28 Mei 2009

Perjalanan Takdir yang Menakjubkan



Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran
pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya,"Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"

Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu.." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?"
Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. saya sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini menjadi suamimu ini. saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"


Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haknya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.

14 ulasan:

Mak Su berkata...

turun naik kehidupan

Tinie a.k.a Ibu Fatin berkata...

aku insaf

eiza in the house.. berkata...

Mak Su
* betul tu mak su..kejap kita kat bwh, kejap kita kat atas..yg ptg kita redhakan..

Tinie a.k.a Ibu Fatin
* sama2 la kita saling mengingati..
itukan yg lebih baik :)

SRISUFI berkata...

HIDUP MEMANG UNIK.


~Psttt...za..miss u..

bila kita nak buat tart keju ni???

azmi yusof berkata...

selalulah berbuat baik...

eiza in the house.. berkata...

Srisufi
* betul3..(ipin dan upin) tolong jwpkan..

¬ sri, miss u too..sori eiza selalu jd silent reader jerk kat blog sri tu..

* hehe..bila ekk?..:)


azmi yusoff]
* yup, mudah2an dpt pahala..

eddie dewanaga berkata...

sebab itu la kita perlu sentiasa bersyukur atas nikmat Allah s.w.t

dan sentiasa berlaku baik semasa insan.

zedmagel berkata...

Eiza in teh house,

Wah sedihnya hidup ini berputaran, saya rasa pening dan sebak mendengar ceritamu itu...mudah-mudahan itu tidak terjadi kepada kita semua.

mamai berkata...

hidup umpama roda kata mereka....
hari ini kita kat bawah...
esok kita lupa di mana rumput di pijak...




...ada sehelai sampah...

matakucing berkata...

touching beb

KUNTONG berkata...

itulah dia kehidupan...manis dan pahit silih berganti...suka dan duka sentiasa menanti.semuanya mempunyai hikmah. ianya ibarat cermin diri.untuk kita renungi dan tatapi setiap saat dan hari, agar hidup kita sentiasa dirahmati oleh illahi.kisah yang anda paparkan penuh dgn erti, agar diri ini tidak seperti yang tidak dikehendaki.semoga Allah swt senantiasa membimbing kita ke jalan yang diredhai. Amin.

dkama berkata...

Isyarat ALLAH tak sama cam Trafic light... Semoga si isteri, suami kedua dan kita semua sedar...

gayour berkata...

seperti cerita karut tapi itulah kebenaran dalam kehidupan.

caluk@cencaluk berkata...

he he kalau laki kedua dia pun sama mcm laki pertama, adakah isterinya akan kahwin kali ketiga heu3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails