Dari Ustaz Hj. Ismail Kamus

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelaranny Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormatiNabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik
jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong,laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca ' SalaMun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin.'

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman.Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, 'Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu' Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada
dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...

Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh,maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal disitu. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk...



*notahati: moga kita dpt berpesan2 antara kita..sbg panduan dlm hidup.=)

Ulasan

mamai berkata…
ada juga manusia yang suka kawan dengan jin pala tojes
eiza in the house.. berkata…
mamai
* tula nape ekk??..
matakucing berkata…
yup fakta jin takut ngan nabi sulaiman tu..aku ada baca kat buku "Iskandar Bukan Zulkarnain".
eiza in the house.. berkata…
matakucing
* owhh..kat popular ada jual tak bro??
caluk@cencaluk berkata…
buku tu aku perasaan masa pergi masjid negeri shah alam.
zedmagel berkata…
Salam Eiza,

Terima kasih banyak atas panduan yang diberikan. Awak praktikan tak?. Semasa menunggang moto, banyak isqtifar supaya selamat.
Khairul Onggon berkata…
aaaa... penah dgr ceramah ustaz ismail kamus ni dlm format mp3.. sejibik mcm yg diceritakan dlm blog ni... mmg best... makasih.. :)
dkama berkata…
azazil ngan lambang man.Utd sama tak?
eddie dewanaga berkata…
Nabi Sulaiman a.s tu dengar ceritanya adalah raja segala jin...
matakucing berkata…
popular tak pasti ..MPH ada ler..aku rasa ada kot ko cuba carik
KUNTONG berkata…
no 9 dan 10 boleh jadi mini bomoh le...eiza...mcm dah selesai..saat debaran tu.
fajridil adha berkata…
jin shamsudin tu jin kategori ape ek? ^_* [my blog]
mummysyafie berkata…
hihih...sejak bila jin dapat datuk ekrk? takde pulak yang panggil tan sri

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

aku suka makan..hehe