Doa utk kedua ibu bapa kita..

Rassulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )

. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....... . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita
Cuba .Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungilah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampunilah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Insya Allah, selepas berdoa beberapa hari akan nampak rezeki datang menjelma..mudah2n..amin..

Ulasan

Ivy Metaga berkata…
sy sering yakin kalo kita baik dgn kedua2 org tua kita, berkat akan melimpah2..=)
mamai berkata…
sudah lama tidak bersedekah rasanya..akan ku muliakan mereka
eiza in the house.. berkata…
Ivy metaga
** setuju ngan ivy..apepun pegangan kita, tapi bab baik dgn ibu bapa adalah sgt dituntut..syabas ivy :)

Mamai
** kita kadang terlupa bro..
tak per mari kita muliakan mereka..
tanpa mereka sapa la kita di bumi Allah ini..
matakucing berkata…
yup mmg betul bacakan alfatihah bukan shj utk org yg dah meninggal tp utk yang masih hidup pon di galakkan dibacakan alfatihah kepada mereka. tak kira ibu bapa, kwn, jiran, musuh, org tersayang, bini , anak, suami, adik beradik dll.
eiza in the house.. berkata…
matakucing
** alhmdulilah dan terima kasih kepada sesiapa yg mendoakan eiza..:)
besi berkata…
tq utk peringgatn ini........
selamat beramal
eiza in the house.. berkata…
besi
** meh kita beramal bersama..:)
buah kelapa turkey berkata…
Syukron ustazah al eiza dgn enteh punya nasihat amat berguna buat ana. Ana fon kadang-kadang teerluupa akann perkara begini,masaallah tq lahh.
eiza in the house.. berkata…
buah kelapa turkey
** syukran2 ya buah kelapa turkey..
ana cuma menyampaikan..
yg lainnya ente kene usaha sendiri lah..wassalam :)

- ana ingin link blog ente la..bley kasi ana link ke?
azmi yusof berkata…
selagi ibu bapa kita ada didunia..sepatutnya bukan doa sahaja yang boleh kita bagi untuk mereka..bagilah apapun sementara mereka masih ada..kerana bila mereka tiada kita akn merasakan penyesalannya...amin..
eiza in the house.. berkata…
azmi yusof
** yer betul tu..bersetuju ngan pdpt anda..tp pada yg tak mampu beri apa2..hanya doa dan kudrat tulang 4 kerat jek sbg ganti..
mamarempit berkata…
itu la yg sy amalkan setiap masa....utk arwah mak & juga bapak yg masih ada... :(
[biru][pink] berkata…
tq2
dapat benda baru.
hehehehhe
eiza in the house.. berkata…
mamarempit
** bgus la kak..sama2 kita mengingati..esok lusa anak2 kita pula..:)

biru pink
** sama2 kasih adik cumel :)
e.T berkata…
terima kasih eiza sbb mengingatkan kita semua..
eiza in the house.. berkata…
e.T
** mana yg baik kita kongsi sesama :)

Catatan popular daripada blog ini

perut ku oh mataku..