ferrari bakal mempunyai taman temanya yang tersendiri di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjelang tahun 2010.

Ferrari World Abu Dhabi (FWAD) adalah taman tema Ferrari yang pertama di dunia.

Lebih membanggakan, ia bakal menjadi taman tema dalam terbesar di dunia menjelang 2010.

Menurut Pengarah Jualan FWAD, Fabien Laurent, idea dan pembinaan taman tema gergasi ini bermula pada November 2006.

Katanya, FWAD yang bertemakan Ferrari dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

"Para pengunjung dapat menghayati keghairahan, prestasi, kecemerlangan dan inovasi teknikal Ferrari apabila menjejakkan kaki ke FWAD," kata Laurent ketika ditemui di hotel Centrol, Abu Dhabi baru-baru ini.

Laurent memberitahu, Abu Dhabi dipilih sebagai lokasi ideal FWAD kerana ia terletak di persimpangan Eropah, Asia dan Afrika.

Katanya, sukan pemotoran juga amat diminati di UAE dan dengan pembukaan FWAD, penduduk dari UAE dan lain-lain negara berpeluang merasai Ferrari dengan cara unik dan seronok.

Dari jauh, FWAD kelihatan seperti kereta Formula 1 gergasi kerana ia berbumbungkan kerangka badan kereta Ferrari GT.

Ia berkeluasan 3 dimensi (3D) sebanyak 200,000 meter persegi.

FWAD terletak di Yas Island, bahagian timur laut Abu Dhabi.

Yas Island terletak sejauh hanya 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Abu Dhabi, 30 minit dari bandar Abu Dhabi dan 50 minit dari Dubai.

Atau, lokasi FWAD adalah bertentangan dengan litar perlumbaan Formula 1 Yas Marina.

Ia mempunyai logo Ferrari terbesar yang pernah dicipta setakat ini, iaitu 65 meter (m) x 48.5 m.

Jika litar perlumbaan Formula 1 Yas Marina menjadi gelanggang Etihad Airways Formula 1 Grand Prix di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, FWAD pula ialah "litar" untuk anda bersantai!

Ferrari World Abu Dhabi menawarkan pengalaman luar biasa Ferrari kepada pelawat daripada semua peringkat umur.

PENGALAMAN FERRARI

Boleh dikatakan ia memberikan pengalaman Ferrari paling lengkap. Lebih 20 tarikan utama terkini disediakan.

Antaranya, roller-coaster terlaju di dunia dengan kelajuan melebihi 200 kilometer sejam. Anda seolah-olah duduk dalam kereta Formula 1.

Bukan itu sahaja. Alamilah tekanan G-force (kuasa graviti) apabila para penumpang roller-coaster meluncur naik setinggi 62 m melewati bumbung taman tema FWAD ini sebelum menjunam ke bawah.

Selain itu, cuba pensimulasi perlumbaan terkini, sama seperti yang digunakan oleh pasukan pelumba Ferrari.

Anda juga boleh mengembara dalam "enjin" Ferrari 599. Saksikan pergerakan piston serta aliran minyak.

Selepas memahami selok-belok enjin, apa kata mengembara merentasi negara Itali dari udara menerusi kereta Ferrari.

Kanak-kanak yang cenderung berlumba boleh mengikuti kelas pandu dan lumba untuk junior.

Pelatih-pelatih profesionalnya sedia berkongsi ilmu serta kepakaran.

CITARASA ITALI

Memandangkan Ferrari berasal dari Itali, kedai-kedai makanan dan minuman di FWAD menawarkan sajian bercitarasakan Itali.

Para pengunjung boleh merasai makanan Maranello di dua buah restoran di sini. Ia menjanjikan suasana dan makanan istimewa yang bersifat "Itali".

Makanan antarabangsa turut disediakan.

BELI-BELAH

Selain menikmati banyak makanan dari Itali yang sedap di sini, orang ramai turut boleh membeli-belah.

Tarikan-tarikan utamanya termasuk stor-stor seluas 825 meter persegi dan 1300 meter persegi yang menjual memorablia Ferrari, sesi fotografi dan 'sudut interaktif' untuk kanak-kanak menghasilkan cenderamata sendiri.

FWAD dimiliki Aldar Properties PJSC, sebuah syarikat pembangunan hartanah, pengurusan dan pelaburan terkemuka di Abu Dhabi.

Ia diuruskan oleh Farah Leisure Parks Management L.L.C, satu usahasama antara Aldar Properties PJSC dan ProFun Management Group Inc, syarikat pengurusan operasi dan kemudahan waktu lapang.

Untuk maklumat lanjut, layari ferrariworldabudhabi.com .

KEISTIMEWAAN FWAD

BANGUNAN

- Direka bentuk oleh syarikat seni bina terkemuka Benoy.

- Ketinggiannya ialah 50 m (atau 164 kaki). Lilitan tepi bumbung adalah lebih 2,200 m (7217.8 kaki).

- Ruang dipagari (enclosed space) yang dibuka untuk orang ramai, 86,000 meter persegi (925,704 kaki persegi)

- Lebih 12,370 ton keluli digunakan untuk memperkukuhkan struktur.

- Landskap sekitar bangunan utama adalah lebih 450,000 meter persegi (4,843,800 kaki persegi).

BUMBUNG

- Diperbuat daripada logam dan kaca yang mampu mengurangkan silau dan haba.

- Jumlah keluasan permukaan 3-Dimensi ialah 200,000 meter persegi (2,152,800 kaki persegi).

- Titik tertinggi ialah 48 m. Talang bumbung ialah 6,900 meter.

PERMAINAN

- Direka bentuk oleh sebuah firma reka bentuk terkemuka, Jack Rouse Associates.

Ulasan

mamai berkata…
dan sekarang beban hutang yang tidak pasti berbayar akan di tanggung oleh dunia
Unknown berkata…
owwwhhh
menarik...tapi aper dunia arab dapat
JMR berkata…
lets think positively..pasti menarik nih..
mantan berkata…
Barangkali Malaysia boleh belajar...
KTS berkata…
tempat mereka mmg luas... sesuai laaa kaan
eiza in the house.. berkata…
mamai
** huhu..kira hutang dunia la nie eh bro..sungguh jauh jangkaun mu itu..

tengku_fir21
** mmg menarik..mungkin publisiti kot..

JMR
** maybe lagi menarik dr snow mall kat dubai tu..:)

mantan
** yeap..belajar sesuatu..bukan membazir..

bofoyengfeng
** tq :)

ku tak sempurna
** tulah sbb tak buat kat msia..
nanti ada jutawan segera yg mudah lupa diri..
dina berkata…
za, bila nak belanja aku soping kat sana?--->hahahaa.... sembang cam puan sri lak aku...
eiza in the house.. berkata…
ko tunggu aku jadi pemaisuri kat sna le..semua aku tanggung beres..hehe
zaijb berkata…
salam eiza,

wah seronok kan kalau dapat gie sana... mmm... keje kat sana lee... enjoy pastu he...
anaklaut berkata…
salam...za,



best entri ni..
kembara kelana berkata…
salam perkenalan dan kunjung pertama ke blog eiza...saya add dalam list saya boleh?
eiza in the house.. berkata…
zaijb
** tulah kak kan..nie tgh nak buat sesuatu supaya leh kesana..hehe

anaklaut
** salam anak laut, terima kasih...
info kita bersama..jom cr keje kat sna..:)

Kembara Kelana
Salam en.kembara..terima kasih buat kunjungan kesini..salam kenal juga utk en.kembara..

boley ape salahnya..
nanti sy follow ye :)
Rashid berkata…
satu ciptaan yang menarik sekali. Itulah buktinya akan hebatnya otak kurniaan dariNya ini..

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

aku suka makan..hehe