29 Mei 2009

adat resam org cina

Kejadian berlaku: didepan opisku
masa: dlm area kul 10 lebih
tarikh: 29.5.2009


pancaragam yg mengetuai iringan kereta mayat


hari nie mmg kurang mood amat la sgtnya..dgn batuk yg tak bebaik..dan kepala yg terasa terawang2..hampeh tul..nasib keje aku dah siapkan semua semlm..so ada can la nak berjalan dlm blog kengkwan nanti..hehe

berbalik pd citer sebenarnya nak aku habaq kat sni..pasai cina mati..dlm bahasa lembutnya kematian cina..betul ke, tak betul ke..lantak pie la..janji korang paham okeis..

tadi ada pengiringan mayat org cina depan opis aku..memula aku igtkan ada pancaragam mana dok mai buat persembahan..rupanya..utk mengiringi mayat cina mati..tp aku tak taulah..simati tu org biasa atau vip..sbb byk jugak kenderaan besar2 yg follow kereta mayat kat depan tu...tp yg sebelum nie, adalah vip mati lalu depan opis aku ngan satu lori besar penuh ngan bunga..besar2 tau jambangan bunga yg dia dpt..mcm nak mintaklah pulak gtu..bukan bunga plastik ok..bunga segar tu..mcm2 bagai bentuk ada...

oklah, mengikut sumber2 bacaan dr en. google yg hencem itu..maka aku dpt la skit sebanyak pengetahuan pasal kematian org cina nie.. so, marilah aku kongsikan bersama-sama korang ok..

Semasa Kematian


kereta mayat sedang di iringi oleh ahli keluarga dia org


- Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek- mengharumkan simati di alam akhirat

- Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik - lazimnya, pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan mereka yg dulu.

- Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam - Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.

begitulah kisahnya...adat resam kematian org cina yg aku paparkan kat sini... supaya kita lebih tau adat resam agama lain..bukan utk jadi ikutan kita..sekadar pengetahuan yg sepatutnya kita tau sebagai warganegara yg majmuk kat msia nie..

7 ulasan:

Tinie a.k.a Ibu Fatin berkata...

ada adat resam masing2

eiza in the house.. berkata...

Tinie a.k.a Ibu Fatin
a'ah, betul tu..
tp tak slh kita tau ttgnya kan.

eddie dewanaga berkata...

menarik sebagai pengetahuan am, kita kan masyarakat majmuk...

eiza in the house.. berkata...

eddie dewanaga
* betul tu bro..
at least, tau la serba skit pasal adat resam dia org..
sebenornya ada lagi nak citer..
tp tetiba idea tak mau mai..huhu

matakucing berkata...

konsep satu malaysia

~ eila'z ~ berkata...

dulu masa zaman sekolah selalu gak la tengok sbb area rumah tu banyak org cina...so dung...dung che... slalu la lalu dpan umah...

eiza in the house.. berkata...

matakucing
* yup bro..:)

eila'z
* nak buat cmne kan ..
tadah jerk la tinga..
nasib sekejap jerk..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails