30 Oktober 2009

selera ke?...


Salam kengkawan..
moga hari jumaat yg mulia nie hari yg hebat
dan
bahagia buat kita semua..




Kat bawah nie ada beberapa gambar yg agak2 masuk klasifikasi 18GSM
(ganas,seram dan menakutkan) ..

so, sila jauhkan muka anda dari monitor atau lcd komputer anda ok..
klu terkejut tanggung sendiri..huhu



Pernahkah anda mencuba menjamu selera dengan memakan kek replika dibwh nie?

atau

berselerakah jika dihidangakan kek perkahwinan, kek hari jadi
atau kek utk majlis ape2 aje lah seperti ini..

kalau

rasa-rasa ini idea baru yg aku bg..
nanti leh la buat yerk..
tgk ada yg selera tak..
jom layanzzzz....















29 Oktober 2009

:::(^):::


Salam semua.. moga ada sesuatu yg istimewa pd hari nie..:)





@ndai ku mahu mu..
aku perlu biarkan kau pergi sejauh yg kau mahu..

pastinya

suatu saat nanti..
kaukan kembali padaku jua..

@ndai cinta itu bukan milikku..

hanya

doa tulus suci ku hadiahkan buat mu..
moga kau bahagia disana..




notahati: tapi klu semua org menanti aje susah jugakan impian nak menjadi nyata..tp apepun kembali pada ketentuanNya.. Qada dan Qadar harus la kita redha...maaf kojah blues lagi hr nie..huhu

28 Oktober 2009

khasiat air liur sendiri...

Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat
khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..

Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Kalau rajin. Tolong sebarkan kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. wassalam.

27 Oktober 2009

perut ku oh mataku..

Salam semua..moga hari nie hari yg terbaik buat kita..

Nak tnya dgn korang la.. korang penah tak sakit perut smpai berguling-guling..pastu kuar masuk bank kecik tu 3-4 kali..korang rase tu penangan gastrik ke atau salah makan?..

perut aku nie mmg ada problem yg sgt besar kot.. sbb dia suka sgt sentap tau, bila aje aku makan benda2 yg lama skit..maksud aku cthnya mcm tadi..aku bekal nasi lemak yg ayah aku beli utk breakfast pagi tadi.. pastu aku tapaw la juga kuih muihnya skit2..sbb bykkan..so klu kat umah tentu tak abis..

masa lunch tadi..rasenya nasi lemak tu ok..tak adalah pulak rase2 basi2 ke ape...nie tadi nak masuk kul 2ptg nie tadi... dia punya blended kat dlm perut nie.. ya Allah..dh mcm rasenya nak buat aku terjun 2 tingkat tau..sakit yg amat..nape lah perut aku cmnie..dekat 2-3 kali gak bertungku kat bilik kecik tu...nie baru lah lega...cuma nie lah aku confius nape eh..klu sakit je..mesti area perut belah kiri aku yg sakit sgt...ape tadi aku makan menelan je ke..smpai makanan tu tak leh lalu kat usus2 aku tu..iskh..cerewetnya perut nie..

sapa tau.. klu gastrik sebelah mana?.. kiri ekk.. penah jugak masa tu aku tingin nak minum, minuman beri tenaga kat bdn kan..aku try beli kacip fatimah punya coffea..konon2 nak bg tenaga masa puasa..lepas jerk aku minum..teruk aku dikerjakan..kuar masuk bilik kecik smpai tak igt2..nasib baik kat umah..ngan muntahnya semua.. dah masa aku jumpa doktor..doktor igt aku mengandung..iskh simpang malaikat..belum kawin mana nak ngadungnyakan..doktor pun minta maaf..dia kata aku tak boleh minum air2 mcm tu..sbb perut aku alergik..nape lah leh jd cm gini..aku tak boleh menganas cm dulu lagi klu makan..nak kene jaga2..x best la klu tak ada cili padi makan..mau rase makan cm tak ada rase umpphh!!..

------------------------------------------------------------------------------------------

mata aku pulak...mata nie klu tenung lelama kat skrin komputer nie mesti cepat dia merah..mcm aku gosok mata..padahal biasalah kan keje aku kan mmg tgk skrin komputer..semlm belah kiri yg merah, nie belah kanan lak..dh kene tegur...

teringat lak ngan satu cerita akak satu tpt keje aku nie..pasal makcik dia.....masa tido makcik dia gonyoh ke atau gosok mata tu..esok2 pagi tgk dua2 mcm kuar darah..luka..iskh harap2 dijauhkan la..



rase2 korang ada ubat tak..nak baik pulih keadaan aku nie..klu ada sharing2 la yer..harap2 aku cepat la baik..tq u all.

26 Oktober 2009

buntu..

di saat aku perlu membuat sesuatu keputusan itu
patutkah aku menyetujuinya
atau
patutkah aku melukai hati sendiri...


aku buntu
jalan mana yg harus aku pilih
antara kehendak hati
dan
permintaan org tua..


tapi
siapalah yg sudi...





23 Oktober 2009

::rindu::

saat kutatap batas cakrawala
mengapa dirimu yang hadir terbayang
ketika hati kuingkari
namun namamu yang terukir

ketika kucari bayang lain
yang datang hanyalah bayangmu
mengapa kamu tak tergantikan
kepadamu hatiku memendam rindu




notahati: ku titipkan utk "dia"... moga "dia" mengerti...

bunga roselle..



nielah hasil gigih mak ayah aku tanam dekat kebun sebelah rumah

Roselle ataupun juga dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan Roselle ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.

Pokok roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.


besarkan sekuntum bunga roselle nie..besar gengaman aku kot..

Daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.

Pokok roselle adalah sejenis pokok yang mudah ditaman.Cara penanamanya dengan menggunakan biji yang kering kemudian disemai.Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak.Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama.Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air,dan pembajaanya adalah setengah bulan sekali


notahati: maaf la pokoknya lupa nak snap pagi tadi..dpt tunjuk bunga jerk pun memadailah yerk..semlm ayah dpt kutip bunganya seberkas guni beras 10kg tu..mak kata nak bg2 kat sedara mara utk merasa..maklumla first time berbunga byk...mmg sedap dibuat air dan kuntum2 bunga tu dicarik2 buat manisan pun sedap...ada rase skit2 masam mcm ribena..nyumi :)

22 Oktober 2009

rezeki lagi..:)



Salam kengkawan semua.. tgh buat ape tu.. dh nak balik keje ekk.. nanti balik lelok k.. jgn rempit2 tau..hehe

Alhamdulilah, hari nie rezeki tak disangka2.. tadi lunch hour.. bos ajak kita org makan McD kat sebelah carefour tu.. seronok rasenya.. sbb tgh2 kering gni ada lak yg nak belanja.. maka harus pergi gtu walaupun dah tapaw mapaw nasi goreng dari umah dan 2 keping roti gandum..harus bawak balik semula..huhu

pastu tgh syok borak2 ada akak keje kat HSBC bank makan n duduk depan aku ( pic belah kiri atas tu).. klu sekali pandangkan aku lihat mcm kenal (dia pasan kot aku ambik pic dia curi2..huhu).. tp aku mcm tak igt kat mana aku jumpa dia nie..tp 2 kali pandang aku rase muka dia cm iras dina lah.. dina ada tak iras?..huhu klu tak iras mmg mata aku nie ada poblem lah gamaknya..hehe

baru aku tau rupanya kat McD nie kita leh refill air selain air coke, leh refill air sprite juga..jakun sungguh aku nie la..maklum la jarang2 g..ha...jgn gelak ekk..aku mmg tak tahu tau..



petang nie tadi abg opis boy bg kuih nie pulak.. yg mcm apam balik tu.. ape ntah namanya, tp yg dia buat garing kulit luarnya... sedap juga.. sudah ku ngap ngan rakusnya..


oklah nak kene tutup nie..nanti kene kurung dlm opis..salam adios amigo..daa...

Doa utk kedua ibu bapa kita..

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )

. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita
Cuba .Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampunilah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Insya Allah, selepas berdoa beberapa hari akan nampak rezeki datang menjelma..mudah2n..amin..

21 Oktober 2009

cerita seorang teman...

Salam kawan2 selamat petang?..apa khabar buat seseorang disana... mana pergi.. bz ka?

Untuk pengetahuan kengkawan pada hari jumaat tempohari dlm surat khabar cina ada satu insiden yg melibatkan seorang bf klik aku yg dekat KL...ceritanya mcmnie..bf klik aku kene tikam ngan pisau 3 kali n cedera parah pastu terus meninggal..nie semua gara2 dia nak selamatkan laptop dia yg kene rompak masa dia makan dekat MCd area mana aku tak tau tp dekat KL la.. kita org kenal tu pun sbb ada gambar klik kita org dlm paper.. sbb dia org nie bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi..dia org nie bercinta punyalah lama 7tahun tau..mesti sedey sgt kwn aku tu... dan pd hari isnin bos dan braper klik yg lain kat opis nie, g la melawat jap dekat tpt dia org letak mayat tu.. bf klik aku tu pun mmg org BP so mayatnya di bawa baliklah kesini..tak silap semlm dia baru di semadikan..mmg tragis n kesian sungguh..sbb mula2nya mmg dah dpt dh tangkap perompak tu..tak sngka la ada lagi sekor kat dlm kete..ha kau apa lagi kene rodok la dia..eeeee geri sungguh aku rase...sekarang nie kat mana2 aja tak selamat..even kat umah sendiri pun..susah sungguh kan bila malang tak berbau nie..nauzubillah jauhkan la..

Otak siapa yg tak ada?..

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo! !! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

20 Oktober 2009

riwayat sepasang selipar..



Salam kengkawan...
sudah kenyang makan tengahari tadi?..
moga semua masih bersemangat utk sambung keje..
jgn tido pulak bila dah kenyang nie..huhu




selipar cantik nie bukan makcik cleaner punya ok..
ni aku yg punya tau..


Tadikan masa akhir lunch time kat opis aku... dtg satu makcik cleaner a.k.a merangkap leader.. utk mintak sain n utk tau ape kerja yg tak puas hati yg dilakukan oleh anak buah dia kat opis aku nie...sbb dia akan pastikan keje-keje yg dilakukan oleh anak buahnya itu kemas dan bersih.. maka bos pun gaknya ngadulah.. byk tpt yg anak buah dia buat keje tak bersih..masih byk habuk lagi... lepas bos ngadu..dia la yg tolong bersihkan..smbil mulut bebel2 marahkan anak buah dia tu..kebetulan pulak aku nak g toilet.. so kira lalulah sebelah dia yg tgh kemas2 tu... dia pun ckp..."selipar makcik esah nie rupanya kat sini.."" ptt la tak ada kat opis.. ""suruh bersihkan bhgn nie pun tak nak bersihkan.." dia kata....

aku pun pelik..selipar?.. yg manakan.. sbb budak bangla tu pkai kasut mana ada pkai selipar.. cuma akak cleaner lama dulu yg pkai selipar bila buat keje kat sni ..kira selipar tu dah lama dah ada kat opis aku nie.. dah dekat 3 tahun sama umur ngan aku keje sni... "selipar yg mana?" aku tnya.. *selipar yg nie" makcik esah jwp...pastu selamba jerk makcik esah tu masukkan selipar yg akak cleaner lama pnya tu masuk dlm beg plastik..nak bwk balik opis la tu..

maka aku nak bg tau lah kat korang.. bahawa tamatla riwayat selipar tu kat opis aku nie..dan selipar tu sebenarnya byk berjasa pd aku dulu2 masa mula2 masuk sni... sbb asal aku ambik air wudhuk aku pkai lah dia.. pastu masa CT kat sni pun..dia tak penah bwk selipar sendiri...dia pkai selipar akak cleaner tu.. berjasa sungguh tau selipar tu pd kami.. tp, td tu bukan aku tak nak ckp.. selipar tu sebenarnya dh lama kat sni...sbb aku rase perlu hormatkan seorang yg lebih tua dr aku..aku diam kan jerk la..tak sanggup nak malukan makcik esah tu.. selamat tinggal selipar.. ko byk berjasa dekat aku... aku dah tukar 4-5 kali selipar sendiri.. ko tetap berjasa gak kat aku.. sbb bila putus pasti aku cr ko... begitulah kisahnya kawan2.... rasenya dah mcm tulis karangan aku sepasang kasut masa sek2 rendah dulu pulak..huhu

secangkir kopi O, sepinggan ubi rebus..:-)

Selamat pagi semua...
semua dah sampai opis ker?...
hari nie kat BP baru lepas hujan selebat2nya mlm tadi...
cuaca pun masih mcm nak ujan lagi..
sejuk sgt..
nie pekena kopi O dan ubi rebus cecah gula atau ikan masin nie..
wow..mmg berselera..betul tak?..hehe


inilah menu sarapan pagi ku.. :)




secawan kopi O panas

dan




sepinggan ubi rebus..nyum3

(rindu sambal tumis kak jaja yg sedap tu dan kopi bancuhan arwah nenek...hehe)

