Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

KISAH CINTA DARI CHINA..

Imej
" tangga cinta " Satu kisah cinta baru-baru ini keluar dari China dan langsung menyentuh seisi dunia. Kisah ini adalah kisah seorang laki-laki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.. Laki-laki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam goa yang selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggalnya. 50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin .... Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka karena perbedaan usia di antara mereka dan kenyataan bahwa Xu sudah punya beberapa anak.... Pada waktu itu tidak bisa diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanit...

adat resam org cina

Imej
Kejadian berlaku: didepan opisku masa: dlm area kul 10 lebih tarikh: 29.5.2009 pancaragam yg mengetuai iringan kereta mayat hari nie mmg kurang mood amat la sgtnya..dgn batuk yg tak bebaik..dan kepala yg terasa terawang2..hampeh tul..nasib keje aku dah siapkan semua semlm..so ada can la nak berjalan dlm blog kengkwan nanti..hehe berbalik pd citer sebenarnya nak aku habaq kat sni..pasai cina mati..dlm bahasa lembutnya kematian cina..betul ke, tak betul ke..lantak pie la..janji korang paham okeis.. tadi ada pengiringan mayat org cina depan opis aku..memula aku igtkan ada pancaragam mana dok mai buat persembahan..rupanya..utk mengiringi mayat cina mati..tp aku tak taulah..simati tu org biasa atau vip..sbb byk jugak kenderaan besar2 yg follow kereta mayat kat depan tu...tp yg sebelum nie, adalah vip mati lalu depan opis aku ngan satu lori besar penuh ngan bunga..besar2 tau jambangan bunga yg dia dpt..mcm nak mintaklah pulak gtu..bukan bunga plastik ok..bunga segar tu..mcm2 bagai bentuk a...

Perjalanan Takdir yang Menakjubkan

Imej
Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?" Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah , pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda. Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang maka...

surat cinta warna-warni..

Imej
Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?" Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu" Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?" Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu" Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?" Ena : "Asmara Yang Membara" Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?" Ena: "Suci, Bersih dan Jujur " Ani : "Kalau kertasnya Kuning?" Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang" Ani : "Kalau Merah Jambu?" Ena: "Sedang Jatuh Cinta" Ani : "Kalau kelabu?" Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih" Ani : "Kalau kertasnya Hitam?" Ena : "Itu namanya kertas karbon.. b$&*h Wakakkakakaka................. :)

hati2 kalu pakai mini skirt...huhuhu..

Imej
Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut. Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut. Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur dibelakangnya. Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan tersebut. Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut...

kamu rasa kamu bagus?

Sebelum kita menghukum orang lain, fikir dahulu... Adakah diri sendiri lebih baik dari orang yang ingin kita jatuh hukum itu? Kalau lebih baik sekalipun, siapakah kita untuk menghukum dia? Setiap orang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.. Sentiasalah buka pintu kemaafan kerana hanya dengan itu hidup kita akan tenang dan lebih bermakna. Manusia lebih suka menunding kesalahan pada orang lain tanpa melihat salah sendiri. Selalulah fikirkan bagaimana kalau kita berada di tempatnya... Letak situasi dia di tempat kita. Apa yang akan kita rasa? Jangan menilai orang dari sudut luaran. Kenalilah dia dari dalamannya... Mungkin yang nampak baik, tidak sebaik yang disangka, dan mungkin yang tampak kurang baik, lebih baik dari yang nampak baik itu.... Kebenaran selalunya adalah sesuatu yang pahit untuk diterima tetapi biasanya yang pahit itulah penawar.... Berusahalah untuk sesuatu yang lebih baik... Bukan memburukkan keadaan.

lawak gaban..

PUKUL BERAPA BUKA? Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering. "Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi. "Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!" MANGGA Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga. Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?" Peniaga: "RM7!" Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!" Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!" Pembel...

LUASNYA NERAKA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .: Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.....

tak ada tajuk

Alahai Mak Cik.......... Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer... Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la.. Malam tu.. Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung.. Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi.. Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi.... Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu.. Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie.. Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning.. " Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!" Kemudian..ma...

MIMPI SEORANG GADIS

Imej
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apayang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya "Ya,Rasulullah,sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadistadi. " Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku. "Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku bermimpiberjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana ke...

terkejut..

