bunga roselle..
nielah hasil gigih mak ayah aku tanam dekat kebun sebelah rumah
Roselle ataupun juga dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan Roselle ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di Indies Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.
Pokok roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.
besarkan sekuntum bunga roselle nie..besar gengaman aku kot..
Daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari? Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
Pokok roselle adalah sejenis pokok yang mudah ditaman.Cara penanamanya dengan menggunakan biji yang kering kemudian disemai.Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak.Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama.Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air,dan pembajaanya adalah setengah bulan sekalinotahati: maaf la pokoknya lupa nak snap pagi tadi..dpt tunjuk bunga jerk pun memadailah yerk..semlm ayah dpt kutip bunganya seberkas guni beras 10kg tu..mak kata nak bg2 kat sedara mara utk merasa..maklumla first time berbunga byk...mmg sedap dibuat air dan kuntum2 bunga tu dicarik2 buat manisan pun sedap...ada rase skit2 masam mcm ribena..nyumi :)
Ulasan
** bestnya..akak ada resepi buat jem tak..kita nak ..:)
eddie dewanaga
** ooo..nie anak askar ekk..sama la kita..sekarang nie ada kat kwsn kota tinggi nak pergi felda semenchu..dia org buat produk IKS bro..
cekodok
** mmg...sedap lagi roselle nie dr ribena tu..
azmi yusof
** wah boleh juga makan mcm tu aje..nanti balik try test la.:)
mamai
** mungkin lagi sedap dr rosebaryy gaknya..(tul ke aku eja)..
** wah senang banget tu...nanti ckp mak suh buat jem..karang leh bekal roti ngan jem rosella..sedap juga bunyinya..hehe..tq akak:)
Belakang umah saya banyak pokok tu. Boleh makan bunganya. Buat halwa pun boleh. Bunga raya biasapun boleh buat halwa juga
** yerlakan..byk betul kegunaan dia nie..tq bro :)