bunga roselle..



nielah hasil gigih mak ayah aku tanam dekat kebun sebelah rumah

Roselle ataupun juga dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan Roselle ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.

Pokok roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.


besarkan sekuntum bunga roselle nie..besar gengaman aku kot..

Daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.

Pokok roselle adalah sejenis pokok yang mudah ditaman.Cara penanamanya dengan menggunakan biji yang kering kemudian disemai.Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak.Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama.Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air,dan pembajaanya adalah setengah bulan sekali


notahati: maaf la pokoknya lupa nak snap pagi tadi..dpt tunjuk bunga jerk pun memadailah yerk..semlm ayah dpt kutip bunganya seberkas guni beras 10kg tu..mak kata nak bg2 kat sedara mara utk merasa..maklumla first time berbunga byk...mmg sedap dibuat air dan kuntum2 bunga tu dicarik2 buat manisan pun sedap...ada rase skit2 masam mcm ribena..nyumi :)

Ulasan

Sulela berkata…
Dulu opah ada tanam pokok neh. Dia buat jem...mmmm...yummm!!!hehehe
eddie dewanaga berkata…
masa gua duduk dlm kem dulu, dah byk diorang tanam sekitar kuarters... especially Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Terengganu dan Kem Terendak, Melaka.
cekodok berkata…
sedap woh air rosellle ni...slalu minum masa raya sbb pakcik ada tanam jgk....
azmi yusof berkata…
KITA SUKA MAKAN CAMTU JERK..MASAM2 RASANYA...
mamai berkata…
buat jem roselle sedap juga kan..
eiza in the house.. berkata…
Sulela
** bestnya..akak ada resepi buat jem tak..kita nak ..:)

eddie dewanaga
** ooo..nie anak askar ekk..sama la kita..sekarang nie ada kat kwsn kota tinggi nak pergi felda semenchu..dia org buat produk IKS bro..

cekodok
** mmg...sedap lagi roselle nie dr ribena tu..

azmi yusof
** wah boleh juga makan mcm tu aje..nanti balik try test la.:)

mamai
** mungkin lagi sedap dr rosebaryy gaknya..(tul ke aku eja)..
Sulela berkata…
Opah kak dulu petik bunganya tu dan basuh bersih2. Pastu masak dengan air dan gula sampai kering. Maka jadilah jem...ekekeke. Kak makan ngan roti atau biskut kering. Perggghhh!!! Penah gak la makan camtu je. Pun ok gak rasa dia...wakaka
eiza in the house.. berkata…
Sulela
** wah senang banget tu...nanti ckp mak suh buat jem..karang leh bekal roti ngan jem rosella..sedap juga bunyinya..hehe..tq akak:)
zedmagel berkata…
Salam Eiza,

Belakang umah saya banyak pokok tu. Boleh makan bunganya. Buat halwa pun boleh. Bunga raya biasapun boleh buat halwa juga
eiza in the house.. berkata…
Bro Zedmagel
** yerlakan..byk betul kegunaan dia nie..tq bro :)

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

gerammmm!!