Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

musibah..

Musibah menimpamu lagi.. walau dalam kepayahan ko redha atas segalanya.. Syukur dirimu masih bernafas di sini.. memberikan ku ruang waktu untuk menyelami hatimu itu.. harapnya kau izinkan ku berbuat demikian nanti.. moga cepat sembuh doaku pada Illahi dan moga kau mampu telusi hati ini...

Detik itu..

Detik itu sudah tiba.. untuk ku melangkah pergi dari situ.. rasenya seperti tidak percaya aku tidak disitu lagi.. Ku harap.. langkah yg ku atur ini.. akan memberi sinar harapan dan kebahagian.. buat diri ku dan org yg ku sayangi... Pastinya akan kurindui.. untuk selama-lamanya..

Salam Pagi Subuh Kengkawan

sejak balik dr rewang belakang umah tadi smpai sekrang aku tak leh nak lelapkan mata..dan aku dok bertenet lagi td nie..wahai mata jom arr tido..karang dah subuh nak bangun..selamat pagi subuh semua...

Rehat smbil duk tgk tb

Salam semua..buat firstime aku brsiaran dr umah menggunakn hp cap ayam aku ni.. korang tgh wt pe tu..ni aku tgh mgadap tb smbil mangkok kuih dribaan..peh,dasyt x aku..huhu kawan yg kt bp x g dataran ke?,ada xpore tau..ayah aku pn turut serta kat sna tu,meh arr kalu x ada keje singgah ye..

Majlis utk aku..

Imej
Salam kengkawan..redupnya cuaca kat sini..pekene kopi panas ngan pisang goreng enak jugakkan..tapi rase kenyang pulak lagi..sbb tadi ada majlis perpisahan utk aku..sob3..sedeynya Tadi bertempat di Landmark Hotel, bos incharge kat tpt aku keje dan colleagues aku semua belanja buatkan majlis perpisahan utk aku..sungguh terharunya aku pada korang..mesti aku tak dpt lupakan korang lepas nie..tak sangka, dah lama juga aku keje kat ctu sbg penjaga pintu..pahit manis, memula buat keje yg aku tak ada pengalaman langsung, pasti takkan dpt aku lupakan sampai keakhir hayat.. sedapnya kawan2 aku makan tu.. Akhir kata maafkan lah segala silap salah aku semasa keje dekat company nie..rasenya aku tak adalah nak buat dajal ke hapa kat cni..cuma yg paling aku teruk lakukan..main chat ngan buat blog je masa keje..harap bos maafkan aku ye..sbb gara-gara tak ada keje sgt..so aku menjebakkan diri aku ke dalam freindster, facebook dan juga tagged..maaf kan aku sekali lagi andai ada kes2 bil telepon melambon...

persoalan ini..

Mana bagus eh antara dua pilihan nie dlm mencari jodoh.. tak kira lah untuk anak dara ke, bujang ke duda ke atau janda.. pilihannya ialah mana satu yg lebih bagus atau lagi baik.. antara pilihan diri dan hati sendiri.. dengan pilihan dan perancangan org tua.. sapa leh tolong huraikan sila angkat jari peace.. me kaceh :)

dah rezeki den..

Imej
nasi ayam KFC menu tengahari nie..nyumi..jemput kawan2..:) Salam tengahari kawan-kawan..alhamdulilah..hari nie nampaknya langkah kanan g keje..sbb sebentar tadi anak didik ku yg ku ajar rempit itu telah lulus dgn cemerlangnya dlm ujian memandu..alhmdulilah..dan tadi dia baru je menghantarkan KFC ke opis ku..suka sgt..dpt org banje nie bukan senang.. Dan berita kedua gembira..akak ngah aku dah boleh balik hari nie..so jap lagi, aku nak kene hantar dia balik umah mak jap..sbb laki dia keje..nie dia tgh uruskan procedure nak kuar wad dulu..alhamdulilah semuanya dah settle..:)

syoknya..