19 Oktober 2009

mata memandang tanpa kerdipan
mulut berbicara tanpa kata
tangan ingin mencapai tp tak sampai
hati berdegup laju tak terkira

malu jadinya bila kau memandang tanpa wajah
bila kau senyum tanpa ku lihat
hanya bayangmu dapat ku rasa
tapi ku tahu jejakmu terhenti disini




tq 4 mr. google yg hencem...

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas...

Salam isnin utk semua...happy deepavali :)...ape khabar kengkawan...byk dpt jemputan open house utk deepavali?...Mai cheq nak habaq pasal kesihatan nie..jom!


Artikel ini berguna untuk semua.


VS


Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.(alamak terkene btg hidung sendiri nie..huhu)

Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita ..

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.

Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS atau suam selepas makan.



Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!





Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.

Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.....



***Baca nie.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!..mari sebarkan kepada kawan yg lain.. bahawa minum ais tidak mendatangkan ape2 faedah melainkan kesejukan dan keyamanan yg sementara... igt tu kojah.. minum air panas.. bukan berkeliling ngan ais.. huhu..wassalam.


15 Oktober 2009

info bersama...



Kedudukan Malaysia yang hampir dengan laluan taufan, pusat gempa menyebabkan ia merasai tempias bencana

DALAM tempoh beberapa minggu lalu, rantau Asia Pasifik teruk dilanda beberapa bencana alam yang mengorbankan ribuan nyawa. Paling teruk, Taufan Ketsana yang mengorbankan lebih 400 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja.

Bencana itu disusuli pula dengan gempa bumi berukuran 7.6 skala Richter yang melanda Padang, Sumatera, Indonesia mengakibatkan hampir 1,000 nyawa terkorban, belum termasuk kategori orang hilang yang kemungkinan besar akan menyumbang kepada peningkatan statistik korban.

Pada hari sama juga, tsunami membadai Samoa Amerika dan Samoa Barat, mengakibatkan hampir 150 orang maut.

Beberapa hari lalu, Filipina sekali lagi dilanda musibah taufan disifatkan sebagai 'super typhoon' dikenali Taufan Parma, mengakibatkan banjir kilat yang mengorbankan hampir 300 orang di Manila dan sekitarnya.

Taufan itu melanda timur laut pulau Catanduanes di tengah Filipina pada kelajuan 180 kilometer sejam, meniup kencang menghala ke arah barat daya menuju tanah besar Luzon, dengan membawa hujan yang amat lebat.

Keadaan itu membimbangkan kerana Malaysia berada dalam lingkungan tengah antara semua negara terbabit. Semuanya berlaku berhampiran Malaysia iaitu gempa Sumatera (barat Semenanjung) manakala taufan melanda Filipina (Sabah dan Sarawak) serta Kemboja dan Vietnam (timur Semenanjung).


Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi), Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari menjelaskan, secara geografi, rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sebenarnya dihimpit dari semua arah oleh pergerakan plat tektonik iaitu Plat Indian Australia, Plat Pasifik dan Plat Eurasian.

Katanya, pergerakan plat tektonik ini menyebabkan rantau ini mempunyai kawasan aktiviti seismik yang aktif dikenali sebagai 'lingkaran api' yang mengunjur dari Laut Andaman, perairan barat Sumatera, Pulau Jawa, Sulawesi, Irian Jaya, dan Filipina.

Kedudukan Malaysia yang berhampiran pertembungan plat tektonik di sebelah barat kepulauan Sumatera dan di kepulauan Filipina menyebabkan beberapa aktiviti gempa bumi yang terjadi di kawasan berkenaan turut dirasai di Malaysia.

"Jika dilihat kepada statistik, ia agak membimbangkan kerana secara purata, Filipina dilanda bencana taufan 20 kali setahun dan sembilan daripadanya serius dan tepat. Ini berlaku kerana ia berada di kedudukan tempat pertukaran putaran angin tekanan rendah yang akan menarik udara tekanan tinggi.
"Namun, biasanya laluan pergerakan angin itu yang menyumbang kepada taufan sebenarnya lebih menghala ke arah China, Jepun, Taiwan dan kadang kala tersasar ke Vietnam dan Kemboja.

