Gadis cekik peragut

ALOR STAR: Seorang gadis yang geram kerana beg sandangnya diragut bertindak nekad mengejar penjenayah itu dan merempuhnya dengan motosikal sebelum mencekik serta menahannya di Jalan Putra berhampiran Plaza Sentosa, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, Huda Nasuha Hassan, 22, menunggang motosikal berseorangan untuk pulang ke rumahnya di Taman Rakyat, Mergong, dari tempat kerja di sebuah pusat beli-belah juga di bandar raya ini.

Menceritakan kejadian, Huda Nasuha berkata, ketika tiba di tempat kejadian, seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 memintas dan merentap begnya yang diletakkan di dalam raga motosikal sebelum memecut meninggalkannya.

“Walaupun tergamam dengan kejadian itu, saya nekad mengejar peragut dengan motosikal sebelum merempuh belakang motosikalnya apabila dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat kira-kira 100 meter dari tempat saya diragut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Pelanggaran itu menyebabkan kedua-duanya terjatuh sebelum Huda Nasuha yang berbaju kurung bertindak nekad melompat ke atas suspek serta mencekiknya sebelum meminta bantuan orang ramai.

Suspek yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak melawan berikutan kakinya cedera kerana dihempap motosikal. Dia ditahan dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Malah, suspek juga merayu supaya dilepaskan jika dia mengembalikan beg berkenaan, tetapi Huda Nasuha nekad menyerahkannya kepada polis.

Huda Nasuha berkata, dia menjadi berani kerana geram dengan tindakan peragut itu yang mencuri begnya mengandungi tiga telefon bimbit serta RM20 itu sewenang-wenangnya.

“Jika difikirkan balik, saya pun seperti tidak percaya boleh bertindak sedemikian, tetapi kerana terlalu geram dan marah saya menjadi berani,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.


notahati: respek ngan Huda nie..cayok la :)

Ulasan

nita berkata…
idupp Huda Nasuha Hassan!
padan mokerr peragutt tuuhh!
fiezabaiduri berkata…
woo..berani nyer..
mujur tak apa²..
dina berkata…
fuh... berani siot Huda tu... tapi mujur dia tak apa2... elok pun buat begitu, tu pengajaran buat peragut... tak semestinya kalau ragut perempuan, perempuan tak melawan...
eddie dewanaga berkata…
oh my goodness... kalau dah geram!
satu tindakan yg bahaya tapi respek betul dgn Huda Nasuha, dia agak panik tapi nekad buat gerakan susulan... satu respon aktif yg patut ada pada semua gadis2 melayu diluar sana.

lawa header baru eiza, cute kucing tu!
besi berkata…
berani kerana benar...
bagus........cuma berhati hati
selaps ini...
Mak Su berkata…
yeah! caiyuk caiyuk, macam gituler orang perempuan,... hebat dan tangkas
eiza in the house.. berkata…
sis_nita
* syukur Huda Nasuha tu tak ada ape2..tp mmg dia betul kental nak dptkan balik beg dia tu..

fiezabaiduri
* yup..nasib dia tak alami nasib cm kawan yg dulu tu..last dia masuk wad xcdnt..


dina
* betul tu..lepas nie leh buat novel pasal peragut la ..puan dina :)


eddie dewanaga
* ermm..mmg sebegitu..tp kene bertindak ikut kewarasanla..ape yg terjadi kene tanggung sendiri..

- thanks bro igt tak pasan tadi..dah tukar..hehe

besi
* a'aa...lepas nie kene lagi alert..


Mak su
* betul2 mak su, baru namanya perempuan melayu terakhir..cewahh!
KUNTONG berkata…
wanita skrng mmang berani. tahniah Huda.....
xAmU berkata…
uish,mntap..hehe
mamai berkata…
caya la dengan budak huda nie...boleh berkenalan nie mana tau kalau aku kena ragut dia boleh tolong...
Rashid berkata…
Nasib baik takde apa-apa. tapi bahaya juga tindakan sedemikian. Mana taule kan. Tapi kalau ada ilmu kepahlawanan okey gak. Terajang je peragut tu.. tae kwan do ke..karate ke.. judo ke.. hehe. Baru real..
TuYa berkata…
yeah..caya la..
sbb dah geram tu la x sedar diri tu..
padan muka peragut tu..tak guna..ceshhhh!!!
dkama berkata…
yezzzaaaaaaaaa orang yang selalu mengganggu KEDAMAIAN kita patut di hukum... PEACE...za jangan cekik adik kat umah tau... don try dis at hom... PEACE lagik...
zedmagel berkata…
Eiza,

Dia memang wanita berani dalam mempertahankan haknya. Tahniah jika ramai wanita yang begitu.

Eiza, macam tu ke?
eiza in the house.. berkata…
Kuntong
* begitulah pakcik..:)


coklat panas
* :)

Tuya
* tulah..dia igt dia leh lepas..
dia tak tau pompuan klu dah geram bagai..meroyan sakan jadinya..huhu

Rashid
* betol3 tu cikgu :)


mamai
* adakah...sudah..huhu


dkama
* yer dkama..adik eiza ada silat mau eiza yg terbelit kang..

zedmagel
* tq bro menghargai wanita itu..

erkkk..tak tau la nak kata..tgk situasi gak kot..

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

aku suka makan..hehe