Imej
from google search malam tadi aku chat ngan beberapa org kawan...adalah satu kwn baik aku nie bg soalan utk aku perdebatkan..mulanya mcm bengang gak nak jwp persoalan dia tu...tapi bila aku dah jumpa key point dia..mak ai..non stop aku menaip kat laptop tu..tapi tetiba..."blurp"...nape gelap je skrin laptop nie..tak ada eletrik ke..tp klu tak ada, nape bilik aku terang...hahaha...aku gelak sendiri, bila aku tgk penyambung charger laptop tu aku pasang tak rapat..ptt le arus eletrik dari plug tu tak masuk..hampeh tul la..ilang skit idea yg bernas dari kepala hotak aku nak kuar mencurah2 mcm td.. last2 cepat2 pasang balik n sambung berhujah kat dlm hp lak sementara tunggu laptop tu bgun tido..kan dah kene ngan kwn aku tu dia kata "makcik nie bg hujah bernas sgt, smpai lupa charger laptop dia"...hehehe..nasib baik aku tak nampak muka dia...klu tak mau aku baling bantal gamaknya..tu pun dah blusher2 rasenya pp aku nie.. maklumla pakai laptop pinjam..bukan retinya bila ...

masuk wad..

Imej
Hospital Pantai Batu Pahat Semalam petang kak ngah aku masuk wad..doktor kata kak ngan kena radang usus..sakit nie atas sikit dari gastrik kot..mungkin 3-4 hari nie dia kene dok wad.. sbb doc kata, kene masukkan antibiotik tu smpai ok n bila dah stabil baru leh ambil tablet dan balik umah..tak tau la kak ngah tu makan ape..leh jd cm tu..padahal baru balik bercuti kat KL..(smpai hati tak ajak alang ekk..sob3 :( sedey den.huhu) masa dia smpai kat depan spital tu dia mmg dah lembik abis ..abg ipar pulak mmg dah awal2 suh aku kuar opis jap..sbb dia pun takut nanti dia pun ikut lembik juga..so aku dah siap2 lah tunggu kat spital..pulak hujan lagi..kira thrill juga la nak selamatkan nyawa org nie..hehe perasaan tol la..mujur anak2 dia tak ada..duk umah pengasuh kat Parit Hailam.. senang lah urusan ke spital nie.. dekat 1 jam juga kak ngah kat wad kecemasan..pastu baru le transfer ke wad..kebetulan mak abah baru balik trapi kat area carefour, terus la jenguk kak ngah kak spital..tu pun aku ...

mimpi indah..

Imej
hari tu.. aku bermimpi bertemu mu.. walaupun.. hanya bayang mu di balik cermin.. tapi aku tahu itulah kamu.. wahai kekasih hatiku..

tak ada keje cr keje..

Imej
alahai kojah oiii.. ape kehel ko kco semut duk bebaik kat dlm umah dia tu.. nie lah akibatnya bila dah tak ada keje sbb masa nie bwh pokok pinang dekat kwsn belajar parking.. bebudak semua dh pndai so pantau je lah.. ternampak lubang tu ape lagi..terigt le zaman kecik2 dulu rupa2nya skill mengacau semut masih terror lagi..hehe

Dengarkan nombor itu :)

Imej
- "dengarkan bisikan angin bayu"..(nyanyi mcm Anuar Zain eh)..hehe.. - sepatutnya baca tp dia tulis dengar...senyum kambing aku dibuatnya.. - alahai pakcik blogspot nie..buat lawak lak pepagi nie... - nie den dapat masa nak balas komen kengkawan kat blog den..

membilang hari..

Imej
aku membilang hari untuk ke situ.. adakah diriku mampu mengapai cita di hati.. di daerah ini semuanya bermula... sakit jatuh, suka duka, jerih pedih , kasih cinta dan rindu dendam... banyak yang ku kutip dari sebuah kehidupan di sini.. itu belum mampu membuatkan aku kuat.. kerna aku bukan seperti kalian lambat untukku menyedari hakikat hidup.. tapi aku perlu pergi.. melangkah demi sebuah masa depan... kenangan terindah itu akan ku abdikan. . yang hitam itu akan kuburkan sedalam-dalamnya...

x ada tajuk

Andainya aku pergi tak kembali... sudikah kau memberi satu tanda padaku... bahawa kau takkan melupakan aku utk selamanya?...

Buang ibu demi maruah sendiri..

PUTRAJAYA: Ibunya sudah menjengah usia senja, namun si anak yang tidak mengenang budi sanggup menghantar wanita berusia 84 tahun itu ke rumah kebajikan. Semuanya berlaku selepas mengetahui sejarah hitam wanita yang mengandung dan membesarkannya itu pernah menjadi ‘kupu-kupu malam’ bagi menyara tiga anak selepas ditinggalkan suami. Bukan itu saja, anak bongsu lingkungan 40-an yang mempunyai pangkat, kedudukan dan hidup mewah hasil didikan dan titik peluh ibunya, langsung tidak pernah menjenguknya selepas menghantarnya ke rumah orang tua pada 2007, sehinggalah wanita itu menghembuskan nafas terakhir, dua tahun kemudian. Sebelum ini, wanita terbabit dijaga anaknya selepas ditinggalkan suami beberapa tahun lalu, tetapi hidupnya menderita apabila dilayan tidak ubah seperti sampah sejurus lelaki itu tahu dia pernah melacur. Malah, bagi mengelak nama baik dan imej keluarga tercalar, lelaki terbabit secara sulit menghantar wanita tua yang dilayan seperti peminta sedekah itu ke rumah kebajikan ...

...

Imej
maafkan aku.. aku ingin menangis izinkan lah...

ape kes?..

Salam semua..tadi ada masa sebelum masuk keje jalan2 kat youtube..tetiba aksi2 nie membuatkan aku rase macam sengal jerk perbuatan dia org nie..jomlah kita lihat..org yg suka memain walaupun dlm kerja yg perlukan tumpuan penuh..aduhai..jomlah layan..

Serabut..

Imej
Sehari dua terasa diriku agak begitu serabut sekali dengan kerja, masalah sendiri dan juga masalah2 lain.. aku terasa kosong.. ingin bermanja pd yg sudi tapi tiada disisi.. Malam tadi seawal 8.00 mlm aku sudah membaringkan diri terasa semua sendi2 ku sakit bagai tertusuk duri tekak pula bagaikan menelan pasir terasa amat perit sekali.. Hari ini fikiran ku menjadi serabut lagi dengan kenyataan yg kakak ku beri membuat aku rasa nape perlu menjadi begitu masalah ini aku rase sedih dan pilu Moga Allah kuatkan hati ini.. untuk melalui liku2 hidup yg baru ingin bermula dengan seribu rahmatnya moga ada sinar bahagia untukku dikemudian hari.. Amin..

Ferrari World Abu Dhabi taman tema terbesar di dunia

Imej
- taman tema terbesar di dunia - KUASA dominan Ferrari dalam litar perlumbaan Formula One kini diteruskan dalam persekitaran berbentuk taman tema pula. Ini kerana Ferrari bakal mempunyai taman temanya yang tersendiri di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menjelang tahun 2010. Ferrari World Abu Dhabi (FWAD) adalah taman tema Ferrari yang pertama di dunia. Lebih membanggakan, ia bakal menjadi taman tema dalam terbesar di dunia menjelang 2010. Menurut Pengarah Jualan FWAD, Fabien Laurent, idea dan pembinaan taman tema gergasi ini bermula pada November 2006. Katanya, FWAD yang bertemakan Ferrari dijangka siap pada suku kedua tahun depan. "Para pengunjung dapat menghayati keghairahan, prestasi, kecemerlangan dan inovasi teknikal Ferrari apabila menjejakkan kaki ke FWAD," kata Laurent ketika ditemui di hotel Centrol, Abu Dhabi baru-baru ini. Laurent memberitahu, Abu Dhabi dipilih sebagai lokasi ideal FWAD kerana ia terletak di persimpangan Eropah, Asia dan Afrika. Katanya, suk...

Cerita pasal taugeh lagi..x suka la dgr berita nie..

AWAS TAUGEH YANG KAMU MAKAN!! Mesti ramai yang suka makan taugeh, nak pulak campur dalam char kuey teow? hmm rangup. Tapi mesti ingat, nak beli taugeh kena buat eksperimen dulu. Kalau boleh jangan beli taugeh yang warnanya putih berseri tu. Beli sedikit sahaja dulu, dan jangan makan lagi. Sebaliknya simpan dulu untuk 3 hari. Kemudian cuba hidu bau taugeh tu lepas 3 hari. Keputusan yang mungkin didapati: Lepas 3 hari bau taugeh itu hancing semacam, bermakna taugeh itu disiram dengan urine (air kencing), dengan tujuan untuk menjadikan warnanya putih berseri. Oleh itu, belilah produk keluaran bumiputera. Kalau nak cari keluaran bumiputera, senang jer. Cari yang warna dia macam kekuningan dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja... Info ini didapati dari pegawai pejabat aku yang pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh di beberapa negeri tertentu yang diusahakan oleh cha ya nun alif, siap ada bilik khas simpan urine sebagai bekalan u...

anak ku? ...owh anak mu...

Imej
alahai si abg nie.. dengki betul ngan adik dia.. mentang2 le adik tak leh melawan dan dok terima je.. si abang pun ambil kesempatan yg ada utk trim muka si adik cm papan tulis gamaknya.. kesian betul si adik.. muka dan macam org kene dera dah.. lebam dik pensil warna abgnya.. anak sapa la nie..anak ku?.. owhh..anak mu...:P

Demam..

Imej
Org sibuk ngan qurban sembelih lembu aku lak asyik sibuk ngan kecederaan demi kecederaaan smpai demam2 ...huhu hari tu masa dah lepas terkukus tgn kaki aku lak.. kene hempap ngan novel tebal smpai luka2 gara2 nak angkat meje kecik tu..aduhai bengkaknya masih terasa.. bila nak pakai sandal terasa sakit juga.. La nie... dah 2 hari aku demam aku tak tau la gaya demam aku nie gaya ape sintom2 demam ada tp bdn aku tak panas iskh2 nape ntah... asal mlm je aku tak leh tido lenguh sna lenguh sini pastu bila bersin2 mlm tadi ada lak kuar ketul2 darah skit2 ape lah kene ngan hidung aku nie... mula la aku nak nangis sorang2.. nie masa buat n3 nie pun hidung cm org baru lepas nangis.. tp tak ada la smpai kuar hingus hijau tu.. pale lak cm ada skru sedang diproses utk tempel kat ctu.. ape kene ekk ngan aku nie...;(

@ku dan Raya Qurban..

Imej
Salam utk semua rakan-rakan sekalian..cmne hari raya qurban baru2 nie?..hebat tak?.. Raya Qurban kat kg aku alhamdulilah hebat juga la..dpt la merasa daging korbannya..cuma lum ada rezeki nak buat korban lagi..tp korban hati dan perasaan dah kot..huhu... apelah aku merepekkan nie..oklah, tak mau merepek meraban aku nak bg tau..masa cuti hari raya Qurban hari tu aku test try buat kuih..hehe..alhamdulilah menjadi.. cuma rupanya je agak cm pelik2 skit..tp janji rasenya sodap udah le..ye kan.. dek disebabkan ke xcitednya yg terlampau..smpai tgn aku pun melecur gara2 kene wap kukus kuih2 berkenaan..haha..pdn muka aku..maklumlah..lama dah tak buat kuih..sbb kat umah tak ada tukang nak mencekik...cuma aku, abah ngan mak je ada..semua selera amat la limited edisi..hehe..jom2 jalan2 tgk kuih aku..ha3..jgn gelak kan rupa2 kuih aku yg tak berape cun nie..yg ptg rasenya nyumi tau..okeyzz...:P nie namanya kek coklat kukus..ada rupa kek ke kuih aku nie..hehe tp yg dlm bekas satu tu bila kuarkan meng...

Pengorbanan itu..

Andai aku leh korban diriku demi cinta suci ku ini akan ku lakukan... Tapi kau disana hanya membuat ku sbg pelabuhan sepi kau datang bila kau perlukan aku dan kau pergi bila hati mu berbunga ceria tahukah kau cinta ku tulus suci hanya padamu ingin ku serahkan.. tapi kau tak pedulikan ku lagi... mungkin kali nie aku perlu berkorban lagi biar la aku pergi... tak guna ku tunggu cinta mu lagi kerna hanya jwpan tak pasti yg kau beri..

Salam Adil Adha ..

Salam Aidil Adha utk semua berhati-hati memandu di masa perayaan ini.. kalau buat korban ingat pada ku selalu..hehe ingat la selalu orang yang di sayang dan tersayang..:)

Bamboo Taxis in the Philippines

Imej
kereta baru - 70% cheaper then MyVi mampu milik oleh semua rakyat... rakyat didahulukan. ....... My Mengkuang...

Gara-gara sebiji bola..

Imej
Salam pagi kengkawan...moga sehat hendaknya dlm keadaan cuaca yg tidak beberapa baik nie..pepagi nie dah turun hujan rahmat kat area Bp nie.. syukurla.. sekurang2nya dpt menyejukkan sikit cuaca disini.. Semalam masa dlm perjalanan balik ke rumah..tiba dekat area Kg Mampan..sebiji bola tetiba keluar ketengah jalan...mujur la budak yg mengejar bola tu tak lari ketengah jalan juga, bila nampak milah aku nie dah sampai dekat dah ngan bola yg dia kejar tu.. Yang aku pulak nasib le sempat mengelak bola itu.. walapun terpaksa masuk kejalan bertentangan.. kebetulan pula masa tu mmg tak ada kenderaan dari arah depan, syukur le sgt... masa kejadian tu aku igt bola tu takkan terlajak sampai berjalan kat jalan raya tu..tapi sangkaan ku meleset..menonong je bola tu lintas depan aku..mujur leh elak dan milah tak beberape laju sangat.. kalau tak ngan aku dan milah tu confirm masuk parit tepi jalan tu le jwpnya..pastu confirm kene mintak tolong ngan Pakcik Kuntong.. sbb mmg dah dekat sgt ngan umah dia...

kemelut jiwa...

Ya Allah apa yg perlu aku buat.. utk mencairkan hati seorang dia.. salah ke bila aku meluahkan.. bila dia ingin mendengarnya.. adakah semua salahku.. kata-kata ku.. bahasa hatiku.. adakah dia tuli.. utk mengetahui semua itu.. berikan la aku satu tanda.. andai hatimu serupa dgn hatiku... jiwa mu serupa dgn jiwaku.. supaya aku mengejar bayangan yg pasti.. supaya aku boleh sematkan dihati.. bahawa kau yg dicari... tiada ganti itu yg pasti...

> NuR K@sEh <...

Imej
Salam kawan sekalian..maaflah lama tak update blog nie..rasenya dah tumbuh rumput comel dah kat sni..minggu nie minggu serabut bagai le..ngan komputernya problem dan linenya rosak..baru je ok nie..tu terus buat n3 tu..windu u all semua.. Nie sambungan kisah perkahwinan sepupu aku yg tempohari..nape ntah tgn aku nie dok gatai nak publish2 gambo2nya..tak per kan?..so...jom kita layanzzzz..... Nyum2..jgn tak cye semua lauk pauk makcik aku yg masak sendiri.. klu tau kita org dtg semlmnya..boleh tolong2..tak tau..jd tukang makan jelah.. time bergambo gni..makcik aku dah terjerit2 manggil aku utk bergombo.. aku lak leh wat dek kat luar sambil lap pinggan dan gelas..hehe anak sapa lah nie.. ayu sungguh.. :P masa nak dinikahkan..so ambil la skit aura pengantin.. kot2 melekat ke lepas nie..amin..hehe dengan sekali lafaz aje..sahlah sepupuku itu menjadi milik org.. dlm majlis nie, ada 2 pengantin sebenonya.. yg lagi sorang tu yg baju melayu hijau.. pepandai je kadi tu kata ayah aku ustaz.. dah...

taugeh oh tauge..

