terkejut beruk

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan.
Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:



To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2008
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Ulasan

azmi yusof berkata…
menarik untuk difikirkan...
matakucing berkata…
haruuuu.. mau pengsan janda tu
TuYa berkata…
terkejut beruk...hehehhehe..tu namnya bukan terkejut beruk..tu namanya dah sampai seru nak mati...
Pekerja Kontrak berkata…
hahahahhahahahahaha...... klu aku yg kena mesti aku masukan dalam tv ke... metro ke....
Atan berkata…
eiza..
pekena mee kari jom umah tuya
mersing..
pas tu mandi kat air papan

lari tajuk dah ni
Atan berkata…
baru tuya terkejut beruk
he he
eiza in the house.. berkata…
azmi yusof - renung2kan la..:)

matakucing - tau tak per, dah la sedey2..

ab geldofg - nie pesal, sengeh2 nie?

Tuya - huhu, mas, aku nak g mersing.. atan ajak hehe :)

Dato Paduka Masri - hehe, tak nak tel balai bomba ker?

jiwa kaco - nak2, bila nak mai ambik eiza?..hehe
Atan berkata…
tunggu tuya ready masak mee kari lagi la
besi berkata…
hmm..pelik knp janda tue pengsan..lak....

patutnya gembira la....
eiza in the house.. berkata…
jiwa kaco - yer la,tp bila dia nak masak tu..


besi - mmg la dia happy tahap pengsan..huhu
eddie dewanaga berkata…
fuh.. edisi seram2 geli pagi jumaat ni...!!
eiza in the house.. berkata…
eddie - betol ker seram nie, ker seram sejuk, ker seram mcm cite niyang rapik mlm tadi..heheh
TuYa berkata…
weiii..tggu la aku balik Mersing dulu kalau ye pun..ni aku kat KL tetiba korang nak g sana..
eiza in the house.. berkata…
tuya - ko tnya la bakal adik ipar ko bakal laki adik kacip ko tu..huhu

Catatan popular daripada blog ini

jom balaja bahasa bangla..

gerammmm!!