kamu rasa kamu bagus?
Sebelum kita menghukum orang lain, fikir dahulu... Adakah diri sendiri lebih baik dari orang yang ingin kita jatuh hukum itu? Kalau lebih baik sekalipun, siapakah kita untuk menghukum dia? Setiap orang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.. Sentiasalah buka pintu kemaafan kerana hanya dengan itu hidup kita akan tenang dan lebih bermakna.
Manusia lebih suka menunding kesalahan pada orang lain tanpa melihat salah sendiri. Selalulah fikirkan bagaimana kalau kita berada di tempatnya... Letak situasi dia di tempat kita. Apa yang akan kita rasa? Jangan menilai orang dari sudut luaran. Kenalilah dia dari dalamannya... Mungkin yang nampak baik, tidak sebaik yang disangka, dan mungkin yang tampak kurang baik, lebih baik dari yang nampak baik itu.... Kebenaran selalunya adalah sesuatu yang pahit untuk diterima tetapi biasanya yang pahit itulah penawar....
Berusahalah untuk sesuatu yang lebih baik... Bukan memburukkan keadaan.
Ulasan
sape lagi nak puji diri sendiri kalau x tuan punye badan..hahahahahahahha..
n3 tu sangat2 berilmu dan bermanafaat..
yg penting sedar,blajar dr kesilpan dan redha dgn ketentuan setelah berusaha sedaya mampu..
selagi namanya manusia...
ko matikan dulu org lain
9 jari org tunjuk kite..
Sesiapa pun akan tetap insan biasa, kita bukan siapa-siapa, kerana seorang kita adalah diri kita sendiri milik Allah Yang Maha Esa.
Tanpa diri kita, dunia ini pun akan terus berputar sehingga ke akhir usianya.
teringat zaman muda2 dulu,
darah muda... sebelum diorang kencingkan gua, gua berak kan atas kepala diorang dulu...!!