Imej
menu tauge Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanava...

renjis-renjis..dipilis...:)

Imej
sepupuku Nur Nazrah bte Abu Hanifah " renjis-renjis dipilis.. ditepungi la tawar.. hai, beras pulut ditabur.. disiram si air mawar.. " begitulah temetri dua hati yg saling mengasihi dan mencintai di hari yg bersejarah semalam..dgn sekali lafaz sah la sepupuku itu menjadi isteri org..walaupun majlis agak sederhana..tetapi kedatangan saudara mara dari jauh dan dekat memeriah lagi suasana majlis..alhamdulilah, syukur kehadrat Illahi..semuanya berjalan dgn lancar sekali.. semoga masjid yg baru dibina atas dasar rasa cinta ini akan terus teguh dan bahagia utk selama2nya..moga badai dan gelora dlm umah tangga dpt dilalui dgn penuh musyawarah dan matang..moga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah..amin..:)

* ::Dari Sinar Mata...::*

Keunggulan cinta dari sinar mata Yang bergelora Hati ditaman berbunga Satu impian satu harapan Sudah pasti ada sebaliknya Satu rahsia Engkau di mataku adalah cahaya Perjalanan ku Terang menyuluh segala Yang tersembunyi Lama kucari Sudah pasti ada jawapannya Kemungkinan itu Datang hampir senja sedang aku Merangkak dan kehausan cinta itu Kau hulur tangan mu Membawa ku ke atas semula Berdoalah aku kesyukuran Tercantum cinta jadi satu Biar ku tebus segalanya Agar di teman cinta yang suci itu

page setup aku lari!!..waa!!!!

Imej
kalu tak nampak sila klik kat pic nie ye..bg terang.. Ada tak antara kengkawan yg mahir microsoft words?... boleh tolong tak?.. nak normalkan balik setting page setup aku nie.. aku tak reti la pakai cm selalu aku pakai inci je..dah susah nak adjust akunya page...sepanjang aku keje sini, nie first time le page setup nie lari bearing lak..harap2 ada kwn2 yg boleh tolong ye..bantuan kalian amatla dihargai dan diperlukan ngan segera..terima kasih...jasamu dikenang..

Kontroversi seni mayat

Imej
DR Maut’ warga Jerman, Gunter von Hagens, baru-baru ini mengawet bangkai gajah dan dijangka menggunakannya untuk satu pameran besar-besaran sedikit masa lagi. Pengumpul mayat itu yang selama ini mengawet mayat supaya tahan selama-lamanya dengan teknik ‘plastination’ (menggunakan plastik) bagi dipamerkan di seluruh dunia, menggunakan bakat uniknya terhadap bangkai gajah berkenaan, Samba. Gajah itu mati tahun lalu pada usia 41 tahun di Zoo Neukirchen, Jerman. Bangkai mamalia itu didermakan kepada Institut Plastination von Hagens untuk diawet, menjadikannya cabaran terbesar pernah dihadapi pasukan itu. Dengan ketinggian lebih 3.96 meter dan berat 3,200 kilogram, proses mengawet Samba memakan masa 65,000 jam untuk menjadikannya bintang terbaru koleksi pameran von Hagens. “Tiga puluh lima orang terbabit dalam kerja itu dan Samba akan dibawa pulang ke Jerman untuk dipamerkan tahun depan,” kata von Hagens yang dikritik pemimpin gereja kerana pamerannya yang menakutkan. Mereka mendakwa doktor ...

fikir=fikirkan..

