ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:

*Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a.,
daripada Nabi Muhammad s. a. w.,
bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin,
dan membenci orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan
'Alhamdulillaah' ,
maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnyapula mengucapkan
'Yarhamukallaah! '.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,syaitan akan mentertawakannya.


2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:

* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu SaidAl-Khudri r. a., katanya :
Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk(melalui mulut yang terbuka).
Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap,
sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.


3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:

* Diriwayatkan oleh Muslim,
Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin,
dan membenci orang-orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu menguap,
jangan sampai berbunyi haaa haaa,
kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula
daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya:
Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci
mengangkat suara ketika menguap dan bersin.
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap,
lalu dia berkhayal dalam ingatannya,
bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali,
niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Ulasan

noey.rania berkata…
noi klau pg2 mesti nguap, slalu tahan jerr tapi klau dah x tahn tu lepaskn jerr lah hehehe
eiza in the house.. berkata…
noey.rania
* samala kita..tp dah tau nie..kene la beradab skit :)
eddie dewanaga berkata…
memang tgh ngantuk ni eiza...

mau godak nes O satu mug dan mencuci muka di toilet sambil berasap...

"smoke on the water,
fire in the sky..!!"
eiza in the house.. berkata…
eddie dewanaga
* eiza tau kenapa..nie mesti kes tgk bola la nie pg tadikan..

baik2 berasap tu..karang terasap lain lak..sbb dah tido..hehe
besi berkata…
eiza gud info....
SRISUFI berkata…
salam eiza,

heheheh...lama tak datang sini. Apa khabar ya kamu ???
Mak Su berkata…
tq sbb sudi folo ceritakosong :)

tq juga utk info ini :)
eiza in the house.. berkata…
besi
* kita kongsi bersama lagi baikkan :)

srisufi
* hai sri..tula sri bz ekk..kabarnya sudah sehat2 gtu :)

MakSu
* mana ada kosong..mencuit hati lagi :)
Firdaus berkata…
ceh.. tak jadi gua nak nguap baca entry ni.
eiza in the house.. berkata…
apei
* sabar..hehehe..sopan2 skit :)
Tanpa Nama berkata…
salam eiza

tmeksh krn berkongsi info nih...
kite pon kalo menguap huh sedaya upaya menahannya daripada berbunyi ke ape... susah sgt kekdg tu tetmbh bila dah mengntuk sesgt...
eiza in the house.. berkata…
manje
* hai manje..kita pun..kekdng terlampau lagi..klu time2 bosan ajar dak2 rempit..mengantok sungguh kita nie..buruk dah jdnya..malu rasenya..huhu
matakucing berkata…
ko pernah tak tgk muka ko bila tanahn nguap?? cun kan
eiza in the house.. berkata…
matakucing
* erkk...ape kata esok jerk kita ambik pic kita tgh nguap..suh dak2 rempit ambikkan ..mesti huduh giler..bro pernah ke tgk?
KUNTONG berkata…
Sya selalu bersin bila nak selsema. Tapi x bleh nak tahan le....bila dah lpas, lega... Macam tu ?
eiza in the house.. berkata…
Kuntong
* erkk...mcm tu tak ada lak dia kata apa2..kira "halal" kot pakcik :)

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

gerammmm!!