Atong dan Pak Mat Kastam

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong.

"Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

"Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Basikal", jawab Atong ringkas.


Ulasan

el berkata…
kahhhhhhhhhhhhhhhhhh lawak gilerrrr si atong tu....mmg genius...
ni boleh tiru gaya seludup ni..kahhhhhhh
zedmagel berkata…
Salam gumbira Eiza,

Memang le lawak cerita yang awak buat tu, tapi kan harga basikal siam lebih murah dari harga basikal di Malaysia?

Apa Atong dah tak stabil mindanya?
eiza in the house.. berkata…
el
** dh boleh tu el..ape lagi seludup coklat bebyk..keh3

zedmagel
** entah la bro..zaman bila ntah punya cerita..hehe
mamai berkata…
bengong punya kastam benda besar pun tak nampak
eiza in the house.. berkata…
mamai
** itulah bro..mungkin ada kat alam nyata nie ekk..tak peka pd semua keadaan..


nurmieliasyaza
** selamat hari raya sya..:)
encikbmwhitam berkata…
Salam cik adik...

lawak jugak cerita tu tapi dulu dah ada dah...
cuma bezanya orang tu bawak baja taik lembu dengan menaiki kereta lembu...
jadi, tukar pasir dengan taik lembu... basikal dengan lembu...
hehehe...
eiza in the house.. berkata…
encikbmwhitam
** oo..cmtu ka??...baru tau...pon3..nak duit raya arr...:)
encikbmwhitam berkata…
orang bujang ni keja mintak duet raya ja keja dia...
apa lagi... kasik tapau kueh yang ada ka umah tu pastu pederas milah tu mai rumah...
nanti baru orang pertimbangkan duet raya... hehehe.
eddie dewanaga berkata…
hahaha... adoi, kembang kempis idung gua ketawa.

eiza ni...!!!

gua dah jumpa eiza kat facebook, jeng, jeng, jeng...!!!
eiza in the house.. berkata…
encikbwmhitam
** hehe..milah semputla nak jalan jauh bro..htr by curier ker..transfer bank ke..cantik gak..hehe

eddie dewanaga
** hehe bro ..u know me..

-dah jumpa ke??..
hencem tak dia?..hehe:P
haha.. kalo setahun dia seludup basikal, brape byk dah basikal kat umah dia.
mummysyafie berkata…
hahaha...adoi..masuk akal gak kan?

nway..salam aidilfitri
eiza in the house.. berkata…
nardindiewinki
** itu la pasal..klu hari2 dia buat tnpa cuti..maknanya sebyk 365 buah la..kali ngan sebuah rm200/-..mau kaya pokcik nie..huhu

mummysyafie
** tulah kan kak...dia leh tak check brg ape yg dia bwk ..tak alert ape kenderaan yg dipakai..mentang2 la basikal tak ada insurans ngan roadtax..

Catatan popular daripada blog ini

perut ku oh mataku..