Salam semua kengkawan..moga berbunga riang hati kalian semua hari nie..:) Hari nie bos KL tak jd dtg..hilang skit gubra aku..fuh..lega..tp gubra ku akan kembali pd next week la..sbb rasenya dia nak jumpa aku sgt tu..ada perhitungan yg perlu di settlekan..hehe Sebenarnya aku nak citer lain nie..nie aku nak tnya korang lah kan... Kalau korang jumpa duit kat tgh jalan atau kat mana2 berjumlah besar cth RM50, RM100 atau sewaktu dgnnya..agak2 korangkan..korang jd seorang yg amanah tak, utk memulangkan duit tu kembali..kalau jumpa rokok kat kedai makan siap mancisnya sekali..ape yg korang buat?.. Hmm..cuba korang fikir n bygkan keadaan cm tu berlaku pd korang, ape yg korang buat ekk..bak kata bidalan rezeki jgn ditolak..so paham2 sudah lah kan... ha..komen jgn tak komen..:P

Pencarian gadis melayu versi opis aku..huhu

Imej
Salam dan selamat sejahtera kawan2 moga anda semua ceria dan sehat bahagia hendaknya.. kredit tu mr google hencemku Semalam sudah bermulanya pencarian gadis melayu versi opis aku..utk mengantikan tpt sorang "perempuan melayu terakhir" yang akan menamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi..huhu..bunyi mcm suspen jek kan.. Sudah 2 org yg menghadirkan diri..mungkin hari nie pun ada lagi calon yg akan dtg..masing2 cantik menawan dan mempunyai akademik yg baik..dan yg paling penting pandai berbahasa inggeris dan mahir menaip..dlm pencarian ini aku juga terlibat sama..dan bos aku telah menanggung jwpkn aku supaya menguruskan task2 yg ptt dilakukan oleh calon2 berkenaan semasa sesi temuduga itu..bukan senang nak handle satu sesi temuduga nie rupanya..mcm2 kerenah kita akan jumpa..yg ada bawa bdn je dtg..semua sijil tak bawa..pastu resume pun tak print out..siap ckp masih dlm pen drive..ayokk..dtg lengang kankong aje??.. Dulu masa zaman aku lah nak g intrview..siap berbaju kurung yg ...

:: : ) ::

Imej
gurau senda penyeri bicara tanda ikatan selama-lama walau kita tak pernah bersua tapi terasa didep an mata notahati: terima kasih atas ungkapan ini.. utk seseorang disana.. :)

sengal...

Imej
Salam..pepagi tadi.. dtg keje aku dah kene buat senaman berjalan kaki..adalah dlm 50 langkah..hehe..senam jugakkan tu namanya...nie gara2 citer semlm la nie..tetiba masa nak g lunch dpt surat saman dr Majlis Daerah..hampeh tul..dh la aku mmg perlukan duit utk uruskan sesuatu..masa makan tu...mmg auranya dh tak ada..tinggal saki baki jerk sbb dh lapo kan..kwn baik aku si akak nina tu pun muka dh monyok sakan dah..cian kami tau... Rupa2nya dr sumber2 dpt tau..ada org tak puas hati pasal kita letak kete kat park belakang tu..sbb dia nak masuk kat kedai dia, tak ada jalan..ala..apek...kasi tau la..jgn main saman2 mcm nie..klu org susah mana mau angkut duit..haiyaa...semlm bos2 aku pun tak puas hati..ptg tu juga..bos angkut semua staff yg kene saman punya kertas bwk g majlis..sbb klu byk2 kan dpt murahkan byr.. dpt la, kurang dlm rm50/- .. cuma terjd la peristiwa pelik.. akunya kete.. no kete aku slh..so, slmt la duit aku yg nak guna utk urusan lain nie...alhamdulilah...nasib baik aku tgk ...

Kalau sudah sampai seru...

KELANA JAYA: Terpaksa naik kapal terbang, itulah situasi kelam-kabut terpaksa dialami pasangan suami isteri dari Pasir Mas, Kelantan, apabila dimaklumkan layak menunaikan haji tiga hari sebelum tarikh pemergian mereka semalam. Abdul Aziz Bilal Mat Tahar, 71, dan Halimah Husain, 60, terpaksa membeli harga tiket kapal terbang agak mahal berikutan kelewatan menerima maklumat terbabit. Namun, kelewatan menerima maklumat itu tidak menghalang mereka membuat persediaan. Abdul Aziz bekerja sebagai kakitangan stesen minyak, tidak mahu menyalahkan Tabung Haji kerana kelewatan berkenaan sebaliknya bersyukur diberi peluang menunaikan Rukun Islam kelima itu walaupun usia agak lanjut. “Semua berlaku itu, pak cik percaya ujian daripada Allah...kalau sudah sampai seru apapun terjadi Dia pasti tunjukkan jalan menjadi tetamunya di sana. “Kami tak kisah kerana terpaksa berbelanja agak mahal sedikit untuk datang ke sini (Kompleks Tabung Haji) yang penting impian pergi ke Tanah Suci tercapai,” katanya. P...

Coretan mimpi...

Imej
from my hencem en. google Mimpi semalam Membuaiku seperti berada di syurga Membuaiku dgn kebahagian yg terindah Tetapi Ia hanya sebuah mimpi Mimpi yg sampai bila pun Tak mungkin menjadi nyata

Dipersimpang itu...

Imej
Dipersimpangan itu lama aku terhenti memilih arah tujuan yg pasti terkesima sendiri ingin menyelusuri onak dan duri mampukah aku memilih jalan itu yang memberikan kebahagian dan ketenangan dihati mampukah aku berseorang melaluinya aku bukan minta simpati aku cuma mahukan ketulusan hakiki..

selera ke?...

Imej
Salam kengkawan.. moga hari jumaat yg mulia nie hari yg hebat dan bahagia buat kita semua.. Kat bawah nie ada beberapa gambar yg agak2 masuk klasifikasi 18 GSM (ganas,seram dan menakutkan) .. so, sila jauhkan muka anda dari monitor atau lcd komputer anda ok.. klu terkejut tanggung sendiri..huhu Pernahkah anda mencuba menjamu selera dengan memakan kek replika dibwh nie? atau berselerakah jika dihidangakan kek perkahwinan, kek hari jadi atau kek utk majlis ape2 aje lah seperti ini.. kalau rasa-rasa ini idea baru yg aku bg.. nanti leh la buat yerk.. tgk ada yg selera tak.. jom layanzzzz....

:::(^):::

Imej
Salam semua.. moga ada sesuatu yg istimewa pd hari nie..:) @ndai ku mahu mu.. aku perlu biarkan kau pergi sejauh yg kau mahu.. pastinya suatu saat nanti.. kaukan kembali padaku jua.. @ndai cinta itu bukan milikku.. hanya doa tulus suci ku hadiahkan buat mu.. moga kau bahagia disana.. notahati: tapi klu semua org menanti aje susah jugakan impian nak menjadi nyata..tp apepun kembali pada ketentuanNya.. Qada dan Qadar harus la kita redha...maaf kojah blues lagi hr nie..huhu

khasiat air liur sendiri...

Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan. Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.. Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan. Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi. Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseor...

perut ku oh mataku..

Salam semua..moga hari nie hari yg terbaik buat kita.. Nak tnya dgn korang la.. korang penah tak sakit perut smpai berguling-guling..pastu kuar masuk bank kecik tu 3-4 kali..korang rase tu penangan gastrik ke atau salah makan?.. perut aku nie mmg ada problem yg sgt besar kot.. sbb dia suka sgt sentap tau, bila aje aku makan benda2 yg lama skit..maksud aku cthnya mcm tadi..aku bekal nasi lemak yg ayah aku beli utk breakfast pagi tadi.. pastu aku tapaw la juga kuih muihnya skit2..sbb bykkan..so klu kat umah tentu tak abis.. masa lunch tadi..rasenya nasi lemak tu ok..tak adalah pulak rase2 basi2 ke ape...nie tadi nak masuk kul 2ptg nie tadi... dia punya blended kat dlm perut nie.. ya Allah..dh mcm rasenya nak buat aku terjun 2 tingkat tau..sakit yg amat..nape lah perut aku cmnie..dekat 2-3 kali gak bertungku kat bilik kecik tu...nie baru lah lega...cuma nie lah aku confius nape eh..klu sakit je..mesti area perut belah kiri aku yg sakit sgt...ape tadi aku makan menelan je ke..smpai makanan...