"Keadaan itu berlaku pada kawasan yang mempunyai suhu 7 darjah Celsius utara dan selatan dan hakikatnya, Malaysia langsung tidak cenderung ke arah itu kerana mempunyai daya tarikan suhu hampir 0 darjah Celsius.

"Jika ada, ia cuma angin ribut pada suhu permukaan atau ribut tropika mengakibatkan angin kencang dan ribut petir. Cuma Sabah dan Sarawak agak terdedah kepada risiko berkenaan terutama di pantai barat Sabah," katanya.

Hakikat yang harus dibimbangi juga ialah Indonesia kerap dilanda gempa bumi dan tsunami, bahkan kesan gegarannya turut dirasai di negara ini.

Alui berkata, pertembungan plat tektonik di sebelah kepulauan Sumatera berlaku setiap tahun dengan purata pergerakan garis sesar aktif sebanyak 7 sentimeter (sm) setahun manakala di Filipina, ia merekodkan pergerakan 11 sm setahun.

"Ia terlalu kecil dan jarang dirasai gegarannya. Umpama individu yang mengalami tekanan perasaan, lebih baik dilepaskan sedikit demi sedikit daripada dibiarkan dan dipendam. Akibatnya, jika dipendam terlalu lama, ia akan 'meletup' mengakibatkan gempa besar dan boleh terjadi tsunami," katanya.

Seorang lagi pakar meteorologi merangkap Ketua Pemantau Sistem Bumi, Simulasi dan Iklim, Institut Sains Laut dan Bumi, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, berkata taufan boleh dikesan berdasarkan petanda cuaca buruk dan pergerakan angin, tetapi keadaannya berbeza jika berlaku gempa bumi terutama yang kuat hingga menyebabkan tsunami.

"Pergerakan angin 'tidal search' juga boleh menyebabkan banjir di kawasan pantai dengan ketinggian ombak mencecah 3 hingga 4 meter tetapi tenaganya agak rendah berbanding ombak tsunami kerana tenaganya sangat kuat dan kekal walaupun ketika melanda pantai hingga menghasilkan ombak tinggi.

"Jika wujud rekahan plat sedalam satu kilometer, kelajuan ombak yang terhasil boleh mencecah 360 kilometer sejam. Maknanya, ombak itu boleh sampai dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dalam tempoh sejam, sama kelajuan kapal terbang," katanya.

Info

  • Definisi gempa bumi: Fenomena gegaran bumi yang berlaku akibat gerakan bumi yang mengalami gelinciran di garis sesaran bumi ataupun disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.

  • Tsunami: Satu perkataan Jepun bermaksud 'ombak pelabuhan'. Ia adalah satu fenomena ombak besar yang melanda pantai disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut. Aktiviti di dasar laut seperti tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan serta hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami.


  • - dipetik dari berita harian online

    14 Oktober 2009

    musibah...

    Tengahari tadi aku dpt call.... dari seorang sahabat ku yg baru saja bergelar suami org...dia ada bercerita serba sedikit kejadian "pelik" selepas pernikahannya tempohari. Majlis itu diadakan di rumah pengantin perempuan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

    Mujur dan syukur kehadrat Illahi sbb semuanya berjalan ngan lancar semasa majlis dilangsungkan... cuma masa rombongan lelaki mahu pulang ke Johor..ada kejadian yg tak dipahami atau lebih senang di ucap sbg "mistik" berlaku..bygkan rombongan pihak lelaki menghadapi kerosakan bas smpai 6 kali dlm perjalanan balik..sedangkan bas yg digunakan adalah bas baru...macamana belting bas tersebut asyik kene tukar tp bas masih tak mau bergerak2 juga..lepas tu ada kejadian lain lagi berlaku..kata kwn tu..cermin belah depan bas tu pecah akibat lantunan seakan2 api ke arah cermin bas tersebut..nasib la kata kawan ku itu... semua yg berada didlm bas semuanya ada"berisi"..maksudnya ada ilmu...bukan calang2 org..

