dah mcm ni punya lawa pun nk gi sedut lemak?


NORAINI sebelum menjalani rawatan sedut lemak.


KUALA LUMPUR 25 Mac - Impian seorang ibu tiga anak untuk memiliki potongan badan menarik bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dipercayai selepas mendapat suntikan bagi rawatan kecantikan.

Allahyarham Noraini Mohd. Ghazali, 30, pengarah urusan syarikat pembekal peralatan makmal yang memiliki raut wajah cantik dengan berat badan 45 kilogram meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang semalam di sebuah klinik swasta di Ampang dekat sini yang menyediakan rawatan kecantikan wajah dan badan.

Suaminya, Zaharudin Zainuddin, 35, memberitahu, isterinya telah menerima rawatan di klinik terbabit sebanyak 14 kali sejak bulan Disember 2007.

''Kali terakhir arwah ke klinik itu adalah bagi membuang lemak serta susulan selepas melakukan rawatan menegangkan bahagian punggungnya.

''Arwah tidak banyak bercerita mengenai rawatan kecantikan tersebut. Bagaimanapun, berat badannya dilihat berkurangan iaitu daripada berat asal lebih kurang 50 kilogram ke 45 kilogram,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kata Zaharudin, sejak kebelakangan ini, isterinya mengadu sakit serta memaklumkan ada benang tertinggal dalam perut ketika menjalani rawatan terapi buang lemak di klinik terbabit.

Sehubungan itu, dia menasihati isterinya supaya berhenti melakukan rawatan terapi itu yang mencecah kos RM1,000 bagi setiap kali sesi.

Sementara itu, kakak angkat kepada mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, dia menemani Noraini ke klinik terbabit pada pukul 3 petang hari kejadian untuk temu janji dengan doktor.

''Saya hanya menunggu arwah di tingkat bawah sahaja kerana kebiasaannya sesi terapi itu tidak mengambil masa yang lama.

''Bagaimanapun, setelah lebih tiga jam menunggu, Noraini tidak muncul sebaliknya doktor tersebut meminta saya masuk ke pejabatnya sebelum memaklumkan arwah meninggal dunia pada pukul 5 petang selepas muntah-muntah.

''Doktor itu memberitahu kejadian itu berlaku selepas ubat bius disuntik dan ia prosedur biasa sebelum rawatan buang lemak dilakukan,'' katanya.


Misha menambah, dia berasa kecewa kerana doktor berkenaan mengambil masa lama untuk memaklumkan kepadanya yang menunggu di bawah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hasan mengesahkan kejadian tersebut dan telah mengambil keterangan doktor dan jururawat yang bertugas hari kejadian untuk membantu siasatan.

''Setakat ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan diteruskan ke atas kecuaian doktor sama ada telah mengenal pasti alahan pesakit sebelum rawatan diberi.

''Bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur telah selesai, bagaimanapun sampel-sampel tisu mayat telah dihantar ke makmal kimia untuk siasatan lanjut sebelum keputusan bedah siasat diketahui.

''Keputusan akan diketahui dalam masa lebih kurang empat minggu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohamad Yacob ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menyemak lesen perniagaan premis terbabit dan mendapati ia diperakui dan sah.



notahati: - alfatihah untuk Puan Noraini..moga ditempat dikalangan org yg beriman..amin.
- sebelum membuat sesuatu fikir dulu baik buruknya..

Ulasan

nita berkata…
al-fatihah untuk arwah.. laa ni mcm2 hal.. sedihh jerr akak baca berita ni..
naz ilyn berkata…
salam...
kkdg sifat manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang diberi olegNya dan tidak bersyukur memakan diri sendiri... AlFatihah untuk arwah.
eiza in the house.. berkata…
sis_nita
* mmg sedih kak..

naz_ily
* yerla sbb kita manusia biasakan..x lari dr buat kesilapan..dh terjadi barulah nak menyesal..
TuYa berkata…
semoga jadik tauladan pada sume yg ade niat nak sedut menyedut lemak nih..bangga la dengan lemak2 anda itu...heheheh..puasa pun leh kurus ape..
eiza in the house.. berkata…
tuya
*yer..betul3..hehehe..
eddie dewanaga berkata…
terlampau byk syarikat yg menjalankan operasi rawatan kosmetik ni... berhati2 jika nak cantik, jogging atau join mana2 pusat latihan senaman / gymnasium... itu lagi bagus..!
eiza in the house.. berkata…
eddie dewanaga
* yer la betul tu..doktor pun ckp..ubat2 dr luar nie belum tentu dpt pengesahan dr doktor lagi..
eliza berkata…
uh takut plk...tak jadi lah nk buat rawatan ni...hehehehe

jaga pemakanan dan bersenam ckup la.. :)
man_helang berkata…
sapo ckp org berisi tak cantik??? apo la....
eiza in the house.. berkata…
eliza
* hai..lama tak nampak eliza kat sni..bz yerk..
- mmg betul, jaga pemakanan lagi baik dr makan pil atau buat rwtn kecantikan yg merbahaya tu..

man helang
* yerlakan..biasala perempuan dgn kecantikkan tak dpt dipisahkan..:)
Miss Lana berkata…
ksian nye tak patut doc tu tungu lama2...ape pon al fatihah utk arwah..yang still alive..jangan la bt bende2 mcm ni
sbb blom tau ape kesan dia kat kite palk...peace!
SRISUFI berkata…
Sungguh seksa mahu cantik. Lebih baik diet secara sehat aje lah kan.

Tak mahu meninggal dgn cara ini

Nauzubillah
eiza in the house.. berkata…
Miss Lana
* mmg tak patut pun..agaknya doc bengang kot, sbb firstime jadi cmtu..

Srisufi
* tulah..kene fikir2kan mana yg baik utk jaga kecantikkan dan kesihatan kita nie..
a.k.u.p.e.n.t.o.i berkata…
cantik....takkan kekal...
saya berkata…
al-fatihah...pengajaran utk kita semua pulak..
dzul berkata…
nape dia sedut lemak ye..?takdir dah tertulis macam tu kut..

alfatihah utk dia..ingatan utk yg lain..
matakucing berkata…
setuju ngan eddie.. main tali skipping ker..naik turun tanggan masa naik opis ker pon boleh apa..jogging memalam pon ok apa..apadahal. Tapi dah ajal arwah kan..AlFatihah
A.I berkata…
Al fatihah utk arwah..

manusia mmg tak penah puas ati dengan apa yg ada.. :(
eiza in the house.. berkata…
aku pentoi
* cantik dihati kekal selamanya..

saya
* ambik yg baik..buang yg buruk..tp perlukah smpai tergadai nyawa..

Dzulkarnain Mohamad
* dah ketentuan hidup diakan..
alfatihah utknya.

matakucing
* bagus jugakkan..tak pun main teng teng ngan main rebut tiang parking kete..senaman jugak tu...hehe..
bestnya..

kak ai
* nama pun manusiakan kak ai..nafsu melebihi akal yg waras..

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

gerammmm!!