Pilu lihat tiga beranak rentung..


ROSAK...bas ekspres yang terbabit dalam nahas semalam


BATU PAHAT: “Saya hiba dan pilu kerana tidak dapat menolong, malah hanya mampu melihat kereta itu terbakar bersama wanita berkenaan (Siti Kalsom) dan dua anaknya,” kata Ketua Polis Balai Parit Raja, Sarjan Mejar Sukiman Badari.

Dia antara beberapa saksi yang melihat tiga beranak berkenaan mati terbakar selepas gagal menyelamatkan mereka dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Batu Pahat-Kluang dekat sini, pagi semalam.

Sukiman yang kebetulan melalui tempat kejadian selepas balik daripada mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, sudah berusaha sedaya upaya memadamkan kebakaran, namun api yang menyambar tumpahan minyak kereta mangsa begitu cepat merebak.

Lantaran api terlalu besar, Sukiman hanya mampu melihat pemandu kereta Kancil itu, Siti Kalsom Borhan, 35, serta dua anaknya, Shahira Aishah, 6, dan Shahira Aliya, 3, mati terbakar dalam tragedi kira-kira jam 11.50 pagi.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Sukiman berkata, dia bersama seorang lagi anggota polis mencapai alat pemadam api yang tersedia dalam kenderaannya dan meluru ke arah kereta yang terbakar itu apabila melihat seorang wanita terperangkap di dalamnya.

“Saya nampak ada orang dalam kereta itu menjadikan saya dan rakan bertekad memadamkan kebakaran berkenaan. Kami makin bersemangat apabila orang ramai kata ada dua lagi budak dalam kereta itu.

“Tetapi apakan daya, cubaan kami hanya berbekalkan alat pemadam api kecil gagal melawan api yang sudah terlalu besar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kejadian itu turut disaksikan pengguna jalan raya, Yunos Nasir yang nampak punca kemalangan itu.

Menurut Yunos, sebelum kejadian, dia memandu kereta di belakang kereta Kancil yang dinaiki tiga beranak terbabit sebelum dipintas sebuah bas ekspres ketika melalui Kampung Parit Karjo.

“Tidak lama selepas memintas saya, bas itu seperti melanggar sesuatu dan dalam sekelip mata saya nampak sebuah kereta berpusing beberapa kali di tengah jalan.

“Saya segera memberhentikan kereta di bahu jalan dan menghampiri kereta Kancil itu dengan hasrat membantu mangsa, tapi ketika saya semakin hampir, tiba-tiba saya nampak api memercik,” katanya.

Yunos berkata, ketika menghampiri kereta itu, dia tidak melihat mangsa melambai atau menjerit meminta tolong, mungkin kerana mereka pengsan akibat rempuhan kuat dari belakang.

“Memang saya berhasrat membantu mereka, tapi saya tak tahu nak buat apa apabila melihat api makin marak,” katanya.

Sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat yang tiba di tempat kejadian berjaya memadamkan api itu dalam tempoh lima minit, namun sudah terlambat kerana ketiga-tiga mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat tiga beranak yang dikeluarkan anggota bomba itu kemudian dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk dibedah siasat.

Di Hospital Batu Pahat, suami mangsa, Hafiz Ayub, menuntut jenazah ketiga-tiga mangsa kira-kira jam 5 petang semalam.

Hafiz yang ditemani keluarga dan saudara mara, kelihatan amat sedih dengan kejadian itu dan beberapa kali mengelak daripada ditemu bual wartawan.


notahati: al-fatihah untuk 3 mangsa kemalangan ini, pagi2 tadi offis boy tempat aku kerja sibuk2 nak citer pasal kemalangan ngeri nie, sbb anak dia si Haikal tu, tuisyen dgn arwah puan Siti Kalsom nie, dkt tuisyen centre, area Tmn Maju Bukit Pasir, Batu Pahat..
mlm tadi pun kuar kat buletin utama, segmen yg first sekali..offis boy ckp tadi, arwah pergi ambik anak dia balik tadika..malang tak berbaukan kesilapan org lain..org lain yg jadi mangsa..takziah utk suami dan keluarga arwah.

Ulasan

sharamli berkata…
alfatihah...
sem0ga kejadian ini dpt dielakkan

xm0 nek bas sns dh
hu3
nita berkata…
Al-Fatihah pada yang kembali kepadaNYA..
eiza in the house.. berkata…
Sharamli
** yerlah..klu semua berhaati, insyallah tak adalah smpai cmnie..

kalu dah tau tak selamat better jgn naik..


sis_nita
** mcmana cara kita meninggal, tu semua dah ditentukan..yg hidup pastikan mati jua akhirnya..
eddie dewanaga berkata…
dalam kita berhati2 ketika dijalanraya, org lain yg lalai juga boleh mendatangkan musibah pada kita, sudah takdir Yg Maha Besar...

semoga arwah2 itu ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

Al-Fatihah..
eiza in the house.. berkata…
eddie dewanaga
** za bersetuju tu..al-fatihah..
Tanpa Nama berkata…
dalam seminggu 2 kes kemalangan maut bas express back to back... pikir2 kan lah!
Firdaus berkata…
moga rohnya dirahmati Allah.. al-fatihah..
A.I berkata…
Allahuakhbar!!!!! Al-fatihah utk Arwah.. :(
eiza in the house.. berkata…
Hidemichi
** jap za fikirkan yerk..

apei
** al-fatihah..amin

kak ai
** kak, ko dh sehat?..

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

gerammmm!!