Imej
Sabtu lepas.. aku terjumpa satu akak yg sama status mcm aku.. 'pengajar rempit' dekat site mengajar..masa tu aku follow satu budak tgh buat parking maut..so dia terpndang wajah aku dan menegur.. "hai za, lama tak nampak" ..aku senyum dan aku pun jwp la.. "akak baby sehat?" ..sbb dia baru lahirkan anak..pastu korang tau tak dia jwp ape.. "baby cakap dia nak adik.." ..smbil dia ckp dgn nada slow n tutup separuh muka dia sambil tersenyum, mengadap ke aku dan bebudak rempit dlm keta tu..ape lagi..aku dan bebudak tu siap leh ternganga2 dgr jwpn spontan akak tu..last2, berdekah2 kita org gelak..nie baby nak adik ker..akak tu yg nak ehem2..adeyyy...mcm2 hal..aku lak yg termalu..

aku termalu sendiri..

Imej
masa aku lunch td aku g makan dekat gerai mee rojak jalan tanjung laboh sna.. yg aku nak citer kat sni kejadian masa abg tu ambik order.. td kan aku duk kat meja paling hujung dgn kak lina (kwn sekepala aku tu)..lepas tu td, dari arah belakang aku..dtg suatu suara garau yg tnya "nak makan mee rojak ker, nak makan meehoon rojak?"...setelah aku melihat k.ina tidak menjawab solan itu,..aku dgn bangganya telah menjawap persoalan abg tu dgn bersemangat sekali.."bg sy mee hoon rojak" aku ckp..aku tgk kak ina senyum jerk..korang tau tak, sebenornya soalan tu bukan ditujukan kat aku tau..tp dekat 2 org mamat yg duk depan kita org..masa nie aku tak tau dan tak menoleh pun pada abg yg ambik order tu..so aku igt tak ada ape2 masalah lah..aku makan dgn tenang sekali..licn tu pinggan aku.. tu satu hal, nie ada satu hal lagi..ada satu mamat nie dia duk tgk kita dua org makan.. masa aku nak toleh sekeliling...aku terpandang mamat tu tgh duk tenung2 aku...Ya Allah, terkejut n tersi...

Bila besar nanti :)

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka. Abu berdiri dan berkata, " Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya". "Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu. Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel". "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?". Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...' notahati: alahai pandainya budak 2 zaman sekarang..mulut bijak mengalahkan org tua..

senyum..

Imej
Cubalah senyum dan maniskan senyuman itu, semua pekerjaan akan menjadi lancar. Tapi cubalah marah-marah semua pekerjaan tak akan menjadi.. Senyum menghilangkan lelah suami, senyum mengembirakan anak-anak. Senyum juga mengindahkan lagi wajah anda.. Wajah manusia yang paling buruk ialah tatkala dia sedang marah, sebaliknya wajah manusia yang paling menarik ialah tatkala dia sedang tersenyum.. Senyum itu sedekah, maka senyumlah sebab kita tidak akan mampu mengeluarkan sedekah pada setiap masa.. notahati:kebetulan hari nie hari jumaat, kita mulakan hari ini dengan senyuman yg ikhlas utk semua org..moga kita beroleh pahala hendaknya..:)

Peristiwa 13 Mei..

Imej
Tat pandan.. sudah mendapat tempat dlm menu makananku sekarang.. aku sudah mengilainya.. bagaikan org bercinta-cintun aku suka kamu!! * maaf tajuk entry tidak ada kene mengena dgn gambar dia atas..keh3...huhu

disebalik bercinta dgn org yg salah..

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. * memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH S.W.T * memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang g salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA . * memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH S.W.T MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... * memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. * memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA . * memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita le...

kad wedding..

Imej
cantekkan kad wedding kwn aku nie.. yg bahasa cina tu aku tak reti baca..so baca yg bi tu jerk la.. nama pengantin tertera dlm kad tu nama aku siap diprint chantek2 kad sampul surat tu..i like it..hehe semalam pagi aku dpt kad jemputan kawin..first time dpt kad jemputan selain dr melayu..yg bg nie pun, kwn dekat2 opis nie jugak..tp lain company..aku tgh dok pikir nie..nak bg angpau ker nak bg hadiah ekk..almaklumlah first time nak g..ape pdpt korang ekk..sbb aku tak biasa..

gerammmm!!

