Fadhilat jadi Isteri..

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan
didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng
dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya
Fadhilat: terus masuk syurga!


Notahati: masyallah, senangnya nak mendapatkan gajaran pahala hnya dgn melayan si suami dgn baik..moga2 suatu hari, nanti kojah leh layan suami kojah mcm perkara2 di atas =)...salam israk mikraj buat semua..

Ulasan

besi berkata…
banyak fadhilatnya....
bila menjadi seorang yg soleh...
selamat beramal...kata ustaz izi..
mamai berkata…
senang sungguh orang perempuan nak masuk syurgakan...
eddie dewanaga berkata…
Allah Maha Besar...!!!
KUNTONG berkata…
Ei..lain mcm saja entri ni....mcm mana pun ia sangat baik untuk kaum wanita membaca dan mengamalkannya.
( yang hampir jadi isteri tu...kena baca dan ingat).
dina berkata…
Za, rasa nak nangis aku baca... sesungguhnya senang bg kita org perempuan nak dapat pahalakan? dalam rumah pun dah dpt pahala... janji amalan kita tu ikhlas...
cikin berkata…
trima kasih za..:):) minta izin letak kat blog cikin ya..;) *leh jd panduan cikin d ms depan* nnt cikin credit link za..:) trima kasih..:)

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

aku suka makan..hehe