teka-teki imam ghazali


Semoga mendapat iktibar dari ungkapan dibawah ini.

Renungan

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu
beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini
?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali
adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati
dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang,
gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka
menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan
sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..

Ulasan

besi berkata…
nasihat yang baik untuk dijadikan pedoman
eiza in the house.. berkata…
besi
sambil2 menyampaikan..
sambil muhasabah diri sendiri..
yg kadang2 over..
mamai berkata…
itulah dia kita di dunia ini...
terima kasih kerana mengingatkan
eiza in the house.. berkata…
mamai
sesama bro..tanggjwb kita bersama =)
KUNTONG berkata…
eiza : walaupun PC dah waktu asar, nasihat tu amat berguna. TK.

Nntilah PC akan naik moto besar jalan2 kat sprap no.3 kah...kah.....
matakucing berkata…
tq for sharing
eiza in the house.. berkata…
Kuntong
pakcik dah beli moto besar ekk..leh la pinjam..tak nak tumpang..karang pakcik tak larat nak bwk..hehe

separap no.3 tu umah arwah nenek kat sna =)


matakucing
* sharing is caring bro =)
eddie dewanaga berkata…
satu peringatan yg cukup kemas, untuk kita renungkan...
eiza in the house.. berkata…
eddie dewanaga
* sesama la kita renungkan dan beramalkan..:)
zedmagel berkata…
Salam Eiza,

Lagi kata-kata Iman Ghazali.. modalku adalah umurku..syukur kerana aku masih lagi melihat hari ini.

Catatan popular daripada blog ini

perut ku oh mataku..