Imej
aku igt just nak info pasal rm5/- tu abg tu lupa ker apa aku bg duit rm10 nak beli top up tu.. Semalam ptg aku top up rm10 kat stesen minyak shell kat peserai, kebetulan aku isi minyak. so tu yg beli sekali..benggang betullah..aku mintak abg tu top up aku rm10..dia leh bg kertas nie yg berharga rm5 jerk..bengkek jerk rase nie..semlm aku lupa lak nak tgk kertas tu harga dia bape..lagipun aku mmg tak biasa top up kat stesen minyak tu..tp dah terdesak n malas aku top up lah kat sni..mlm tadi dlm kul 1 pagi aku tersedar dr tido, aku pun trigt krdt aku dh abis..so aku isi lah..aku tgk kertas nie cm pelik jerk..nape dia tulis rm5..tp hati aku ckp maybe dia dh buat utk rm5 dah sekarang, oklah tu..sekali aku masukkan pin no and success korang tau baper baki aku...rm5.25/- ..eeeeeee mana lagi rm5/- aku nie..pepagi buto dh nyakitkan hati aku...aku igt dah kenal n selalu g ctu leh cyekan dia ..hampeh...lain kali malas aku nak top up kat ctu lagi..dah la aku tgh sengkek nie..siut betullah..kasi ak...

di suatu persinggahan..

Imej
kat mana nie?..pelik jerk tpt nie?.. eee..gerunnya.. ada org bukak kedai makan atas lori ker??..uniknya.. korang rase nie tpt ape?..ape dia??muzium??..bukan...cuba lagi...ape???umah hantu?...pun bukan..last chance...ape?? funfair??..bukan laaa..... cepat 2 ..3,2,1..tet..tet..tet..abis dah.. sebenornnya, ini restoranlah..unik tak?..restoran nie berhampiran dusun durian dan kilang munchy's..klu dr tol yong peng belok kebelah kanan n sampai depan muchy's akan jumpa traffic light n kene terus kedepan skit lagi baru lah jumpa tpt nie...aku pun tak tau alamatnya so klu korang beli brg munchy's tu g la tgk addressnya kat ner..okey.. yg bestnya aku nak koba kat sni ...dia punya dekorasi atau org panggil interior desing dia peh cukup luar biasa dn menarik..bg akulah..bg korang aku tak tau..makanan kat sni pun boley tahan sedap..so sesiapa yg tersinggah berehat dekat bt pahat tu, dtg la ke restoran ini yer..sbb aku rase romantik jerk suasana dia, sesuai sangat2 utk couple yg hangat b...

aksi berani..huhu

Imej
balik dari Punggur tempohari, aku terserempak dgn satu aksi berani seorg budak kecik dlm kereta kancil mak ayah dia gaknya..cuba perhatikan betul2, ape yg sedang dibuat oleh budak nie dlm kereta tu..maaflah pic nie bukan aku yg ambik...so tak beberape nak clearlah...lagipun dh senja..bahaya sungguhkan..bak kata perpatah malang tak berbau ..cuba bayangkan seandainya bonet kereta kancil tu tetiba terbuka...mau bergolek budak tu jatuh ke tanah..huhu..yg peliknya..selesanya dia bebaring mcmtu dekat dasboard belakang kancil tu..merajuk ke, meroyan budak nie aku tak taulah..so pada uaols yg ada anak2 kecik..make sure keselamatan dia org yg pertama..klu dah terjadi dah tak ada makna semua dah..okey..sekian laporan bersiri dari eiza in the house..daaa..

Jom Lentok..

Aishah - Janji Manismu Oh dunia ini Penuh kepalsuan Oh mungkinkah tiada Keikhlasan Apakah ini Suatu pembalasan Ku sedar kebesaranMu Tuhan Aku bagai seorang Kembara jalanan Terumbang ambing Di lautan gelora Mencari kebahagiaan Dahan untuk menumpang kasih Mungkinkah suratan Hidup ku selalu keseorangan ( korus 1 ) Hati membeku mengingatkan Kata janji manismu... oh... Ku dilambung angan-angan Belaian kasih sayang suci darimu Oh kejamnya ( korus 2 ) Lidah tidak bertulang Ucapan cinta menghiris kalbu Ku kan pergi membawa diri Cinta di hati terkubur lagi Tidak ku fahami Mengapa terjadi Peristiwa pahit mengguris hati Jalanan hidup ini Sudah tertulis Kutempuhi dengan kesabaran Kusedar kebesaranMu Tuhan... ( ulang dari korus1 ) nota hati: lagu ini kutujukan khas utk "encik dia" moga dia bahagia dgn ape dia dah lakukan..dgrkan and (bak kata nabil) lu pikirlah sendiri..