    Bila kawan tu pergi berubat ...org yg mengubat tu ckp ada org dengki ngan wife dia..dia akan pastikan anak pertama kawan ku ini akan ilang dan sanggup nak porak perandakan kehidupan kawan ku ini..kawan ku ckp yg melakukannya adalah bomoh dari Siam....MasyaAllah..beratnya dugaan sahabat ku nie..aku suruh dia byk bersabar dan berdoa pada Allah moga semuanya selamat..

    sbg manusia kita sepatutnya redha atas ape jua yg terjadi..jgn gunakan sesuatu yg boleh menyukutukan dan menyesatkan utk mendapatkan ape yg kita ingini..tp itulah..sbg manusia ini sering dimomokkan dgn hasutan2 dari iblis dan syaitan..iman mudah goyah..sering kali kita yg ternadah...jadi usah biarkan hidup kita diselubungi masalah..berdoalah dan bertawakal..moga Allah tunjukkan jalan yg benar.. lagi lurus untuk kita....wassalam.




    gambar dari encik google



    notahati: aku juga bukan manusia yg kuat utk harungi semua ini..tp aku cuba menghindarinya..insyallah..

    kelukaan hati...

    bila hati sakit..
    kita akan melempiaskannya pada org lain..
    padahal kita tau..
    sakit itu kita yg buat sendiri..

    bila kita bahagia..
    kita selalu lupa pada sapa harus kita mengucap syukur..
    segalanya bagaikan roda..
    setiap kehidupan pasti ada pasang surutnya..

    cuma kita..
    kita sbg diri kita sendiri harus tau mana satu pilihan yg tepat utk diri kita..
    sama ada meratapi kelukaan itu...
    atau tinggal saja ianya disitu smpai bila-bila..





    pic from mr google..

    12 Oktober 2009

    Sabtu yg bz..

    Salam hari isnin..maaflah n3 aku lmbt posting sbb intenet kat opis aku nie mcm siput V*VI dia punya lembab daaa...


    Sabtu lepas byk program nak kene ikuti..mujur la semuanya berjalan dgn lancar walaupun ada sesetengah perancangan tak beberapa nak lancar...yg ptg semua sudah beres..syukur alhamdulilah..Buat Kak Jaja dan Kak Neezareef terima kasih menjemput eiza dtg kerumah kalian utk beraya dan majlis aqiqah...buat Kak Rina..jgn lah sedey..semua dah mmg tak ada rezekikan nak g jumpa kawan2 yg lain..klu pergi juga mungkin ada sesuatu yg tak baik akan terjadi..nauzubillah..mintak2 dijauhkanlah hendaknya...takperla tahun depan klu umor pjg kita jumpa lagi..klu tak raya pun, apa slhnya jumpa2 kan? ...

    gambar2 di bwh nie aku ambil semasa penantian menunggu kak rina dtg ke rumah kak jaja utk beraya...masa nie aku setengah jam awal smpai kat umah kak jaja..sbb ada smthing aku kene buat sebelum jumpa dia org..syyytt kak jaja ko jgn bg tau rahsia..hehe

    sekali tunggu punya tunggu..panggilan saje yg smpai da...
    rupanya kak rina a.k.a cutemuit sdg dlm kesusahan kerana kunci keretanya hilang dan tak dpt dikesan..hampir satu jam juga menanti...mujurlah abg kak jaja kenal mekanik kereta area2 kg kak rina tu..dan kebetulan pula akak ipar kak rina pun telepon org yg sama..maka dpt la menyetel..klu tak, mau juga aku kesana2 tgkkan2 ape yg ptt..hehe mcm la aku mcgyver ..sebenarnya tak reti apepun..



    aksi tuan rumah dan makanan yg dihindangkan hari tu, cukup marbelous..menu, ubi rebus cecah sambal tumis..meletop smbal ko kak..klu tak igt2 tu kat umah ko, mau aku ngadap sorang smbal tu..hehe..pic yg lagi satu tu..aku ambik pic curi2 masa lalu depan umah akak neezaref..sbb masa dtg kat umah dia tu..malu nak kuar kan hp cap kaki tiga aku nie..masa smpai kat umah kak neezaref tu aku rase aku dan kak jaja lah rasenya tetamu2 yg akhir dtg..sekali masa makan tu jumpa la kawan kak neezaref yg jd blogger gak..mula2 tgk muka cm tak pasan..sekali kak neezaref ckp akak nini tu ada blog baru teringat mcm penah masuk blog dia...kak nini a.k.a mimie (maaf ye kak nama akak sy tak pasti yg mana) nanti2 kita terjah2 ye..
    dpt lagi sorang kwn blogging walaupun tak beberape kenal sgt..




    eh gambo ape nie...cm pasar tani kat Thailand jerk..mcm kat blog buayamerah tu...
    bukanlah..sebelum g umah kak jaja ptg tu..aku g rempit htr budak jap kat tapak...hujan pulak lebat selebat2nya..rasenya wiper akunya kekuatan tak mampu nak tepis hujan tu..huhu..dah settle, aku berkejar pulak g ke Parit Sulong..sbb ibunda ku yg tercinta ingin membeli brg2 sedikit..kerana esoknya ada marhaban dari tempat bekas emak keje dulu..dekat Kg Mampan tu..so dekat tghari juga baru balik..smapi rumah pulak harus la masakkan..so masak2 kul 2 baru siap semua..tp yg tak bestnya nak tau tak eletrik dirumah aku nan do..abis cm ne nak g beraya..baju den lom gosok..waaaa...nasib la ada penyelamat telah membantu...itu yg dpt teman kak jaja g umah kak neezaref..anywhere thanks kak jaja..:)


    begitulah kisahnya sbtu aku yg bz n kelam kabut skitJajarkan ke Tengah

    09 Oktober 2009

    kucing main piano diiringi orkestra...percaya?

    Salam kawan-kawan...ape khabar kamu disana?..
    moga bunga kebahgiaan menyinari mu hari nie :)

    Kucing pintar bernama Nora. Dia bermain piano. Asli. Diiringi musik orkestra. Penonton konsernya berdecak kagum, sampai-sampai ada yang menyebut Nora sebagai reinkarnasi komposer legendaris Mozart. Tonton video kucing Nora di sini.

    Dijuluki sebagai Nora The Piano Cat, demikian dikutip Blog Berita dari Today. Kucing unik ini milik Betsy Alexander and Burnell Yow. Nora bisa memainkan piano karena sering melihat majikannya memencet-mencet tombol piano di rumah. Satu piano disediakan untuk dipakai Nora berlatih.

    Sebuah simponi sengaja ditulis oleh musisi Mindaugas Piecaitis untuk dimainkan bersama kucing Nora. Penampilan mereka di depan publik diberi tajuk CATcerto.

    Kru Today sempat berusaha agar Nora bisa diajak langsung tampil di panggung untuk bermain musik bersama pemain orkestra — yang bukan kucing tentunya, tapi manusia. Rupanya kucing ini manja, dia hanya mau main piano di rumahnya. Akhirnya si kucing Nora direkam secara langsung di rumah, di depan piano, lalu orkestra pun berlangsung di dua tempat berbeda.








    **kebetulan pagi tadi..aku tgk si nora nie kat MHI..terkesima kejap tgk dia main piano tu..tu aku cr pasal dia..

    08 Oktober 2009

    panas..panas..panas...hehe

    Salam kengkawan..mudahan2 hari nie hari yg ceria utk kita semua hendaknya..:)

    Tadi ada citer menarik, tapi taklah sehebat citer Qabil ngan Fasha Sandha tu..hehe. Cuma tadi aku teruja sgt sbb dpt jumpa sorang lagi blogger Batu Pahat ditempat keje aku..Kebetulan tadi si "tuan badan" tu ada hal dekat2 area opis aku dan kebetulan juga dia nak jumpa blogger sebelah opis aku, sbb ada nak beli barang hp katanya..tu pun nasib baik la tuan blogger sebelah umah nie sudi bg tau, "kak cutemiut78 nak dtg sini"..ternganga mulut aku..terkejut..tapi tak lama pun..sbb benda dia cari tak ada..dia pun mintak diri lah dulu..dia dtg ngan hubby dia sgt la cutemiut jugak...hehe..jgn marah eh kak..:)




    eiza ngan cutemiut78
    terima kasih sudi layan borak jap..
    suka lah dpt jumpa akak..
    walaupun akak mcm tak kenal kita.
    kita cuma silent reader blog akak je..
    kak jaja harus ko jelous tgk pic nie kan ..hehe




    ha..nielah org yg dicari oleh akak cutemiut78 tu..
    aku nie numpang kepoh jerk tadi..hehe
    budak comeil nie pun salah sorang blogger BP gak..
    sesapa yg ingin mengikuti kisahnya klik sini yer..
    ::: Lina :::

    07 Oktober 2009

    sweet memori...lebaran 2009

    kasih syg yg abadi...
    bermula dari keikhlasan hati yg suci murni..
    terima kasih daun keladi..

    Majlis ramah mesra blogger hari raya 2009..
    di rumah Tuan Haji Kuntong




    kenangan terindah ini tercatat pada tarikh 6.10.2009..
    bertuahnya aku dpt turut serta dlm pertemuan ini
    bila smpai masa nak balik beramai2 tu..
    ada budak pakai baju merah tu leh duduk balik..
    sembang2 ngan otai2 bp smpai dekat kul 11pm..huhu..nasib umah dekat...
    tak malu sungguh..tu sbb penangan dan godaan dari isteri2 otai bp la nie..
    peramah yg amat..hehe



    tgk la mcm2 ragam n aksi ada..
    masa nie tgh menunggu bro amir ngan bro lenz serta eiyza dtg..
    igtkan aku yg paling lmbt wupanya tidak..
    tp yg tak bestnya aku jela yg dtg solo molo..huhu
    adakah lagi yg solo..huhu..syyyt rahsia..haha..
    nie nanti kene buli kang ngan bro otai..
    sbb mlm tadi dh jd bahan usikkan..



    Pertama kali dpt bersua muka ngan blogger lain..
    selamat berkenalan - eiyza, jaja n neezareff -
    tp kak jaja tu lama dah aku kenal..kan kak kan..:)
    yg bestnya nama kami adalah sama diakhir rancangan..
    opss2 bukan diakhir nama _"ZA"_:P


    cerita penuh boleh klik di bwh ini yer

    - neezareef-

    - jaja/bini the rock -

    macam-macam aje..

    Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang
    ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan
    Aceh Merdeka).

    Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam
    jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak
    mencangkul kebun jagung ini?"

    Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan,
    jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak
    dalam surat itu.

    Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya
    setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota
    Medan.

    Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian
    mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si
    bapak tulis surat ke anaknya.

    "Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara
    mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang
    harus bapak lakukan sekarang?"

    Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam
    jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin
    terima kasih sama mereka."

    Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.

    06 Oktober 2009

    sebuah nostalgia itu...



    Seminggu menyambut lebaran..
    byk benda baru yg aku perolehi..
    ttg tulusnya kasih syg..
    ttg sebuah ikatan suci..
    ttg sebuah persahabatan murni..
    ttg keikhlasan dan kejujuran...
    ttg hati dan perasaan org lain..
    walau apepun..
    semua itu kenangan paling indah
    utk lebaran kali nie..
    aku bersyukur padamu ya Allah, ya Rahman..amin..

    01 Oktober 2009

    Atong dan Pak Mat Kastam

    Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.

    "Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

    Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

    Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

    "Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

    "Basikal", jawab Atong ringkas.


    bencana itu...

    Salam semua kawan2..mcmana hr nie..moga kembali bersemangat bekerja dan especially berblogging la..:)

    Semalam selang 5 minit aku smpai umah dari tpt keje..aku dikejutkan dgn gegaran yg agak kuat..sehingga mak yg duduk tgk tb terasa mcm melayang2...terus menjadi panik.. mak aku tnya dekat ayah aku sama ada merasakan ker tak umah kita org bergoyang @bergegar (aku tak tau istilah mana yg ptt guna)..bila ayah kuar dr umah dan tgk lampu jalan depan umah kita org pun bergoyang sama mmg sahlah ada dimana2 gempa bumi..selang setengah jam kemudian tb 3 ada letak note kecil dekat bwh citer tu yg menyatakan ada gempa di bhgn Sumatera yg dianggar 7.9 skala riter (aku tak tau eja)..

    Malam tu aku berym ngan kwn aku dia Vietnam yg menyatakan taufan ketsana hampir ketempat dia menginap...punyalah aku risaukan dia..sbb dia ckp tunggu dan lihat nanti cmner keadaannya..moga Allah lindungi dia dan sahabat2nya disana..amin

    Bila difikirkan balik..klu tsunami terjadi..selamatkah aku di bumi Batu Pahat ini..sbb penah satu ketika ada berita yg menyatakan Batu Pahat akan tenggelam sbb kwsnnya yg rendah..nauzubillah..umah aku dah la jauh dr bukit bukau..cmner nak rempit g sna klu ada tsunami??

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails