05 Jun 2009

mandi untuk kesihatan kita..

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar13 peratus.


Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah,menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


Jangkitan kulit :

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.


Insomnia :

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


Pesanan:-

Tolong bg tau pada kengkwan kita .......... kalau ramai orang dapat baca artikel

ni.....lagi bagus kan ?


Tidak ada apa yang dapat tolong kita diakhirat nanti melainkan 3 perkara

1) anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya

2) sedekah amal jariah

3) ilmu yg bermanfaat

Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dengan amal mulia kita ini, InsyaAllah..:)


13 ulasan:

Tinie a.k.a Ibu Fatin berkata...

aku baru baca pasal mandi ni, dh bgtau mil aku suruh dia mandi air panas utuk hilangkan rasa lelah dia..hehe..tq for the info

eiza in the house.. berkata...

Tinie a.k.a Ibu Fatin
* takperla..kita smpaikan mana yg manfaat.. mana tau kita leh kurang kan sakit org lain...eiza pun ada migrain nie..nak cuba jugakla balik nanti..:)

sis_nita berkata...

akak ni memalam mmg payah nak tido.. agak2 nak try laa rendam kaki kat air dingin..

eiza in the house.. berkata...

sis_nita
* kita niatkan yg baik yerk kan..mudah2n mujarab..:)

cikin berkata...

oooo.. pasni mmg kner suruh adik2 mandi selalu2 nih..:)

macih tau bg info nih..:D

mamai berkata...

kalau mandi kerbau tu kira mandi juga tak...

dkama berkata...

eiza da mandi lum nih... hehehe

besi berkata...

mandi ada pelbagai mandi...
mandi lah kerana mandi boleh menyegarkan badan

coklat panas berkata...

betul tuh..orang jepun memang suka masuk onsen(kolam air panas),pastu berendam lama2..dyrg kata rasa sonok je..
korg cube la=)

KUNTONG berkata...

yang paling baik ialah mandi kat parit yang airnya mengalir....contohnya ialah parit asam kumbang....sprap, atau di sungai tabu hapat.
acah aja .....he...he...kalau sakit-sakit kepala..mandi dengan siram kaki dulu....kmudian naik ke atas....hinggalah kepala...jgn mandi dan terus siram kepala..nnti kena sakit kepala..amalkan.

dkama berkata...

****PEACE****

Mohd Ariff berkata...

nice info. thanks 4 sharing :)

amirhamzah64 berkata...

salam,

Kalau saya demam, ubat paling mujarab bagi diri saya seorang ialah pergi mandi puas-puas lepas tu tido dalam bilik berhawa dingin. hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails